Yasiba Akusra

Mentera 7 keturunan. Kisah tujuh generasi yang bermula di Trusan, Sarawak dan sekarang bertapak di Keningau, Sabah.

Mentera 7 Keturunan

Menyorot kisah gemilang Raja Asoe yang hampir dilupakan kerana peredaran masa.

Yasiba Akusra

Menyajikan himpunan entri yang menarik dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan semua.

Yasiba Akusra

Pembuatan dan pemuliharaan seni tempaan alat alat dan senjata tradisi seperti keris, golok, lading, rencong, kerambit, parang dan pisau.

Perubatan dan Alam Nusantara

Sentiasa penuh mistik dan perkara yang di luar jangkaan. Terimakasih kerana sudi bersama-sama Yasiba Akusra : Mentera 7 Keturunan.

Hanya Mutu Mengenal Manikam

Pandai besi yang memulihara senjata antik dan menempa keris dengan rahsia tempaan dahulu kala dan digabungkan dengan teknologi moden, Insya-Allah. Hubungi Yasiba pada bila-bila masa.

Sunday 21 June 2015

Perkukuh Perpaduan Menerusi Amalan Mulia: Musa

1. Sempena Majlis Berbuka Puasa Zon1 (Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran) pada Sabtu di Kudat, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman mengingatkan umat islam agar terus mengukuhkan perpaduan bukan sahaja sesama kaum muslimin tetapi juga dengan penganut kepercayaan lain melalui pelbagai amalan mulia seperti bersatu hati, bekerjasama dan slaing hormat menghormati.

2. Amalan mulia ini, kata Musa, sudah menjadi budaya masyarakat Sabah yang menjadikan keamanan terus dikecapi di negeri ini.

3. Menurut Ketua Menteri tersebut, amalan tersebut akan diteruskan untuk menjaga perpaduan. Hanya melalui perpaduan yang kukuh, negeri dan negara akan senantiasa maju. Perancangan dan program yang dijalankan demi faedah rakyat akan berjalan lancar melalui perpaduan yang kukuh, tambah beliau, semasa berucap pada majlis tersebut.

4. Pada kesempatan yang sama, Musa juga berkata, sebagai kerajaan yang diterajui Umno dan Barisan Nasional, kepimpian negeri dan negara akan terus prihatin dengan kepentingan dan keperluan rakyat dengan melaksanakan yang terbaik terutama bagi menunaikan segala janji pilihan raya kepada rakyat.

5. Mengenai beberapa musibah yang melanda Sabah baru-baru ini, seperti gempa bumi, disusuli dengan banjir lumpur, Musa melahirkan kesyukuran kerana melalui kerjasama semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan, badan swasta serta pemimpin tempatan dan penduduk Ranau dan sekitarnya kerana dapat menangani bencana tersebut dengan baik.

6. Beliau juga berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana prihatin dan mengambil berat terhadap musibah yang menimpa Sabah khususnya kepada Perdana Menteri dan Timbalannya kerana datang melihat sendiri dan meninjau kesan gempa di Ranau.

7. Sesungguhnya menurut beliau, tiada masalah yang tidak boleh diatasi, jika terdapat kerjasama erat di semua peringkat khususnya antara Pusat dan Negeri. 

8. Sempena Majlis berbuka puasa Zon1, antara pemimpin negeri yang turut hadir, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Datuk Masidi Manjun, Datuk Nizam-Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, para Ketua Bahagian serta timbalan Umno Bahagaian Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran.


Bacaan penuh Dari Sumber

Monday 15 June 2015

Penyelesaian PATI Sabah

1. Hanya melalui kepimpinan Datuk Musa Aman, diwujudkan cara penyelesaian PATI Sabah. 

2. Masalah PATI yang telah wujud berdekad lamanya, yang bermula tahun 70-an, hanya diselesaikan secara serius bermuala pada Disember 2014.

3. Ekoran dikeluarkannya temuan RCI PATI Sabah pada awal Disember 2014, Ketua Menteri Sabah mengeluar tiga keputusan drastik- MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG pati. Daripada 13 Ketua Menteri Sabah, HANYA Musa yang bertindak demikian.

