Yasiba Akusra

Mentera 7 keturunan. Kisah tujuh generasi yang bermula di Trusan, Sarawak dan sekarang bertapak di Keningau, Sabah.

Mentera 7 Keturunan

Menyorot kisah gemilang Raja Asoe yang hampir dilupakan kerana peredaran masa.

Yasiba Akusra

Menyajikan himpunan entri yang menarik dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan semua.

Yasiba Akusra

Pembuatan dan pemuliharaan seni tempaan alat alat dan senjata tradisi seperti keris, golok, lading, rencong, kerambit, parang dan pisau.

Perubatan dan Alam Nusantara

Sentiasa penuh mistik dan perkara yang di luar jangkaan. Terimakasih kerana sudi bersama-sama Yasiba Akusra : Mentera 7 Keturunan.

Hanya Mutu Mengenal Manikam

Pandai besi yang memulihara senjata antik dan menempa keris dengan rahsia tempaan dahulu kala dan digabungkan dengan teknologi moden, Insya-Allah. Hubungi Yasiba pada bila-bila masa.

Wednesday 31 December 2014

NOTIS PEMBATALAN KONSERT SAMBUTAN TAHUN BARU 2015

DBKK telah membatalkan Konsert Sambutan Tahun Baru 2015 yang dijadualkan malam ini bertempat di Lintasan Deasoka bandaraya Kota Kinabalu demi menghormati mangsa-mangsa banjir di Semenanjung dan Sabah.


Turut dibatalkan adalah gerai bagi karnival bazar. Walau bagaimanapun acara (karnival rakyat dn pameran buskers) lain diteruskan seperti yang dirancang.









Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday 25 December 2014

Dr Roland Chia Lawan Lajim Ukin



PEMBATALAN hasrat Dr Roland Chia Ming Shen meletakkan jawatan sebagai ADUN Inanam diumumkan melalui kenyataan media bertepatan pada Hari Xmas.



Pada 17 Disember melalui kenyataan di wall FB ADUN Inanam itu, beliau berhasrat meletakan jawatan atas sebab faktor kesihatan.



Dua hari selepas kenyataan itu, dalam satu majlis- Ketua Menteri Sabah apabila diminta mengulas, beliau berkata- adalah pelik, kalau PKR Sabah saling menyokong antara satu sama lain, sebab rekod menunjukkan, bahawa mereka saling bercakaran daripada dahulu lagi. Percakaran antara mereka, berlaku kerana campur tangan Anwar Ibrahim, yang bersifat kuku besi.



Sejak dari awal, adalah rahsia umum, bahawa Dr Roland mahu jawatan Pengerusi negeri, selepas Ahmad Thamrin Zaini disingkirkan. Namun-Anwar melantik Lajim, yang sebenarnya, pada awalnya bukan ahli PKR, akan tetapi mengetuai satu NGO selepas keluar daripada Umno hujung tahun 2012.



Lajim menerima banyak keistimewaan daripada negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, khususnya projek-projek. Manakala Roland terkial-kial dengan sumbernya sendiri untuk berkhidmat dengan rakyat Inanam.



Pembatalan hasrat meletekkan jawatan kononnya atas nasihat Anwar, Wan Azizah, Azmin Ali dan penyokong beliau di Inanam. Kenyataan Akhbar Roland, tidak menyebutpun Lajim sebagai pendorong kepada pembatalan itu. Adalah dapat dibaca, bahawa penseteruan antara Lajim dan Roland, adalah seperti "tips of iceberg" bila-bila masa akan meledak.





Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday 21 December 2014

Hudud: Pas sudah sedia sepenuhnya

Pas Kelantan bersedia sepenuhnya untuk membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau hukum hudud di persidangan khas Dun pada 29 Disember ini.



Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday 20 December 2014

PERKASA, ISMA =UBF, SSKM PEROSAK KERHARMONIAN BAGI SABAH DAN SARAWAK


KEHADIRAN NGO Perkasa, ISMA, UBF, SSKM hanya menyumbang kepada ketidak harmonian di Sabah dan Sarawak.



