Yasiba Akusra

Mentera 7 keturunan. Kisah tujuh generasi yang bermula di Trusan, Sarawak dan sekarang bertapak di Keningau, Sabah.

Mentera 7 Keturunan

Menyorot kisah gemilang Raja Asoe yang hampir dilupakan kerana peredaran masa.

Yasiba Akusra

Menyajikan himpunan entri yang menarik dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan semua.

Yasiba Akusra

Pembuatan dan pemuliharaan seni tempaan alat alat dan senjata tradisi seperti keris, golok, lading, rencong, kerambit, parang dan pisau.

Perubatan dan Alam Nusantara

Sentiasa penuh mistik dan perkara yang di luar jangkaan. Terimakasih kerana sudi bersama-sama Yasiba Akusra : Mentera 7 Keturunan.

Hanya Mutu Mengenal Manikam

Pandai besi yang memulihara senjata antik dan menempa keris dengan rahsia tempaan dahulu kala dan digabungkan dengan teknologi moden, Insya-Allah. Hubungi Yasiba pada bila-bila masa.

Thursday 23 October 2014

Kadar Kemiskinan Sabah Di Mata Dato Rahman Dahalan


Ramai pihak yang gemar mengambil kesempatan politik dalam isu kadar kemiskinan di negeri Sabah.



Kata mereka Kerajaan BN gagal menangani kemiskinan di negeri Sabah. Benarkah tuduhan mereka ini?



Untuk merungkaikan tuduhan ini, kita perlu buat perbandingan secara rasional.



Kita mulakan dengan zaman sebelum merdeka. Semua tahu kehidupan di Sabah sebelum merdeka amat daif sekali. Ramai yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Infrastruktur seperti jalan, hospital dan sekolah begitu berkurangan sekali. Gambar-gambar keadaan negeri Sabah zaman penjajah yang terdapat di dalam arkib negeri menjadi bukti.



Kalau kita dengar cerita orang-orang tua kita, perjalanan dari Kudat ke Kota Kinabalu pada zaman mereka memakan masa sehari dua untuk sampai ke destinasi. Untuk pergi ke Tuaran dari Kota Belud akan memakan masa hampir sehari suntuk kata mereka. Ada yang naik kerbau, ada yang kayuh perahu dan ada yang berjalan kaki.



Oleh kerana prasarana yang teruk, maka aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan amat kecil sehinggakan kadar kemiskinan di negeri Sabah pada waktu itu begitu tinggi sekali.



Sebelum kemerdekaan, negeri Sabah mencatatkan kadar kemiskinan yang agak tinggi. Ada anggaran yang menyebut kadar kemiskinan semasa zaman penjajahan British dan Jepun mencecah sehingga 80%. Rekod rasmi yang terawal yang saya pernah terbaca menunjukkan kadar kemiskinan di negeri Sabah berada pada tahap 52% pada tahun 1976. Ini bermakna kita bermula dengan angka kadar kemiskinan yang tinggi sementara semenanjung Malaysia yang mempunyai ekonomi yang jauh lebih baik dan teratur sebelum merdeka, bermula dengan angka yang rendah iaitu 51% pada tahun 1957.



Apa kadar kemiskinan negeri Sabah masa kini?



Menurut angka statistik terakhir yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada tahun 2013, kadar kemiskinan Sabah telah turun ketahap 8%. Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan. Tidak ada seorang pun boleh menafikan fakta ini.



Dalam tempoh 51 tahun, satu tempoh jangka hayat yang pendek bagi sesebuah negara, kerajaan telah mampu mengurangkan kemiskinan dengan drastiknya.



Memang benar 8% itu masih tinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia atau kalau dibandingkan dengan purata kadar kemiskinan negara kita. Itu kita tidak nafikan. Kerajaan perlu dan wajib untuk tingkatkan lagi tindakan untuk membasmi kemiskinan di negeri Sabah.