4. Ketua Menteri Sabah tersebut tidak akan boleh membuat keputusan drastik seperti itu jika tidak mendapat sokongan daripada Perdana Menteri. Kerana sokongan tersebut, maka kerajaan negeri dapat memanfaatkan semua agensi persekutuan yang berkait rapat dengan penguatkuasaan.

5. Mengatasi PATI tidak semudah digambarkan, kerana masalah parti sudah berakar umbi. Sebagai contoh, penculikan di Sabah dikatakan mempunyai hubungkait dengan PATI dan orang tempatan yang bertindak sebagai sindiket bermotifkan kewangan.

6. Kewujudan ESSZONE/ESSCOME tidak akan berfungsi dengan baik jika tidak mendapat kerjasama semua pihak, termasuk rakyat dan para pemimpin politik.


Bacaan penuh Dari Sumber

Friday 12 June 2015

Bangunan Di Sabah Perlu Quake-Proof: Musa

1. Mengambil iktibar gempa bumi yang melanda Sabah pada 5 Jun yang mengakibatkan kerosakan harta benda, Ketua Menteri Sabah menyeru sektor pembinaan agar mempertimbangkan membina perumahan dan bangunan di Sabah pada masa akan datang perlulah kebal gegaran gempa bumi.

2. Sabah kini sudah termasuk kawasan gegaran, walaupun sebelum ini berada di luar lingkaran Ring Of fire (ROF).

3. Gegaran gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Ritcher pada pagi jumaat 5 Jun, bukan sahaja menyebabkan banyak rumah dan bangunan retak, akan tetapi memyebabkan kematian terhadap 14 pendaki dan 4 malim yang sedang berada di Gunung Kinabalu.

4. Gegaran berlaku lagi 2.29 pagi 13 Jun berukuran 5.1 pada skala Ritcher. Kerosakan sedang dikaji oleh pihak berkuatkuasa.


Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday 10 June 2015

Gempa Bumi Sabah: Sabah Berkabung Sehari

1. Musibah atau malapetaka alam, tiada siapapun manusia boleh mencegahnya, apatah lagi gempa bumi.

2. Sabah dilanda gempa pada pagi Jumaat 5 Jun jam 7.15.51 pagi, di mana kawasan peranginan Gunung Kinabalu di landa teruk, bukan sahaja kerosakan harta benda, akan tetapi melibatkan 18 mangsa.

3. Taman Kinabalu, di mana Gunung Kinabalu berlokasi mengalami kerosakan teruk, sehingga memerlukan berjuta untuk membaiki pulih dan memberishkan kawasan itu agar bersedia menerima kembali pelawat.

4. Gunung Kinabalu, merupakan tarikan pelancong merata dunia, termasuk penduduk tempatan.

5. Gunung tertinggi di Asia tersebut, julung kali diterpa gempa yang mengakibatkan korban nyawa.

6. Mendengar berbagai cerita, mereka yang terperangkap semasa gempa, cukup mengerikan, sehingga sukar digambarkan dengan kata-kata. Malah mereka yang terselamat, merasa hidup kembali.

7. Mengingat kepada bencana alam semulajadi melanda Sabah tersebut, Ketua Menteri Sabah mengistiharkan hari berkabung pada Isnin 8 Jun untuk menggambarkan betapa sedihnya rakyat Sabah.


Bacaan penuh Dari Sumber

Gempa Bumi Sabah: Mempamirkan Ketokohan Musa

1. Sebaik sahaja gempa itu berlaku pada pagi Jumaat 5 Jun, Datuk Musa selain sebagai Ketua Menteri Sabah, juga pengerusi Keselamatan Sabah, membuat tindakan pantas.

2. Tindakan beliau mengumumkan cuti bagi semua kakitangan kerajaan kawasan Ranau, bertujuan agar semua pihak yang terlibat tidak perlu ke pejabat, sebaliknya berpeluang membantu impak kepada gegaran tersebut. Selain itu, beliau memerintahkan agar Ahli Jawatan Kuasa Bencana Negeri diaktifkan, agar segala bantuan yang diperlukan boleh digerakkan bagi membantu mangsa atau sesiapa sahaja yang terkena impak kepada gegaran gempa tersebut.

