Yasiba Akusra

Mentera 7 keturunan. Kisah tujuh generasi yang bermula di Trusan, Sarawak dan sekarang bertapak di Keningau, Sabah.

Mentera 7 Keturunan

Menyorot kisah gemilang Raja Asoe yang hampir dilupakan kerana peredaran masa.

Yasiba Akusra

Menyajikan himpunan entri yang menarik dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan semua.

Yasiba Akusra

Pembuatan dan pemuliharaan seni tempaan alat alat dan senjata tradisi seperti keris, golok, lading, rencong, kerambit, parang dan pisau.

Perubatan dan Alam Nusantara

Sentiasa penuh mistik dan perkara yang di luar jangkaan. Terimakasih kerana sudi bersama-sama Yasiba Akusra : Mentera 7 Keturunan.

Hanya Mutu Mengenal Manikam

Pandai besi yang memulihara senjata antik dan menempa keris dengan rahsia tempaan dahulu kala dan digabungkan dengan teknologi moden, Insya-Allah. Hubungi Yasiba pada bila-bila masa.

Thursday 29 January 2015

Sabah Daripada Tebang Hutan Kepada Pemuliharan Hutan


SABAH satu ketika dikenal dengan negeri kaya balak. Malah sesiapa yang sahaja yang ada lifestyle datang ke Semananjung berlagak sebagai tauke balak. Sampai satu ketika, apabila ada Datuk atau pemimpin Sabah bertandang ke sana, mendapat jolokan sebagai tauke balak.



Cerita itu, adalah cerita tahun 70-an dan awal 80-an. Akibat rakusnya para pemimpin pada masa itu menebang balak, maka hutan Sabah, hampir gundul. Kalau tiadanya konsesi Yayasan Sabah, pasti balak di Sabah sudah menjadi lagenda.



Keluasan Sabah adalah 7.362 juta hektar. Pada tahun 2002, hutan yang berbaki hanya 838,132 hektar atau 11.38 peratus keluasan negeri. 11 Tahun kemudian, keluasan hutan Sabah meningkat 1.350,574 hektar atau 18.35 peratus daripada keluasan seluruh negeri. Pada tahun 2025, target keluasan hutan Sabah akan ditingkatkan ke paras 30 peratus daripada keluasan negeri atau hutan Sabah akan menjadi 2,2086,000 hektar. Target itu hanya boleh dicapai, jika tiada perubahan polisi atau kebijakan kerajaan.



Kelusan tanah hutan berkurang, kerana keperluan pembangunan. Demikian juga keinginan rakyat memohon tanah untuk diterokai. Gencarnya rakyat meneroka tanah milik kerajaan yang mengunakan istilah NCR, adalah satu penghalang kepada polisi menghijaukan negeri.



Di laman-laman facebook atau media sosial, ramai pengguna yang tidak bertanggungjawab melimpar tomahan atau dakwaan kepada Ketua Menteri, kononnya rakus menebang hutan, sedangkan hakikatnya tidaklah demikian.



Kerajaan Negeri malah mengupah Firma Antarabangsa untuk mengodit syarikat-syarikat yang mendapat konsesi yang belum tamat tempohnya, agar supaya penebangan hutan sesuai dengan piawaian antarabanga. Kerajaan negeri sanggup membayar kos sebanyak RM1juta setahun, demi ketelusan pembalakan yang dijalankan oleh pemilik-pemilik konsesi. Rujuk Tulisan Datuk Salleh untold story Disini





Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday 28 January 2015

Prinsip PR kukuhkan demokrasi peringkat PBT

Buku jingga jelas menyebut PR perlu memperkukuhkan demokrasi di peringkat kerajaan tempatan, demikian reaksi Ketua Penerangan Angkatan Muda...



Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday 25 January 2015

Tuduhan Kepada Keluarga Musa


SEJAK akhir-akhir ini Keluarga Datuk Musa Aman menjadi sasaran fitnah dan dakwaan daripada pihak-pihak tertentu, yang tiba-tiba menucul.



Serangan terhadap keluarga Musa dan beliau sendiri, selepas tiga sayap Umno Sabah sebulat suara mencadangkan agar Umno mengambil tindakan terhadap Ketua Bahagian Umno Sepanggar merangkap MP kawasan itu- Datuk Jumat Idris.



Berbagai dakwaan timbul oleh mereka yang berakaun benar dan palsu di ruang maya, seperti daripada Sahar Haji Mantamin (akaun benar) dan Alfred Chong (akaun palsu).



Para penuduh ini lupa membezakan antara perjuangan sukarela dan peniaga. Dalam pengertian mereka, pejuang atau penyokong parti atau pemimpin parti perlu juga sebagai peniaga, atas sebab itu, jika ada projek-projek kerajaan atau swasta, mereka juga perlu mendapatkannya. Setidak-tidaknya itulah pengertian mereka.



