Yasiba Akusra

Mentera 7 keturunan. Kisah tujuh generasi yang bermula di Trusan, Sarawak dan sekarang bertapak di Keningau, Sabah.

Mentera 7 Keturunan

Menyorot kisah gemilang Raja Asoe yang hampir dilupakan kerana peredaran masa.

Yasiba Akusra

Menyajikan himpunan entri yang menarik dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan semua.

Yasiba Akusra

Pembuatan dan pemuliharaan seni tempaan alat alat dan senjata tradisi seperti keris, golok, lading, rencong, kerambit, parang dan pisau.

Perubatan dan Alam Nusantara

Sentiasa penuh mistik dan perkara yang di luar jangkaan. Terimakasih kerana sudi bersama-sama Yasiba Akusra : Mentera 7 Keturunan.

Hanya Mutu Mengenal Manikam

Pandai besi yang memulihara senjata antik dan menempa keris dengan rahsia tempaan dahulu kala dan digabungkan dengan teknologi moden, Insya-Allah. Hubungi Yasiba pada bila-bila masa.

Wednesday 29 July 2015

RISALAH ILMU PENDINDING DAN PERLINDUNG DAN ILMU PEDANG BATIN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang.
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW Dan Isteri2 Baginda SAW Dan Sahabat@ Baginda Serta Ahlul Bait.

RISALAH ILMU PENDINDING DAN PERLINDUNG DAN ILMU PEDANG BATIN.

Saya akan menerbitkan Risalah ringkas Ilmu Ilmu Kebatinan seperti di atas sebagai langkah pertama sebelum 'Mengajar' samada Semantan Puteh atau Sinar Islam, kedua2nya adalah Silat Kebatinan .

Setiap Risalah lengkap dengan amalan amalan saya berpuluh tahun serta amalan amalan harian selama ini, lengkap dengan cara cara amalan dan petua petuanya.

Pun begitu, saya akan mengenakan 'Pengeras' sebanyak RM21.25 dan kos tertentu seperti Pos Laju atau Courrier, sementara sekarang saya tidak sebegitu sibuk.

Sila email ke mirnura@hotmail.com untuk arahan lanjut jika berminat.

Di larang sama sekali untuk pertanyaan atau persoalan, hanya jika mereka yang berminat sahaja untuk mendapatkan RISALAH sahaja di layan, selain itu saya akan 'Block' atau 'Spam' jika terdapat email selain Pelajar2 Yang Berminat Untuk Belajar Secara Resmi.

Mereka inilah Insyallah akan dapat 'Berguru Dengan Saya' secara terus dan Berkongsi Ilmu. Insyallah .










Bacaan penuh Dari Sumber

Musa Sambut Baik Barisan Baru Kabinet Persekutuan

1. Sebaik sahaja Perdana Menteri mengumumkan barisan kabinet Persekutuan pada Selasa, Ketua Menteri Sabah mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

2. Menurut Musa, perlantikan barisan kabinet merupakan kuasa penuh Perdana Menteri. Atas sebab itu, mereka yang dilantik menganggotai kabinet, adalah mereka yang dirasakan oleh Perdana Menteri boleh berkerjasama dengan beliau sebagai satu pasukan.

3.Barisan kabinet bukan sahaja bertanggungjawab pada sebarang kebijaksanaan atau keputusan kerajaan akan tetapi boleh berkerjasama membangunkan negara.

4.Menurut Ketua Menteri Sabah tersebut, adalah menjadi kebiasaan mana-mana pemimpin untuk melantik sesiapa sahaja yang dilihat mampu memikul tanggungjawab bersama, di masa susah dan senang.

5.Musa berharap melalui barisan kabinet persekutuan yang baru, tindakan pergeseran antara para pemimpin dapat dinoktahkan, supaya penumpuhan kepada pembangunan negara dapat dicapai.

6. Pada masa yang sama Ketua Menteri Sabah itu mengucapkan tahniah kepada Datuk Salleh Tun Said dan Datuk Wilfred Madius Tangau kerana dilantik sebagai menteri penuh Persekutuan. 

7.Barisan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri pada Selesa merupakan barisan pemimpian Barisan Nasional sebagai persiapan menghadapi PRU-14, yang bakal diadakan pada Tahun 2018.


Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday 28 July 2015

RESPON PEMIMPIN SABAH TERHADAP ROMBAKAN KABINET



Datuk Seri Musa Aman (Ketua Menteri Sabah)
Perdana Menteri sebagai pemimpin dan pentadbir kerajaan memerlukan barisan yang menyokong penuh serta dapat bekerja dengannya buka saja untuk membangun negara tetapi mempunyai tanggungjawab bersama untuk menghadapi apa saja cabaran sekarang dan di masa akan datang. Ia adalah prasyarat asas bagi sebarang kerajaan di mana-mana di dunia.

Mengucapkan tahniah kepada semua yang dilantik dalam barisan kabinet Persekutuan baharu termasuk pelantikan Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak dan Datuk Wilfred Madius Tangau di atas pelantikan mereka dalam barisan kabinet baharu ini.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Mantan Menteri KKLW/ MP P189 Semporna)
Rombakan Kabinet Persekutuan kelmarin adalah hak Perdana Menteri melakukannya termasuklah dengan menggugurkannya. Pandangan yang diberikan adalah demi untuk menguatkan UMNO dan niat itu bertujuan meletakkan negara di landasan yang sepatutnya.

“Sekiranya ini dianggap tidak selari dengan pendirian YAB Dato Sri Najib, maka itu adalah hak beliau sebagai PM untuk membuat rombakan”.

Datuk Marcus Makin Mojigoh (MP P173 Putatan)
Menyifatkan Mantan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Datuk Ewon Ebin) sebagai seorang yang profesional. Menurutnya, Ewon telah menjangkakan pengumuman rombakan itu. Parti UPKO berbangga dengan beliau dan mengucapkan selamat kembali dan sama-sama membantu menguatkan kembali jentera UPKO Sabah.

Datuk Teo Chee Kang (Presiden LDP)
Rombakan akan mengukuhkan lagi Kabinet Persekutuan sebagai satu pasukan bersatu. Kabinet PM memerlukan satu Kabinet yang bercakap dalam satu suara, yang tanpanya kerajaan tidak akan dapat berfungsi sepenuhnya dan di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi Westminister, PM memegang tanggungjawab untuk membentuk dan menyusun semula kabinetnya.

Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said Keruak (Mantan Speaker DUN Sabah/ Menteri KKMM)
Sebarang kritikan dan perbezaan pendapat di kalangan anggota kabinet perlu dibuat melalui saluran ditetapkan. Perbezaan pendapat di kalangan jemaah Menteri itu sendiri tidaklah boleh dilaungkan kepada masyarakat kerana ia bertentangan dengan konsep collective responsibility yang menjadi amalan sistem demokrasi.

DSP Masidi Manjun (ADUN N30 Karanaan)
Pelantikan Kabinet adalah hak mutlak PM. “Beliau memilih orang yang dapat bekerjasama dengannya. Sekiranya ada menteri yang hilang keyakinan terhadap PM yang melantik mereka pada mulanya, menteri berkenaan sepatutnya meletak jawatan secara sukarela atau bersedia untuk digantikan”.

Datuk Samsuddin Yahya (ADUN N43 Sekong)
Rombakan Kabinet Persekutuan merupakan hak beliau (Najib) selaku PM untuk memilih pemimpin yang boleh mengukuhkan lagi kekuatan kepimpinan negara.
“Saya menyambut baik keputusan yang diambil dan berharap barisan Kabinet yang baru dilantik akan menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara dengan penuh komited”.

Datuk Saddi Abdul Rahman (ADUN N48 Sukau)
Menyifatkan rombakan Kabinet Pusat yang diumumkan kelmarin sebagai tindakan bijak bagi memastikan jentera kerajaan berjalan lancar. Keputusan membuat rombakan adalah hak mutlak PM yang difikirkannya terbaik untuk rakyat dan negara keseluruhannya.

Chew Kok Woh (Ketua Bahagian MCA P185 Batu Sapi)
Rombakan dalam kabinet sedia ada seperti itu sudah dijangka akan berlaku. PM memerlukan satu kumpulan pemimpin dalam Kabinet yang boleh dipercayai.

“Kumpulan ini tentunya terdiri daripada mereka yang boleh bekerja bersama beliau (Najib) dan beliau juga percaya kumpulan ini boleh menjalankan tanggungjawab bersama dengannya”.


Bacaan penuh Dari Sumber