3. Juga, kerana berlakunya kematian akibat gempa tersebut, Musa mengumumkan hari Isnin 8 Jun sebagai hari berkabung bagi Sabah, tanda turut berdukacitanya seluruh rakyat Sabah.

4. Ketokohan Musa, bukan sahaja dikunjungi Timbalan Perdana Menteri akan tetapi juga oleh Perdana Menteri, selain para pemimpin lain termasuk daripada Sarawak.

5. Melihat kepada akibat gempa tersebut, semua pihak bertungkus lumus, menyalurkan berbagai bantuan, baik tenaga mahupun harta benda. Sebagai bukti kepada semua itu, tabungan yang diwujudkan mengalir bantuan-bantuan daripada orang ramai.

6. Tanpa berlengah, bagi membantu para mangsa, bantuan segera disalurkan, malah Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi kerja-kerja membaik pulih dan pembersihan kawasan peranginan Taman Kinabalu.


Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday 9 June 2015

LAWATAN KDM MALAYSIA KE PUSAT MEDIA, TAMAN NEGARA KINABALU.

Lawatan KDM Malaysia diketuai oleh Y.Bhg Datuk Peter Anthony,  Presiden Persatuan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia bersama rombongan seramai lebih 20 orang. Rombongam disambut oleh Pengerusi Persatuan Malim dan Taman-taman Sabah

Mereka menyumbangkan sejumlah RM10 ribu ringgit kepada Pengerusi Malim untuk tujuan menampung perbelanjaan malim-malim yang putus pendapatan dan membantu keluarga terbabit untuk membiayai majlis memperingati mendiang yang terkorban.

Beliau menyarankan agar semua malim dan pihak terbabit agar menyediakan satu garis panduan "do and don't" sebelum pendakian bermula kerana mereka percaya terdapat pantang larang sepanjang pendakian.

Persatuan KDM Malaysia akan mengadakan satu program dan acara memanggil semangat (Sunduan) paad 13 Jun 2015 jam 12.00 t/hari di pekan Kimanis. Dalam upacara itu, sekumpulan bobohizan akan dipanggil dan Persatuan Malim.



Bacaan penuh Dari Sumber

DNA PADAN, OPERASI BERAKHIR 12T/hari (10.06.2015)

Tarikh: 10.06.2015 (Rabu)
Masa : 11.05 pg
Tempat : Pusat Media Gempa Bumi di Ranau, Sabah

Keputusab DNA cebisan mayat yang ditemui padan dengan yang 2 orang mangsa yang sebelum ini dilaporkan masih hilang. Keutusan ujian DNA sekaligus mengesahkan semua mangsa telah berjaya ditemui.

Operasi SAR berakhir jam 12.00 tengahari hari ini (10.6.2015), namun pihak keselamatan akan bersiap sedia sekiranya berlaku lagi gegaran susulan selepas gegaran yang pertama.

Pihak PDRM mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan terima kasih kepada semua penyelamat penduduk sekitar terutamanya penduduk kg masilau, malim gunung dan Taman-taman Sabah atas kerjasama dalam menjayakan tugas menyelamat.

Pihak PDRM dan juga pasukan keselamatan serta Jabatan Metreologi untuk koordinator sentiasa alert dengan setiap gegaran kerana sehingga kini sebanyak 56 kali gegaran telah direkodkan sejak dari hari pertama kejadian (jumaat lepas).

Dengan ini, kesemua mangsa sebanyak 18 orang telah berjaya ditemui namun masih ada mangsa yang belum dituntut oleh keluarga masing-masing kerana masih menunggu ketibaan keluarga waris.

Pihak PDRM mengucapkan  terima kasih kepada semua para media yang bertugas dari hari pertama sehingga kini kerana memaklumkan kepada pihak luar keadaan kejadian sebenar.



Bacaan penuh Dari Sumber

MENTERI KKMM KEMUKA CADANGAN MALIM GUNUNG DIBERI PERLINDUNGAN INSURANS

Sidang Media oleh YB Datuk Ahmad Shabery Chek, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Intipati ucapan :

YB Menteri KKM melahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Malim Gunung, Bomba & Penyelamat, Taman-taman Sabah dan PDRM.