Pandangan mereka itu, sebenarnya silap, kalau mereka-mereka itu mahu sebagai peniaga, maka seharusnya mereka jangan mempunyai jawatan dalam parti atau pejuang dalam parti, sebaliknya mereka-mereka itu perlu menjadi peniaga. Jika mereka menjadi peniaga, maka peluang untuk mendapatkan projek-projek besar terbentang luas, kerana pihak pemberi projek akan mempertimbangkan mereka sebagai pelaksana, kerana mempunyai syarikat yang berkelayakan, mempunyai pengalaman selain mempunyai kepakaran. Kalau projek-projek kerajaan diberikan kepada para penyokong atau mereka yang berjawatan, kesimpulannya, projek-projek itu, bukanpun mereka laksanakan, akan tetapi dialibabakan, atau dijual, di mana mereka hanya mengambil percentage. Jika ini berlaku, bukan sahaja mutu projek itu dikompromi akan tetapi kemungkinan besar kos projek meningkat atau terbengkalai.



Kata orang, berikan sesuatu pekerjaan sesuai dengan kepakaran masing-masing. Kalau kereta rosak, hantarlah ke workshop, jangan hantar ke dobi pula, demikian juga kalau orang sakit, hantarlah ke hospital untuk jumpa doktor, jangan hantar ke rumah urut pula.



Jika benar, bahawa nama-nama yang disebut mereka itu, (semuanya) bernama cina seperti Freddy Lim, Andrew Lim, Miicheal Chai, Nasir Yeo, John Lim, Albert Lim, Robert Tan,Terence Chung, Lawarance Chung Gary Saw dan Humphery Tan , atas sebab, pemilik-pemilik syarikat yang berkelayakan itu adalah milik orang-orang itu.



Pemberi projek, mempunyai pertimbangan sendiri, bahawa sesuatu projek yang diberikan mesti berasaskan kepada value for money, tidak terbengkalai, sesuai dengan kualiti projek, serta sesuai dengan tarikh penyiapan. Sebagai contoh projek naik taraf Lapangan Terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sandakan, pembinaan Pusat Petadbiran Kerajaa Sabah di Teluk Likas, semunya dilaksanakan oleh Syarikat Besar yang berpengalaman, dan semuanya dimiliki rakyat negara ini yang berketurunan cina.



Pemberi projek mempunyai pandangan yang bebeza dengan pandangan penyokong atau pemimpin parti, kerana pemberi projek mementingkan delivery, bukannya berasaskan kepada pujian atau nama. Contoh, projek yang kaitan dengan GLCpun seperti bangunan terbengkalai di depan Centre Point, Kota Kinabalu, di mana dipapan tanda itu tertulis SUDC sebagai pemilik projek dan pelaksana, buktinya telah bertahun-tahun projek itu tidak berjaya disiapkan.



Kini, keluarga Musa 'under attack" dengan menyebut nama-nama seperti Anifah Aman, Hasnol Ayub, Johari Ayub, dan Hafez Musa, di mana dituduh mendapat habuan luarbiasa melalui kepimpinan Musa.





Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday 22 January 2015

ESSCOM TUBUH PASUKAN PETUGAS OPS BERSEPADU KHAS BURU PATI DI SETIAP DAERAH ESSZONE







Dipetik: Esscom




KOTA KINABALU, (22 Jan) — Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan menubuhkan Pasukan Petugas bagi membantu menyelaras Operasi Bersepadu Khas memburu pendatang tanpa izin (PATI) di setiap daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Pengarah Awam ESSCOM Ruji Ubi berkata pelancaran pasukan petugas peringkat daerah itu akan dilaksanakan secara berperingat-peringkat dalam masa terdekat.

Beliau berkata ini adalah sejajar dengan visi dan misi ESSCOM yang berazam untuk membersihkan ESSZONE daripada PATI.

“ESSCOM dengan kerjasama bahagian penguatkuasa pejabat daerah di setiap daerah di ESSZONE akan mengemudi operasi bersepadu ini, dan kita harap ia akan membuahkan hasil.

“Langkah drastik ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menangani masalah PATI di Sabah, khususnya di ESSZONE,” katanya dalam ucapan alu-aluan sempena majlis pertemuan ESSCOM bersama pegawai-pegawai daerah ESSZONE dan ketua-ketua agensi penguatkuasa di sini hari ini.

Ruji berkata operasi bersepadu itu akan melibatkan semua agensi penguatkuasaan negeri dan Persekutuan yang berperanan menguatkuasakan undang-undang sedia ada di peringkat daerah.

Turut hadir Komander ESSCOM Dato’ Abd Rashid Harun.

Setakat ini, katanya, Operasi Bersepadu Khas itu telah dan sedang dilaksanakan di Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan ia akan diperluaskan ke daerah lain di ESSZONE termasuk Semporna.,


Operasi membanteras PATI itu merupakan langkah susulan Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai PATI di Sabah yang dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) baru-baru ini..

ESSCOM diwujudkan pada 1 April 2013 selepas berlakunya insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu awal tahun yang sama.

ESSZONE merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.