Budaya yang cuba diketengahkan oleh NGO-NGO ini adalah budaya ekstrim yang menuju kepada kehacuran hubungan antara kaum, agama dan budaya.



Perkasa dengan isu agama dan ketuanan melayunya, Isma dengan islam radikalnya, UBF dan SSKM dengan pendekatan perkauman yang tebal, boleh menyumbangkan kepada keadaan lebih teruk berbanding keadaan di Bosnia, Afganistan, Iraq dan negera-negara timur tengah yang sedang bergolak.



Tulisan, kenyataan yang bertali arus daripada salah seorang pemimpin Sabah-Datuk Salleh Said Keruak berhubungan dengan ancaman NGO-NGO ekstrim itu menunjukkan bahawa jika tindak tanduk kumpulan ekstrimis itu tidak dibendung, ianya akan menjadi api yang sukar dipadam. Di mana akhirnya Sabah dan Sarawak akan berdepan dengan perbalahan perkauman yang amat ngeri.



Sabah dan Sarawak dengan puluhan kaum, berbagai kepercayaan agama dan budaya, selain latar belakang sosial yang berbeza, tidak sanggup berdepan dengan pendekatan/tindak tanduk kumpulan yang ekstrim seperti Perkasa, Isma, UBF dan SSKM.





Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday 16 December 2014

Impak Negatif Terhadap Pengusiran Pekerja Asing/PATI


BELUMPUN Kerajaan memulakan tindakan memburu, menangkap dan mengusir pekerja asing/PATI, sektor Pembinaan Sabah sudah berteriak kerana sektor itu akan berdepan dengan masalah besar.



Berkali-kali OKB berhujah bahawa kebanjiran warga asing/PATI di Sabah adalah disebabkan oleh permintaan sektor yang memerlukan pekerja kolar biru seperti pembinaan, perladangan dan perikanan selain perkebunan.



Pembangkang dan pihak-pihak lain yang beretorik politik, hanya tahu menuding jari kepada kerajaan umumnya dan khasnya kepada Umno/Bn, bahawa kononnya menternak warga asing/Pati. Apa yang paling malang adalah tuduhan, kononnya Umno/Bn mempergunakan mereka untuk mempertahankan kuasa.



Semalam di Semenanjung persatuan Pembinaan di Malaya berteriak juga, apabila kerajaan memutuskan menghantar pulang semua PATI yang termasuk dalam program 6P yang meliputi 500,000 orang. Sektor itu akan lumpuh kerana berdepan dengan kekurangan pekerja.



Di Sabah pula, di muka depan Surat Khabar Daily Express pada Rabu, Persatuan pembinaan Sabah menyuarakan bahawa tindakan kerajaan memburu, menangkap dan menghantar pulang PATI mempunyai impak negatif terhadap sektor itu, sebabnya 95% perkerja sektor itu adalah warga asing/PATI.





Bacaan penuh Dari Sumber

Monday 15 December 2014

Khalil minta Guan Eng hormati hak Pas

Pas tidak berganjak dalam perjuangan menegakkan prinsip Islam termasuk pelaksanaan jenayah syariah Islam atau hudud.



Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday 14 December 2014

DAP kena terima hudud ikut saluran demokrasi

DAP perlu menghormati semangat demokrasi termasuk menerima keputusan suara majoriti jika usul Enakmen Kanun Jenayah Syariah...



Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday 10 December 2014

Sabah Tumpu Kepada Penahanan dan Penghantaran PATI: MUSA


Kerajaan Sabah akan memberi tumpuan terhadap penahanan dan penghantaran pulang pendatang tanpa izin di samping membendung kemasukan warga asing secara haram.



Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menegaskan ia adalah sebahagian daripada langkah drastik yang akan diambil untuk menangani masalah pendatang tanpa izin yang sejak sekian lama menghantui penduduk di Sabah.