YB Menteri KKMM telah diberikan taklimat oleh pihak PDRM berkenaan operasi SAR sehingga ke hari ini

Beliau juga melahirkan rasa dukacita kerana ini merupakan pertama kali Gunung Kinabalu digegarkan oleh gempa bumi yang besar berukuran 5.9 skala richter.

Gegaran ini menyebabkan kehilangan nyawa tidak hanya di kalangan Malim Gunung bahkan juga rakyat Malaysia pelancong asing. Sehingga kini, 2 mangsa masih dicari.

Beliau berharap segala usaha mencari dan menyelamat dapat diteruskan dan menemui hasil.

Pihak KKMM sendiri telah dan akan membuat penilaian kerosakan dari segi komunikasi, ia adalah untuk memastikan sistem komunikasi tidak terjejas. Ini kerana pada hari pertama kejadian bekalan elektrik terganggu dan menyebabkan gangguan komunikasi juga turut terjejas namun syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat telah bergegas ke lokasi dan membaiki sistem perkhidmatan dan telah dimaklumkan sistem berada dalam keadaan baik pada malam kejadian. Ini kerana KKMM menyedari komunikasi adalah satu alat yang paling penting dalam sebarang bencana.

Terdapat permintaan dari persatuan malim supaya dibekalkan dedicated channel untuk kegunaan pendaki iaitu sistem walkie talkie. Oleh itu, pihak KKMM telah meluluskan 100 set walkie talkie sebagai tools untuk Persatuan Malim Gunung Kinabalu.

Justeru itu juga, KKMM akan memasang satu ripiter untuk capaian walkie talkie tersebut di atas gunung dan latihan penggunaan walkie talkie tersebut akan dibuat.

KKMM juga akan melihat standard operating procedures (SOP) kembali sekiranya berlaku bencana dan akan dibentangkan  dalam kabinet dan mencadangkan bulan oktober sebagai bulan kesiapsiagaan bencana. KKMM juga akan mendedahkan pendidikan di kalangan masyarakat tentang kesiapsiagaan dan kesedaran dalam menghadapi bencana.

KKMM melalui SKMM telah melancarkan Tabung Kemanusiaan bagi gempa bumi di Sabah melalui sms ke talian 13999.

YB Menteri juga telah mengumumkan kutipan yang baru memasuki 2 hari, telah mendapat kutipan lebih RM50ribu dan dijangka dalam sebulan akan melebihi jumlah yang lebih besar. Pihak KKMM akan membincangkan kepada Kerajaan Negeri Sabah bahawa sebahagian kutipan akan diberikan kepada Persatuan Malim Gunung Kinabalu dan juga kepada pihak yang terlibat dengan gempa bumi. Ini kerana difahamkan ekoran bencana ini kebanyakkan Malim Gunung telah kehilangan punca pendapatan.

Pihak KKMM juga akan membincangkan dengan Kerajaan Negeri Sabah mengenai sistem insurans untuk para Malim Gunung, kerana Menteri dimaklumkan bahawa tiada sebarang pelindungan dalam bentuk insurans kepada malim gunung. Menakisme akan dibincangkan, perlindungan insurans perlu kerana mereka adalah petugas atau wira yang tidak didendangkan "unsung hero".

Hari ini juga, KKMM akan menguji penggunaan drone mers 999 untuk membantu kerja-kerja pemantauan, penilaian dan tinjauan awal untuk kegunaan operasi SAR pada masa akan datang, khususnya di gunung kinabalu.



Bacaan penuh Dari Sumber

Kerajaan Persekutuan Akan Beri Anugerah Kepada Malim Gunung

Dewan Kinabalu (Kinabalu Park)

Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada KM Sabah kerana sudi menjemput PM datang ke Sabah.

Dalam ucapannya, PM menjelaskan mengapa beliau tidak datang ke Sabah pada hari kejadian gempa melanda kerana padi hari yang sama merupakan hari jadi YDPA dan jemputan Raja Arab Saudi.

Perkara pertama yang difikirkan PM pada ketika itu adalah meminta sambutan rumah terbuka pesta kaamatan di ranau dibatal dan mengarahkan TPM melakukan lawatan.