Bacaan penuh Dari Sumber

Kota Belud Seperti Yang Lalu-Lalu


TIDAK banyak perubahan berlaku di Kota Belud, apa yang berubah adalah suasana. Jika dahulu jarang ada Malam Cinta Rasul, kini telah ada. Jika dahulu, jarang yang respon terhadap kesusahan penduduk seperti musibah, kini ramai yang membantu, malahan membantu bersungguh-sungguh.



Ada juga penduduk yang peka terhadap sekiling. Keadaan Pasar Besar yang dicemari tahi burung turut mendapat perhatian. Sekurang-kurang dua penduduk yang berstatus memberi komentar terhadap kotornya tahi burung di Pasar Besar Kota Belud, khususnya di ruang penjual ikan segar.



Masalah parking, kesesakan, juga belum ada penyelesaian, malah semakin hari semakin buruk. Majlis Daerah yang mengubah arah laluan tahun lalu, tidak juga memperlancar pergerakan lalu lintas di Pekan, malah diperburuk dengan tabiat, meletakkan kenderaan sesuka hati, terutama dilakukan kereta-kereta sapu.



Banjir yang melanda Kota Belud baru-baru ini, mengambarkan, bahawa sistem perparitan di kawasan itu tidak bertambah baik, walaupun ada projek berkaitan banjir bernilai puluhan juta, rupanya projek itu tidak mengena, kerana kawasan yang sepatutnya tercegah landaan banjir, tetap juga dilanda banjir.



Masalah Bekalan Air Besih Luar Bandar yang menelan belanja RM114juta, juga tidak menyelesaiakan masalah air yang telah berdekade lamanya. Rupanya, meskipun ada projek seumpama itu, kalau kesungguhan daripada pihak pelaksana kurang serius, tidak juga dapat menyelesaikan masalah yang didepani.



Neitzen melalui Facebook, banyak menuding jari kepada pemimpin yang mempunyai jawatan dalam kerajaan dan mereka menghubungkan kegagalan mengatasi masalah-masalah Kota Belud dengan mereka. Malah ada yang meminta, agar mereka-mereka ini tidak diberi peluang bertanding pada PRU-14. Satu cadangan yang amat nakal, kerana masalah yang ada sebenarnya bukan kerana pemimpin, akan tetapi kelemahan pihak pelaksana. Pelaksana adalah Kakitangan Kerajaan dan kontraktor yang mendapat projek,



Kakitangan yang ada semua mahir atas meja, mahir bertutur, akan tetapi tiada kemahiran dalam mengemban tugas. Apabila sesuatu daerah dipenuhi kakitangan kerajaan seperti itu, sepintar atau seligat manapun seorang pemimpin, tidak akan berimpak kepada penyelesaian masalah.



Kekangan seperti inilah yang didepani daerah-daerah di Sabah termasuk Kota Belud.





Bacaan penuh Dari Sumber

AMARAN HUJAN LEBAT DAN RIBUT PETIR DI BEBERAPA KAWASAN DI SABAH





KEMASKINI AMARAN CUACA BURUK; 4:45 petang; 22-01-2015:




SEKSYEN A : AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)

Dikemaskini pada: 3:45 petang, 21-01-2015.



Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di negeri Sarawak : Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah & Bintulu, Sabah : Bahagian Pantai Barat, Pedalaman & Kudat; & WP Labuan dijangka berterusan sehingga Khamis, 22 Januari 2015.






SEKSYEN B : AMARAN RIBUT PETIR

Dikemaskini pada: 4:45 petang, 22-01-2015.




Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Selangor (Daerah Kelang, Petaling, Kuala Langat & Sepang), WP Putrajaya, Sarawak : Bahagian Limbang & Miri; & Sabah : Bahagian Sandakan & Tawau dijangka berterusan sehingga awal malam, Khamis, 22 Januari 2015.







Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday 21 January 2015

BANJIR SABAH 2015: PERKEMBANGAN BANJIR DI 3 DAERAH (KIMANIS, BEAUFORT DAN SIPITANG) SETAKAT 2.00 PTG (22.01.2014)










LAPORAN KESELURUHAN SUASANA BANJIR NEGERI SABAH SETAKAT JAM 2.00PM (22.01.2014)



JUMLAH PUSAT PENEMPATAN MANGSA BANJIR: (14 Pusat pemindahan)

P176 KIMANIS: 9

P177 BEAUFORT: 4

P178 SIPITANG: 1

P181 TENOM: TUTUP



JUMLAH MANGSA BANJIR: (2,107 orang/ 611 keluarga)

P176 KIMANIS: 523 orang (125 keluarga)

P177 BEAUFORT: 1,236 orang (392 keluarga)

P178 SIPITANG: 348 orang (94 keluarga)

P181 TENOM: Semua mangsa banjir telah dibenarkan pulang



JUMLAH KG. TERJEJAS BANJIR: (50 kampung)

P176 KIMANIS: 15 kampung

P177 BEAUFORT: 25 kampung

P178 SIPITANG: 10 kampung

P181 TENOM: Banjir beransur surut dan penduduk dibenarkan pulang






Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday 20 January 2015

KETUA MENTERI SABAH SAMBUT BAIK PERUTUSAN KHAS PM




























Dipetik: Musa Aman

Kerajaan negeri Sabah menyambut baik strategi dan langkah-langkah bagi menangani perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara, seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Kesemua strategi dan langkah yang diambil diyakini adalah yang terbaik untuk memastikan kesinambungan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat terus mendapat pembelaan yang sewajarnya.