“Bagi fokus pertama (penahanan dan penghantaran pulang pendatang tanpa izin), kami meneliti butiran beberapa aspek yang perlu ditambah baik dalam operasi sedia ada oleh agensi berkaitan.



“Kami bersetuju untuk memperkenalkan semula secara segera operasi bersepadu dan saya telahpun mengarahkan persediaan praoperasi dilakukan secepat mungkin untuk memperkukuhkan operasi yang akan dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu Kenyataan itu dikeluarkan selepas Musa mempengerusikan dua mesyuarat berkaitan keselamatan di Sabah hari ini iaitu Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri dan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).



Ketua Menteri berkata fokus pertama akan turut merangkumi peningkatan keupayaan Pusat Tahanan Sementara yang pada masa ini boleh menempatkan 5,000 orang pada satu-satu masa.



Beliau menjelaskan lokasi sesuai dan bangunan yang boleh diubah suai serta diwartakan sebagai Pusat Tahanan Sementara telahpun dicadang bagi memastikan keupayaan untuk menahan dapat dipertingkatkan tanpa sebarang kelewatan yang lazimnya berlaku ketika pembinaan pusat baharu.



Katanya terdapat juga keperluan untuk menyemak dan menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan proses penghantaran pulang pendatang tanpa izin, yang turut merangkumi aspek seperti reman, siasatan, dokumentasi dan jadual penghantaran pulang.



“Sungguhpun SOP sedia ada sudah ditambah baik daripada purata enam bulan hingga dua bulan, tempoh ini masih dilihat agak lama dan memerlukan kos operasi yang tinggi dari segi penyediaan makanan kepada tahanan, penyelenggaraan dan keselamatan.



“Penambahbaikan SOP ini akan memerlukan rundingan dan kerjasama daripada negara asal memandangkan komitmen diperlukan daripada negara berkenaan dalam usaha mengurangkan masa yang diambil untuk menghantar pulang tahanan,” katanya.



Dalam hubungan ini, Musa berkata Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri ditubuhkan untuk membuat susulan terhadap dua tindakan yang akan dilaksanakan dan untuk mengetuai pelaksanaan operasi bersepadu itu.



Beliau turut menggesa semua pihak terutamanya majikan dalam memastikan pekerja mereka mempunyai dokumen dan permit kerja yang sah, manakala pemimpin masyarakat, ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung pula diarah supaya memberi kerjasama kepada agensi keselamatan dengan menyalurkan maklumat berkaitan pendatang tanpa izin di kawasan masing-masing.



Beliau memberi amaran tindakan akan diambil terhadap mereka yang melindungi pendatang tanpa izin.



Bagi fokus kedua (membendung kemasukan warga asing secara haram), Musa berkata kerajaan bersetuju untuk memperluaskan strategi sedia ada dalam menguatkuasakan perintah berkurung di ESSZone, yang akan diperkukuhkan lagi dengan cadangan melaksanakan strategi baharu untuk mewartakan pulau yang digunakan oleh pendatang tanpa izin dan penjenayah sebagai Kawasan Larangan.



“Strategi ini penting kerana pulau dalam perairan ESSZone adalah antara lokasi jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan, penculikan dan penyembunyian pendatang tanpa izin sebelum mereka memasuki Sabah,” katanya, dan menambah terdapat lebih 360 pulau dalam ESSZone dan 83 daripada pulau itu terletak di Semporna.



secara prinsip, Musa berkata pelaksanaan untuk mewartakan pulau yang disasarkan itu sebagai Kawasan Larangan bergantung kepada kajian yang akan dijalankan oleh sebuah jawatankuasa bertindak.



“Sama dengan strategi perintah berkurung, kami yakin strategi Kawasan Larangan akan mewujudkan kesan ketara dalam agenda kami untuk membendung kemasukan pendatang tanpa izin.



“Ini sebaliknya akan membantu kerajaan negeri dalam mengatasi masalah pendatang tanpa izin yang menjadi fokus utama kami pada masa depan,” katanya.





Bacaan penuh Dari Sumber