Persoalan yang saya ingin bincang dalam artikel ini ialah benarkah kerajaan gagal membasmi kemiskinan di negeri Sabah. Pada saya itu adalah tuduhan yang tidak benar. Penurunan kadar kemiskinan yang amat ketara ini adalah bukti besar kejayaan dasar dan program pembasmian kemiskinan kerajaan.



Ada beberapa sebab utama kenapa kemiskinan di Sabah secara relatifnya tinggi dibandingkan dengan purata kebangsaan. Antara penyebabnya ialah kerana keluasan negeri Sabah yang besar dan berbukit bukau serta taburan meluas kampung-kampung yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah.



Dengan taburan kepadatan penduduk yang rendah dan permukaan bumi yang berbukit bukau ini, pembangunan infrastruktur asas seperti jalanraya, yang menjadi pemangkin kepada kejayaan program pembasmian kemiskinan, menjadi satu cabaran yang cukup besar.



Masih ada kampung-kampung di negeri Sabah yang mempunyai 20 buah rumah kebawah terletak jauh berpuluh-puluh kilometer dari jalan berturap yang terdekat.



Saya dimaklumkan oleh pihak berkenaan bahawa untuk membina satu kilometer jalan luar bandar yang berturap ke perkampungan yang jauh dan berbukit memerlukan perbelanjaan antara RM2.5juta hingga RM3juta satu kilometer. Ini belum lagi mengambil kira jika ada keperluan untuk pembinaan beberapa jambatan merentasi sungai.



Sudah tentu semua penduduk di kampung-kampung tersebut menuntut jalan berturap dibina segera tetapi hakikatnya semua ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi yang hanya mampu dibuat oleh kerajaan secara berperingkat-peringkat. Ini bukan bermakna kerajaan sengaja berpeluk tubuh dan tidak membina jalan-jalan tersebut tetapi ianya akan memakan masa.



Saya dapati ada pihak yang gemar menunjukkan jalan yang teruk di luar bandar seolah-olah mahu memberi gambaran bahawa kerajaan langsung tidak berbuat apa-apa. Ini yang saya pertikaikan. Saya kira untuk berlaku adil, kalau ada gambar jalan yang teruk, tunjukkan juga gambar jalan-jalan yang dibina oleh kerajaan.



Untuk makluman, menurut kajian PEMANDU, 87% penduduk Sabah sekarang tinggal dalam lingkungan 5 kilometer dari jalanraya berturap / jalan kelikir yang terdekat (rujukan NKRA Pemandu —>http://ift.tt/12hKYLE).



Saya tahu ada yang mungkin bertanya kenapa negeri yang kaya dengan sumber asli seperti Sabah masih mempunyai rakyat yang miskin. Ini soalan yang relevan yang perlu penjelasan.



Sebenarnya bukan mudah untuk membasmi kemiskinan. Negara-negara maju yang jauh lebih kaya dari kita dan yang telah merdeka beratus-ratus tahun pun masih lagi bergelut dengan permasalahan ini. Kata orang putih, "Poverty is stubborn!".



Amerika contohnya, walaupun negara terkaya dalam dunia dan ujud sejak tahun 1776 lagi, mempunyai kadar kemiskinan 14.5% pada tahun 2013 (rujukan: United States National Census Bureau —>http://ift.tt/1sc6juI#). Di United Kingdom, negara keenam terbesar dari segi ekonominya, 1 daripada 5 orang atau 20% penduduknya berada dibawah paras kemiskinan (rujukan OXFAM GB — > http://ift.tt/12hKWTY) dan di Australia, kadar kemiskinannya ialah 13.9% (rujukan Australia Council Of Social Services — > http://ift.tt/1eOOD5O).



Walaupun kekayaan sesebuah wilayah itu sudah tentu boleh membantu, tetapi nyata ianya tidak menjamin pembasmian kemiskinan sampai ke tahap sifar.



Pembasmian kemiskinan yang berkesan juga melibatkan kebijaksanaan kepimpinan kerajaan dan dasar dan program yang mereka ketengahkan. Selain itu, penglibatan dan komitmen rakyat miskin itu sendiri banyak memberi impak kepada keberkesanan program pembasmian kemiskinan.