Apa yang penting adalah jaminan kerajaan bahawa perbelanjaan pembangunan tidak terjejas atau mengalami pengurangan. Sebagai contoh Projek Lebuhraya Pan Borneo terus dilaksanakan.




Ini jelas membuktikan bahawa walaupun menghadapi cabaran ekonomi, kerajaan tetap prihatin kepada kepentingan rakyat dan penyediaan infrastruktur untuk kemudahan rakyat. Terima kasih YAB. Perdana Menteri






Bacaan penuh Dari Sumber

Monday 19 January 2015

PEMBERITAHUAN: METMALAYSIA AKAN MELAKSANAKAN PENGUJIAN SISTEM AMARAN AWAL TSUNAMI (SAATNM)







Dipetik: METMalaysia

Dimaklumkan bahawa METMalaysia akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Pulau Banggi, Sabah pada hari ini 20/01/2015 (Selasa). Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja. METMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan.





Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday 17 January 2015

SELEPAS DATUK LAJIM KINI DATUK JUMAT PULA


TAHUN 2012, DATUK LAJIM UKIN membuat berbagai dakwaan terhadap kempimpin Umno negeri, akhirnya keluar Umno, kini Datuk Jumat Idris pula.



Isu yang Lajim bawa serupa, berkaitan projek dan kepimpinan. Bezanya Lajim tidak membawa segelintir Ketua-Ketua bahagian, untuk menyokong tindakan beliau, manakala Jumat mampu mempengaruhi tujuh Ketua bahagian, walaupun dua diantara mereka berpaling tadah.



Perjumpaan dengan Perdana Menteri pada 10 Julai 2014 didedahkan sendiri oleh Jumat semasa berucap semasa Persidangan Bahagian Umno Sepanggar pada September tahun lalu. Dalam ucapan itu, beliau mengakui berlaku perjumpaan dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, dan isi perjumpaan itu adalah berhubungan dengan Pelan Peralihan Kuasa Di Sabah.



Ekoran kenyataan MP Sepanggar itu, maka dua Ketua Bahagian yang terlbat membuat kenyataan bahawa mereka tertipu mengikuti rombongan yang diketuai oleh Jumat, kerana tujuan asal perjumpaan itu adalah semata-mata meminta projek bagi kawasan-kawasan mereka.



Walaupun perjumpaan 8 Ketua Bahagian yang diketuai oleh Jumat tidak didedahkan kepada umum, namun 27 bahagian lain tercium perjumpaan itu. Atas sebab itu, berlaku pula perjumpaan dengan Perdana Menteri oleh 27 Ketua Bahagian Umno Sabah pada 17 Julai dengan Tajuk Kelab Ketua Bahagian Penyokong Perdana Menteri.



Apa yang peliknya semasa Persidangan terakhir Bahagian Umno di Libaran sebelum Perhimpunan Umno Pusat 2014, semua Bahagian Umno Sabah telah bersetuju berketuakan satu, di Sabah berketuakan Datuk Seri Musa Aman, manakala di pusat berketuakan Dato Seri Najib Razak.



Pada Persidangan Bahagian Libaran yang diketuai Musa, memang semua Ketua Bahagian hadir, yang gagal telah menghantar Timbalan Ketua Bahagian; apa yang jelas, pada persidangan Bahagian Libaran, semua ketua sayap bahagian seluruh Sabah hadir. Dengan kehadiran itu, memang membuktikan bahawa keputusan BERKETUAKAN SATU memang keputusan seluruh bahagian.



Meskipun keputusan Bahagian Umno telah dibuat, akan tetapi Jumat bercakap mengatas namakan sebagai Ketua Bahagian Umno Sepanggar, seolah-olah tidak menerima keputusan Bahagiannya; dalam hal ini, mempersoalkan kepimpinan Musa yang diangkat oleh semuai sebagai Ketua Umno Sabah, lagipun Musa adalah Pengerusi Perhubungan Umno Negeri merangkap Pengerusi Barisan Nasional Negeri.



Jumat secara berkala, terus menulis melalui Facebook beliau, membuat berbagai dakwaan, namun tiada seorang pemimpin Umno Negeri membidas beliau. Apabila beliau menulis di facebooknya minggu lalu, kononnya telah mencadangkan pergantian Pengerusi Perhubungan Umno negeri daripada Musa kepada Datuk Shafie Apdal, dengan memberi alasan bahawa Shafie merupakan Naib Presdien Parti, dan kononnya Sabah perlu menyumbang banyak kerusi, kerana Bn Semenanjung goyang, telah dirasakan oleh sayap parti Umno Sabah bahawa tindakan MP Sepanggar itu telah melampau. Ekoran dengan itu, tiga sayap Umno Sabah telah membuat kenyataan bersama, dan mengsyorkan agar Jumat diambil tindakan disiplin kerana telah melanggar adab dan etika parti.





Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday 15 January 2015

ESSCOM: SAKSI TIDAK TAHU TELEFON BIMBIT DIRAMPAS DIGUNA OLEH SEORANG LAGI TERTUDUH, MAHKAMAH DIBERITAHU













KOTA KINABALU, (15 Jan) -- Seorang saksi pada perbicaraan kes insiden pencerobohan Lahad Datu tidak tahu sama ada sebuah daripada telefon bimbit yang dirampas daripada tertuduh yang diberkasnya telah digunakan oleh seorang lagi tertuduh yang dibicarakan, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.



Ketua Unit Selam Tempur, DSP Khairul Azhar Nurudin berkata dia tidak tahu sebuah daripada empat telefon bimbit yang dirampasnya dari sebuah rumah didiami oleh Abd Hadi Mawan di Taman Keilah di Semporna telah digunakan oleh seorang lagi tertuduh Datu Amir Bahar Hushin Kiram kira-kira sejam sebelum polis menyerbu ke rumah itu kira-kira 8 malam pada 14 Mac, 2013.



"Adakah kamu mempunyai pengetahuan berdasarkan maklumat yang dicatatkan oleh Cawangan Khas melalui kaedah pintasan komunikasi bahawa salah satu (daripada empat) telefon bimbit yang kamu rampas telah digunakan oleh seorang daripada tertuduh bernama Datu Amir Bahar Hushin Kiram di rumah tersebut pada jam 7.02 malam)" soal peguam Abdul Gani Zelika dan saksi menjawab dia tidak tahu.



Khairul Azhar, saksi ke-60 pihak pendakwaan, memberi keterangan pada perbicaraan 30 tertuduh yang menghadapi pelbagai kesalahan bersabit dengan pencerobohan di Kampung Tanduo.



Pegawai polis itu juga memberitahu mahkamah bahawa dia menemui sesiapa yang dikenali sebagai Datu Amir Bahar Hushin Kiram dalam rumah itu apabila dia memberkas Abd Hadi.



Kepada soalan Abdul Gani, Khairul Azhar berkata dia memberitahu Abd Hadi selepas menahannya bahawa dia ditangkap kerana disyaki terlibat dalam pencerobohan kumpulan militan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan insiden tembak-menembak di Kampung Simunul, Semporna.



Beliau juga tidak bersetuju dengan andaian bahawa Abd Hadi tidak dijumpai bersama menantunya Salleh Abdul Salleh di ruang rehat di tingkat satu rumah itu dan bahawa kedua-dua mereka telah memberi kerjasama kepada polis semasa serbuan.



"Hanya Salleh memberi kerjasama kepada polis," katanya.



Saksi itu berkata beliau tidak mencatat nama tiga wanita yang dijumpai beraca dalam rumah itu dan tidak bersetuju dengan Abdul Gani bahawa wanita-wanita itu adalah saksi penting untuk menjelaskan bagaimana penangkapan Abd Hadi dilakukan pada malam itu.



Mengenai penangkapan Tani Lahaddahi atau "Panglima Tani' pada 10 Mac, 2013 di Kampung Perigi di Semporna, Khairul Azhar memberitahu mahkamah bahawa beliau dan pasukannya diarah untuk membantu satu pasukan dari Unit Tindakan Khas yang diketuai oleh DSP Nasaruddin M. Nasir.



Walaupun beliau bersetuju dengan peguam Datuk N. Sivananthan bahawa amatlah penting untuk berkomunikasi dengan Nasaruddin semasa operasi untuk menangkap Panglima Tani, saksi itu berkata ia tidak perlu kerana setiap ketua pasukan dibekalkan alat walkie-talkie dan semua komunikasi menggunakan saluran radio yang sama.



"Jadi, tak timbul masalah jika berlaku kejadian untuk saya mengetahui apa sahaja perkembangan yang dibuat DSP Nasaruddin," katanya.



Tiga puluh tertuduh, terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.



Mereka dikatakan melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April, 2013.



Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok.


-- BERNAMA






Bacaan penuh Dari Sumber

Apa Yang Dr Maximus Mahu?


APA maksud Timbalan Presiden PBS Datuk Dr Maximus Ongkili, dalam BN tidak berlaku berkongsian kuasa?



PBS adalah parti Komponen yang paling banyak kerusi kalah pada PRU-13 lalu, pun demikian, jumlah jawatan yang diberi sama dengan sebelum DUN Sabah di bubar. Apa kah itu bukan perkongsian kuasa?



Dalam konsep BN, mana-mana kawasan yang dikuasai/ditandangi atau dimenangi mana-mana parti komponen, selain wakil rakyat, Pemimpin Pembangunan Masyarakat adalah juga daripada parti yang menang itu.Jika calon parti itu kalah, jawatan PPM akan juga datangnya daripada parti itu, contoh DUN Tamparuli, calon yang kalah dilantik sebagai PPM.