PM merasakan amat mustahak untuk datang ke Sabah meskipun SAR hampir tamat, namun tetap teruskan lawatan untuk menyampaikan mesej bahawa Kerajaan Persekutuan akan bersama-sama kerajaan negeri dalam senang dan susah.

Lawatan juga untuk mengenalpasti apa tindakan susulan yang difikirkan perlu untuk memperbaiki dan memulihkan gunung kinabalu sebagai sebuah pusat tarikan pelancongan.

Beliau menyatakan, atas nama kerajaan pusat amat berpuas hati dengan segala tindakan SAR. Sebarang kelemahan yang dimainkan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab adalah tidak benar kerana SOP menitikberatkan elemen keselamatan terlebih dahulu, mana-mana yang boleh diselamatkan akan diselamatkan terlebih dahulu. Pada masa yang sama, PM memuji kerjasama agensi kerajaan negeri dan persekutuan dan SAR.

PM Memuji dan mengagumi sumbangan Malim Gunung dalam SAR yang sanggup membahayakan diri dalam usaha menyalamat dengan keberanian yang luar biasa.

Kerajaan pusat dengan syor kerajaan negeri akan memikirkan pemberian atau anugerah yang difikirkan bersesuaian untuk menghargai jasa dan sumbangan mereka yang terlibat dan terkorban.

Cadangan untuk menggunakan teknologi terkini seperti sensor di kawasan gunung kinabalu. Sensor ini membolehkan kita memantau gempa kecil. Namun kemampuan untuk mengesan gempa bumi besar adalah suatu yang diluar kawalan dan diserahkan kepada pakar.

PM turut mencadangkan 6 pendaki dengan 1 malim gunung dan dibekalkan dengan walkie talkie.

Keperluan penggunaan helikopter akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian serta mencadangkan agar Kawasan Landing point diperluas.

kerajaan pusat bersetuju memberi sumbangan10juta kepada kerajaan negeri dalam usaha memulihkan kerosakan dan kerja-kerja pemulihanan gunung kinabalu.

Pesuruhjaya singapura menyampaikan ucapan takziah dan surat penghargaan daripada PM singapura kepada segala usaha kerajaan negeri dan persekutuan dalam usaha menyelamat.

Bencana gempa yang melanda negeri pasti ada hikmahnya dan meminta semua pihak agar tabah dan bersabar.



Bacaan penuh Dari Sumber

Monday 8 June 2015

Pusat Sumbangan Mangsa Gempa Bumi di Ranau, Taman Negara Kinabalu

Temubual bersama Puan Rozelia Joseph:

Kinabalu Park, Ranau (09.06.2015)

Pada 6.6.2015 (Sabtu) merupakan sambutan kaamatan di Ranau tapi bila bencana berlaku pada 5.6.2015 (Jumaat) dan melibatkan hampir 80% Malim Gunung adalah penduduk Kg Bundu Tuhan, maka sambutan di tunda dan dalam mesyuarat kami telah memutuskan sumbangan makanan diberi ke Pondok Timpohon.

Sumbangan makanan ini diberi kepada Malim2 Gunung Kinabalu yang bertugas di Rescue.

Pemberian sumbangan ini bermula atas inisiatif kami sendiri.

Di dalam kampung Bundu Tuhan ada 7 bahagian dan kami bekerjasama untuk memberikn sumbangan dalam bentuk nasi yang dibungkus dengan daun pisang yang berlaukkan ayam.

Bungkusan nasi dalam daun pisang adalah perkara rormal pada kami kerana ia mudah selepas makan boleh dibuang begitu sahaja.

Pada mulanya kami post gambar di facebook & whatsapp sambil meletakkan nombor telefon dan seterusnya kami viralkan di media..Dari situ oranv nampak dan mula menghubungi kami untuk bertanyakan berhubung pemberian sumbangan ini.

Kami mula menyimpan stok barang2 sumbangan di dewan ini pada 6.5.2015 (Sabtu).