Ini telah sedikit sebanyak dilakukan oleh kerajaan kita. Sebab itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, mengikhtiraf kejayaan Malaysia membasmi kemiskinan dan meminta jasa baik Malaysia untuk berkongsi pengalaman itu dengan negara-negara lain (rujukan UN News Center — > http://ift.tt/1sc6iqy).



Apapun, perbahasan mengenai kemiskinan di negeri Sabah tidak boleh dihentikan.



Pada pendapat saya, lebih banyak diskusi mengenainya, lebih ramai yang boleh memahaminya dan mengetahui perkara yang sebenar.



Semalam contohnya, dalam perbualan saya dengan rakan-rakan dari Sabah, saya masih dihujani dengan pertanyaan kenapa kemiskinan Sabah lebih tinggi dibandingkan dengan purata kebangsaan. Saya menjawab mereka seperti apa yang saya tulis di atas. Dan saya tambah lagi dengan satu fakta yang mungkin ramai tidak tahu.



Ini ada kaitan dengan angka garis kemiskinan yang telah diputuskan oleh kerajaan untuk negeri Sabah.



Kalau anda perhatikan, anda akan dapati kerajaan menggunakan angka garis kemiskinan yang lebih tinggi di Sabah dibandingkan di Semenanjung Malaysia.



Bagi negeri Sabah, mana-mana isirumah yang berpendapatan bulanan RM1,090 kebawah ditakrifkan sebagai isirumah miskin. Manakala di Semenanjung Malaysia pula, angka garis kemiskinan ditentukan pada tahap RM830 sebulan.



Ini bermakna semua isirumah yang berpendapatan RM1,000 sebulan adalah dianggap miskin di Sabah tetapi tidak di Semenanjung Malaysia. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan di Sabah lebih tinggi dari semenanjung.



Kenapa ini berlaku? Kenapa mesti ada perbezaan? Jawapannya ada dua.



Pertama, angka garis kemiskinan Sabah sengaja ditinggikan bagi mengambarkan kos kehidupan yang lebih tinggi di Sabah dibandingkan Semenanjung Malaysia. Maknanya, oleh kerana kos kehidupan yang tinggi di Sabah, pendapatan RM1,090 bulan itu sama nilainya dengan pendapatan RM830 sebulan di Semenanjung Malaysia.



Sebab yang kedua kenapa angka garis kemiskinan sengaja ditinggikan di negeri Sabah berbanding dengan Semenanjung Malaysia ialah untuk membolehkan lebih ramai lagi rakyat Sabah menikmati bantuan dan program kerajaan persekutuan untuk orang miskin.



Pendeknya, isirumah yang berpendapatan RM1,000 sebulan di Sabah layak untuk mendapat faedah program kemiskinan kerajaan persekutuan tetapi tidak di Semenanjung Malaysia. Kita di Sabah mahukan lebih ramai yang mendapat bantuan kerajaan persekutuan walaupun ini bermakna kadar kemiskinan di Sabah itu akan dilihat tinggi.



Kalau BN hanya mementingkan pulangan politik, sudah tentu kerajaan akan menggunakan angka pendapatan bulanan RM830 di peringkat kebangsaan sebagai tanda aras. Tapi hakikatnya kerajaan bersikap telus dan terbuka. Ia sanggup dikritik asalkan yang penting, lebih ramai yang mendapat bantuan dari kerajaan persekutuan.



Sebenarnya saya pernah bertanya kepada menteri-menteri yang menjaga ekonomi seperti Datuk Abdul Wahid Omar, apakah agaknya peratus kemiskinan di negeri Sabah jika angka garis kemiskinan negeri Sabah disamakan dengan angka garis kemiskinan di Semenanjung Malaysia iaitu RM830 sebulan?



Jawapannya kadar kemiskinan negeri Sabah ialah 3.3% dan bukannya 8%! (Sumber: EPU - 2014). Pada tahap peratusan itu, kadar kemiskinan negeri Sabah hampir sama dengan negeri- negeri lain dalam Malaysia.