JKKK atau ketua-ketua kampung juga daripada parti yang menang itu. Di mana kah maksud Maximus, bahawa BN Sabah tidak mengamalkan perkongsian kuasa?



Maximus kena ingat, dalam konsep perkongsian kuasa, pemberian atau perlantikan jawatan-jawatan tidak semsetinya selari dengan jumlah kerusi yang dimenangi, akan tetapi berasaskan komposisi kaum. Dalam kabinet negeri, perlantikan jemaah menteri, bukan berasas kepada jumlah kerusi akan tetapi komposisi kaum.



Kerajaan yang dipimpin Datuk Musa Aman, telah mengakomodasi semua kaum, bermula daripada jemaah menteri, setiausaha-setiausaha politik, pengerusi GLC, malah terlihat dengan jelas melalui jawatan Speaker, timbalan-timbalan speaker Dewan Undangan Negeri.



OKB tidak faham, mengapa isu perkongsian kuasa timbul, hanya rungutan daripada pihak-pihak tertentu penyokong PBS, sehingga Maximus, terus menembak merata, tanpa memeriksa fakta sebenar.



Kenyataan Maximus melalui media, seolah-olah mempersoal kepimpinan negeri, seandainya dakwaan beliau itu benar, adalah lojik untuk bersuara, akan tetapi dakwaan beliau itu, sama sekali tidak tepat.



Tahun 1990, diambang pembuangan undi PBS menikam BN, kerana hanya mahu memastikan calon-calon parti itu di kawasan-kawasan tertentu menang. Tikam belakang itu, menggambarkan bagaimana tidak setiakawannya PBS.



Melalui kenyataan Timbalan Presiden PBS itu, yang mendakwa tiada perkongsian kuasa, sedangkan fakta yang adalah sebaliknya, kerana itu dakwaan beliau adalah satu tindakan menikam kawan.



Jika iapun, PBS kehilangan sokongan kaum KDM, janganlah menjadikan kawan sebagai "punching bag" semata-mata untuk merai undi kaum yang diwakili, kerana dakwaan itu lebih menyakitkan, lebih-lebih lagi, ianya bercanggah dengan konsep kerajaan negeri.



Sepatutnya Maximus melihat, bagaimana setiakawannya Musa, kerana, walaupun PBS kehilangan banyak kerusi, akan tetapi jawatan jemaah menteri daripada parti itu jumlahnya sama sebelum pembubaran DUN tahun 2013.



OKB bertanya, apa yang Dr Maximus mahu?





Bacaan penuh Dari Sumber

Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Cawangan Papar

Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 Puspanita Cawangan Daerah Papar (Dipengerusikan oleh Puan Salbinah Chua)


Masa: 08.00 pagi

Tempat: Dewan Masyarakat Papar

Perasmi: YB Datuk Hj Abdul Rahim Ismail, ADUN N22 Pantai Manis merangkap Pengerusi LKTNS


Turut hadir:

1. YB Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar

(ADUN N21 Kawang merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah)


2. En. Hadi Kassim

(SUS mewakili YB Datuk Hjh Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin)


3. Datin Hjh DK Ainun Hj Pg Bagul

(Ketua Wanita UMNO Papar)


4. Puan Fahzean Mohiddin

(Ketua Puteri UMNO Papar)


5. En. Siriman MF Basir

(Pegawai Daerah Papar)


6. Mantan-mantan Pengerusi Puspanita Papar


7. Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan


Anggaran kehadiran sekitar 200 orang. Pengisian program termasuklah:

1. Tarian sambut tamu dan koir.

2. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Puspanita Daerah Papar, Puan Salbinah Chua.

3. Ucapan perasmian.

4. Sumbangan kepada pelajar cemerlang.

5. Penyampaian sijil penghargaan, cendera kenangan, sesi bergambar dan jamuan.







Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday 14 January 2015

SEKITAR PROGRAM YB TAWFIQ DAN DSP PAIRIN












Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Program Jangka Pendek 2015, Kursus Seni Kreatif Jahitan Membuat Baju Koporat dan Kursus Memasak Sajian Restoran oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq , Titingan, di Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRS) 1 Malaysia Agensi AntiDadah Kebangsaan Malaysia Batu 30 Jalan Papar-Beaufort.














Majlis Pembukaan Sesi Persekolahan 2015 dan penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia SJK (C) Yuk Yin Keningau. Majlis dirasmikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. DSP Pairin mengingatkan kepada hadirin betapa pentingnya budaya permuafakatan wujud dalam diri setiap warga pendidik termasuk ibubapa agar semua perancangan untuk meningkatkan prestasi sekolah dapat dicapai dengan jayanya.



Menurutnya lagi, bantuan ini merupakan satu janji kerajaan BN dalam belanjawan tahun lepas yang sekaligus membuktikan bahawa kerajaan prihatin terhadap bebanan ibubapa dalam mengurangkan kos pembelajaran anak-anak.