Sumbangan2 ini merupakan bantuan yang akan diberikan kepada mangsa & keluarga Malim Gunung. Setakat ini sudah 3 pengagihan dibuat iaitu pada 7hb, 8hb & 9hb.

Minuman 100 plus adalah penting dan kami letakkan di Pondok Timpohon untuk diberikan bukan saja kepada malim gunung tapi juga untuk sukarelawan2 dan petugas2 keselamatan yang terlibat.

Harapan kami kepada pihak penyumbang adalah supaya dapat memberikan barang2 keperluan seperti peralatan mandian, barang2 makanan dan sumbangan wang ringgit.

Selepas inin sumbangan ini akan diserahkan kepada Persatuan Malim Gunung untuk mereka amik alih dan teruskan.

Buat masa ini sumbangan diterima dari NGO, orang perseorangan, kedai2 pengusaha dan kelab/persatuan.

Jumlah penyumbang setakat ini adalah sebanyak 74 (yang telah didaftarkan), namun ada juga perseorangan yang menyumbang secara sukarela namun tidak mahu nama didaftarkan.

Kebanyakkn sumbangan buat masa ini berbentuk makanan, wang ringgit dan ubat2n. Ubat2n telah diberikan lebih awal kepada malim2 gunung semasa SAR dihari ke 2.

Antara yang ada memberikan sumbangan seperti YB Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, UMW, Radio Sabah seperti Era Hitz FM, kelab2 kecil & besar dan individu perseorangan.

Pusat sumbangan ini dijangkakan di buka sehingga  pembahagian dibuat kepada semua malim2 gunung, kemudian akan diserahkan kepada Persatuan Malim Gunung.

No fon utk d hubungi sekiranya ingin memberikan sumbangan kepada mangsa

1. Dominic Gamie (0109472738)
Pengerusi JKK Kg. Bundu Tuhan

2. Cyril Soidi (01116027606)

3. Rozelia Joseph ( 0198101824)

4. Roy (0145536360)



Bacaan penuh Dari Sumber

Friday 5 June 2015

Gempa Bumi Sabah: Musa Bertindak Cepat

1. Gempa bumi yang melanda Sabah pada jam 7.15.51 pagi 10km Barat Laut Ranau Sabah di kedalaman 80km, telah mengeggarkan kawasan Pantai Barat Sabah daripada Kudat hingga ke Beufort.

2. Selepas sahaja kejadian tersebut, Ketua Menteri Sabah telah bertindak cepat, pertama mengumumkan cuti bencana bagi Kakitangan Kerajaan bagi kawasan Ranau, kedua telah mengarahkan pengaktifan Jawatankuasa Bencana Alam negeri,

3. Melalui tindakan cepat tersebut, beliau bertukar-tukar tweet dengan Menteri Pertahanan Dato Hishamuddin Hussien dan Dato Masidi Manjun, berkaitan bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada para pendaki Gunung Kinabalu yang terperangkap.

4. Sehingga tulisan ini ditulis, masih 89 pendaki gagal dikesan, namun pihak Majlis Keselamatan Negara yang diketuai Brig Jeneral Masrani sedang bertungkus lumus mengesan para pendaki tersebut dengan menggunakan berbagai aset termasuk Helikopter EC735 yang mampu digunakan dalam keadaan ekstrim.

5.Tindakan cepat Ketua Menteri mendorong berbagai pihak juga bertindak cepat, termasuk pasukan keselamatan dan bomba.

6. Gegaran pagi Jumaat yang berkekuatan 6 pada RS telah mengakibatkan gegaran kuat termasuk merosakan harta benda di sekikar kawasan pusat gegaran.


Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday 4 June 2015

Di Penghujung Lorong Yang Kotor dan Rusak

Menukik ke dasar jurang Dahulu kala, Nusantara diumpamakan sebagai negeri tempatnya para Dewa bersemayam. Negeri nan indah, subur makmur, gemah ripah loh jinawi, tata-titi tentrem kertaraharja.  Samudra dan daratan yang luas, gunung berapi, lembah nan hijau, hutan belantara. Negeri yang kaya mineral dan hangat dalam rengkuhan sinar matahari. Semua itu menjadikan Nusantara bagaikan gudang kekayaan […]

Bacaan penuh Dari Sumber