Ada pula rakan saya malam itu yang berkata kalau begitulah hakikatnya, kita perlu minta royalti lebih dari kerajaan pusat. Saya tidak nafikan itu idea yang baik. Tetapi seperti mana yang saya katakan dalam perdebatan saya dengan MP PKR dari Penampang, YB Darell Leiking, permintaa peruntukan royalti 20% itu lebih kecil dari apa yang kerajaan persekutuan telah, sedang dan bakal salurkan kepada negeri Sabah. Bagi saya sedikit masa untuk menulis mengenai isu ini pada masa akan datang. Saya akan menulis berdasarkan fakta dan angka, bukan retorik dan emosi.



Sebagai penutup, saya ingin beritahu rakan-rakan semua bahawa percayalah, kerajaan maklum keluh-kesah rakyat Sabah mengenai kemiskinan. Sebab itu kerajaan masih meneruskan agenda pembasmian kemiskinan dengan kadar yang lebih agresif lagi.



Berbillion-bilion peruntukan telah disalurkan untuk program-program pembasmian kemiskinan sejak dulu hingga sekarang. Sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi tumbuh seperti cendawan di seluruh pelusuk negara kita. Dengan adanya pendidikan, maka lebih ramai lagi penduduk miskin yang mempunyai peluang yang cerah untuk keluar dari kepompong kemiskinan.



Dalam bajet 2015, Perdana Menteri sekali lagi menggariskan beberapa dasar dan program khusus untuk mengurangkan kemiskinan. Begitu juga dengan kerajaan negeri Sabah yang bakal membentangkan bajetnya tidak lama lagi. Saya yakin Ketua Menteri Sabah tidak akan membelakangkan agenda pembasmian kemiskinan semasa pembentangan bajet negeri nanti kerana sebelum ini pun, pembentangan bajet negeri Sabah sentiasa mengambil kira secara serius program pembasmian kemiskinan.



Saya berkeyakinan penuh bahawa masa depan negeri Sabah adalah cerah. Insyallah kemenangan akan akhirnya berpihak dengan kita dalam memerangi kemiskinan di negeri Sabah.



Saya berharap tulisan ringkas saya ini dapat sedikit sebanyak memberi pemahaman yang lebih dalam diskusi mengenai kadar kemiskinan di negeri Sabah. Saya menunggu komen anda dan kongsikan artikel ini jika anda prihatin dan mahukan perbincangan yang lebih berinformasi dan berfakta mengenai kadar kemiskinan negeri Sabah.



Teruskan beristirehat dengan keluarga dan rakan- rakan sempena cuti Deepavali ini.



Salam. Terima kasih.





Abdul Rahman Dahlan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.





Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday 19 October 2014

Apa Kah Transformasi Kepimpinan Berlaku di Sabah?

SEBENARNYA transformasi kepimpinan di Sabah mula berlaku sebaik sahaja Datuk Musa Aman menerajui Umno dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.



Apa transformasi yang dilakukan Musa? Sudah menjadi tradisi bahawa Ketua Setiausaha Politik akan dijawat oleh para pemimpin kanan atau lama, namun di zaman Musa, beliau melantik seorang tokoh muda, iaitu Rahman Dahalan (kini Dato, AMT Umno Pusat dan Menteri Persekutuan) sebagai Ketua Setiausaha politik.



Dalam perjalanan politik Musa, beliau berani mencatur masa depan parti dengan calon-calon muda setiap pilihanraya. Melalui pilihanraya, nama-nama seperti Tawfiq Abu Bakar Titingan (kini Datuk, dan Menteri kabinet Sabah); Arifin Arif ( kini Datuk dan Pembantu Menteri), Rosnah Rahsid (kini Datuk dan Timbalan Menteri persekutuan); Ronald Kiandee ( Kini Datuk dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat); Bolkiah Ismail (kini Datuk dan Pembantu menteri); Rahim Bakri (kini Datuk dan Timbalan Menteri Persekutuan).