Bacaan penuh Dari Sumber

ESSCOM AKAN LANCAR OPERASI BERSEPADU BURU PATI DI TAWAU, SEMPORNA DALAM MASA TERDEKAT








TAWAU, (14 Jun) — Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melancarkan Operasi Bersepadu Khas bagi mengesan dan menangkap pendatang tanpa izin (PATI) di daerah Tawau dan Semporna dalam masa terdekat.




Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata operasi yang akan disertai pelbagai agensi negeri dan persekutuaan itu dilaksanakan dalam skala yang besar bagi memburu saki baki PATI, termasuk mereka yang melakukan pelbagai aktiviti menyalahi undang-undang negara seperti penjaja haram dan penyeludup barang-barang bersubsidi ke negara jiran.

“Sebelum ini, kita telah melancarkan operasi yang sama di Sandakan dan Lahad Datu dan operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga kehadiran PATI di negeri ini khususnya di Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZone) dapat dibendung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Operasi Bersepadu di Pejabat Imigresen Tawau, di sini pada Rabu. Turut hadir Pengarah Awam ESSCom Ruji Ubi dan Ketua Seksyen Tindakan Awam dan Penguatkuasaan ESSCOM Yusri Hashim.

Abdul Rashid berkata langkah drastik itu merupakan susulan daripada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai PATI di Sabah dan arahan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman agar satu operasi besar-besaran dilaksanakan bagi membanteras kehadiran PATI di negeri ini, khususnya di ESSZone.

Katanya, ESSCom sebagai agensi kerajaan yang menyelaras pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan akan menggalas amanah dan tanggungjawab itu sehingga negeri ini benar-benar bebas daripada PATI.

“Kita akan laksanakan operasi ini pada setiap masa sehingga kehadiran PATI di negeri ini dapat dibanteras,” katanya.– BERNAMA






Bacaan penuh Dari Sumber

BANJIR SABAH 2015: BANJIR DI KUDAT



Banjir turut melanda bahagian utara Sabah. Beberapa kawasan di Kudat telah dinaiki air. Antara kawasan terlibat termasuklah kawasan kedai lama, balai Polis lama, Lembaga Bandaran Kudat, Jalan menuju ke rumah rehat, padang golf, Kg. Tg Kapor, Kg. Pantai Bahagia serta Jln menuju ke Kota Kinabalu melalui Jln Tamalang Jua tidan dapat dilalui buat masa ini.








Sementara itu, menurut adun Matunggong (Yb Dato' Jelani Hamdan), yang dipetik menerusi akaun Fb beliau, memaklumkan yang beliau akan sentiasa "Alert" dan memantau situasi banjir di kawasan terlibat serta menasihatkan penduduk agar segera memaklumkan kepada beliau sebarang maklumat terkini dan yang memerlukan tindakan segera.



Berikut merupakan kenyataan YB Dato' Jelani Hamdan yang dipetik menerusi akaun rasmi beliau:




Makluman


Sebagai member dalam Grup Whatsapp Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Alam Kudat ( Termasuk Matunggong ) saya sentiasa " Alert" dengan perkembangan bencana alam dan banjir yang berlaku di Kawasan kita. Sebarang info/kecemasan di tempat anda yang dimaklumkan kepada saya, saya akan maklumkan TERUS tanpa berlengah kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Kudat yang dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kudat ( termasuklah OCPD, DE, Bomba, Hospital dan lain2 jabatan ).



Sebarang aduan boleh dibuat terus kepada saya ( 0198713888) atau Bilik Gerakan Bencana Alam Kudat di talian 088620401. TK



























Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday 13 January 2015

PENAFIAN IPG KENINGAU BERHUBUNG KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH BAHASA KADAZAN DUSUN (KPLI-BKD)












PENAFIAN

Semua program yang dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau tertakluk kepada perancangan unjuran pengambilan guru oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Setakat ini, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau belum mendapat arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Bahasa Kadazan Dusun (KPLI-BKD).

Sekian.

Ikhlas

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

Sabah

13 Januari 2015



Penafian IPG Kampus Keningau dikeluarkan susulan tersebarnya maklumat oleh pihak tidak bertanggungjawab berhubung dengan pengambilan guru baharu yang mempunyai Ijazah dan tahu berbahasa Kadazan Dusun untuk memasuki KPLI. Berikut maklumat yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp













Bacaan penuh Dari Sumber

RED ALERT: JATUHKAN REPUTASI BAIK MUSA DAN BN SABAH!















Mesyuarat tertutup DSAI bersama semua Ketua-ketua Cabang PKR Sabah pada 13 Januari 2015 bertempat di Sutera Harbour Resort telah dihadiri oleh kesemua Ketua-ketua Cabang kecuali empat (4) orang, salah seorang daripadanya YB Darel Leiking (MP Penampang) yang dilabel sebagai bukan Timbalan Lajim.



Dalam mesyuarat tersebut DSAI telah menggariskan beberapa pendekatan yang boleh diambil oleh PKR Sabah untuk menjatuhkan Ketua Menteri (DSP Musa Aman);



  1. Mengeksploitasi sepenuhnya perpecahan dalaman yang kini melanda UMNO Sabah. Menurut sumber DSAI, seramai 18 Ketua Bahagian UMNO kini tidak berpihak kepada Ketua Menteri Sabah. 18 Bahagian tersebut tidak disebutkan.

  2. Mengarahkan PKR Sabah membuat kajian terperinci berhubung dengan 18 kawasan Ketua Bahagian UMNO yang tidak menyokong Ketua Menteri Sabah agar kawasan tersebut boleh dimenangi oleh Pembangkang.

  3. Mendakwa kelantangan YB Datuk Jumat Idris (MP P171 Sepanggar) mendapat sokongan kuat daripada seseorang (tidak dimaklumkan), PKR Sabah perlu melihat situasi ini sebagai satu peluang keemasan dan perlu digunakan sepenuhnya.

  4. Jatuhkan Reputasi Ketua Menteri Sabah dan BN Sabah yang terlalu kukuh berbanding dengan reputasi BN di negeri-negeri dikuasai pembangkang yang menurutnya terlalu rapuh dan sukar untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

  5. Mengarahkan PKR Sabah membuat kajian mendalam berkaitan dengan kawasan-kawasan yang terlibat dengan persempadanan semula. Tujuh (7) kawasan DUN kawasan baharu dicadangkan SPR dalam persempadan semula (Darau, Mengkabong, Pandasan, Bukit Garam, Sepagaya, Langkon dan Limbahau). DSAI mengarahkan agar PKR Sabah memastikan kemenangan mampu dicapai terutama di kawasan-kawasan Bumiputra Bukan Islam (BBI), manakala Kawasan Bumiputra Islam (BI) PKR Sabah perlu berusaha untuk mendapatkan kekuatan dan kelemahan BN Sabah.





Dalam mesyuarat petang tadi, DSAI turut mengingatkan PKR Sabah agar meneruskan perjuangannya walaupun beliau berada di penjara. DSAI melihat bahawa YB Azmin Ali merupakan individu sesuai dalam memimpin PKR sekiranya beliau dimasukkan ke dalam penjara kelak.



Kredit: PKR Sabah





Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday 4 January 2015

LAWATAN MANGSA BANJIR

Tarikh: 4.01.2015

Masa: 2.00 ptg

Tempat: S.K Sikuati Kudat


YB Datuk Abdul Rahim Bakri (Timbalan Menteri Pertahanan/Ahli Parlimen P.167Kudat) melawat mangsa banjir yang ditempatkan di SK Sikuati Kudat. Turut sama dalam lawatan tersebut termasuklah, YB Tan Sri Sukarti Wakiman (SKN Sabah), En. Sapdin Ibrahim (Pegawai Daerah Kudat), SP Dawi Ossen Ketua Polis Daerah Kudat, Syarif Azad Syarif Attar (Pegawai Pendidikan Daerah Kudat), En. Mujin Durin (Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah Kudat).


Datuk Abdul Rahim meluangkan masa melawat dan menyampaikan bantuan kpd mangsa banjir dr Kg. Korina, Kg. Narandang, Kg. Andap Jawa dalam mukim Sikuati.


Beliau turut melawat tempat memasak dan penyediaan makanan kepada mangsa-mangsa banjir.


Lawatan Datuk Abdul Rahim turut membawa berita gembira kepada penduduk yang terjejas banjir. Antaranya;

1. Pembinaan sebuah dewan yang kekal sebagai pusat penempatan mangsa banjir di S.K Sikuati untuk masa akan datang


2. Pembinaan semula jambatan Kg. Korina yang telah rosak akibat banjir melalui peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM40,000.


3. Syarikat konsesi penyelenggaraan jalan (Syarikat Pembinaan Kekal Mewah) telah diarahkan supaya membuat penyelenggaraan jalan-jalan kampung yang rosak akibat banjir.


Mangsa-mangsa banjir melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah swt dan berterima kasih kepada pemimpin dan kerajaan BN yang prihatin menghulurkan bantuan kepada mereka.


Kredit: A.S









Bacaan penuh Dari Sumber

Friday 2 January 2015

#BanjirSabah2015: Terkini, Beberapa Kampung Di Daerah Sipitang Dilanda Banjir






Seawal jam 0430pg hingga kini, banjir melanda beberapa kampung di Sipitang. Antara kampung terlibat adalah, Kg Pantai, Tanjung Nipis, Kg kawang, Kg Tanjung Maritam dan Kg Luagan.

Jln utama tidak dapat dilalui seawal jam 0500pg hingga jam 0900pg tadi. Manurut info penduduk tempatan, Kg Sindumin, kawang sekim, Kuala Mengalong dan Kg Banting merupakan laluan air banjir dan dijangka bakal terlibat banjir dan penduduk dinasihatkan berjaga-jaga.

Terdapat 2 buah keluarga yang terdiri daripada 10 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, Masjid Kg Pantai.









Bacaan penuh Dari Sumber