Musa meneruskan peremajaan kepimpinan dengan melantik Ketua Setiausaha Politik daripada tokoh muda, dengan melantik Haji Nizam Abu Bakar Titingan (kini Datuk).



Pada tahun 2009, selepas Dato Seri Najib dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau meletakkan transformasi politik sebagai keutamaan, Najib bermula dengan cara pemilihan parti; daripada hanya 2,000 perwakilan memilih kepimpinan parti kepada hampir 150,000 perwakilan.



Dalam segi peremajaan parti secara keseluruhan, nampaknya Najib tidak berjaya sangat, kerana calon-calon parti pada PRU-13, masih meletakkan calon-calon berpengalaman; walaupun mencuba meletakkan calon-calon baru, namun majoriti calon-calon baru tidak mampu melangkah lebih lanjut.



Sebaliknya di Sabah, tokoh-tokoh muda terus dikekalkan, malah diberi peranan menganggotai jemaah menteri dan diberi tanggungjawab menjadi pengerusi-pengerusi syarikat-syarikat di mana Kerajaan mempunyai kepentingan.



Natijahnya, transformasi kepimpinan sudahpun bermula di Sabah.





Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday 16 October 2014

Perbincangan laksana hudud dalam fasa terakhir

TUMPAT 16 Okt. - Perbincangan jawatankuasa teknikal khas mengenai pelaksanaan hukum hudud atau Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan berjalan lancar dan kini dalam fasa terakhir sebelum rang undang-undang...



Bacaan penuh Dari Sumber

Perbincangan laksana hudud dalam fasa terakhir

TUMPAT 16 Okt. - Perbincangan jawatankuasa teknikal khas mengenai pelaksanaan hukum hudud atau Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan berjalan lancar dan kini dalam fasa terakhir sebelum rang undang-undang...



Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday 15 October 2014

Tetap laksana hudud tahun depan

KOTA BHARU 15 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan akan tetap melaksanakan hukum hudud atau Kanun Jenayah Syariah II di negeri ini walaupun mendapat tentangan daripada orang bukan Islam. Pengerusi Jawatankuasa...



Bacaan penuh Dari Sumber

Tetap laksana hudud tahun depan

KOTA BHARU 15 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan akan tetap melaksanakan hukum hudud atau Kanun Jenayah Syariah II di negeri ini walaupun mendapat tentangan daripada orang bukan Islam. Pengerusi Jawatankuasa...



Bacaan penuh Dari Sumber

Kelantan tetap laksana hudud

Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah II (Hudud) di negeri itu walaupun tidak dipersetujui oleh masyarakat bukan Islam. Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta...



Bacaan penuh Dari Sumber

Monday 13 October 2014

Pas Kelantan tidak takut DAP

KOTA BHARU 13 Okt. - Pelaksanaan hukum atau Kanun Jenayah Syariah II di negeri ini masih tertangguh sehingga kini bukan kerana Kerajaan Pas Kelantan takut pada ancaman dan bantahan berterusan daripada rakan...



Bacaan penuh Dari Sumber

Pas Kelantan tidak takut DAP

KOTA BHARU 13 Okt. - Pelaksanaan hukum atau Kanun Jenayah Syariah II di negeri ini masih tertangguh sehingga kini bukan kerana Kerajaan Pas Kelantan takut pada ancaman dan bantahan berterusan daripada rakan...



Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday 11 October 2014

Pengemis jadi jutawan

BEIJING 11 Okt. - Seorang usahawan berjaya di negara ini yang juga merupakan bekas pengemis, bertindak menghadiahkan wang tunai satu juta yuan (RM530,000) kepada seorang wanita budiman yang pernah membantunya...



Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday 9 October 2014

Lagi mesin ATM digodam

PULAU PINANG 9 Okt. - Lagi kejadian mesin pengeluaran wang automatik (ATM) digodam penjenayah. Terbaharu, sebuah cawangan bank terkenal di Bayan Baru di sini dikesan menjadi mangsa sindiket godam mesin...



Bacaan penuh Dari Sumber

Monday 6 October 2014

Badan bertindak khas banteras penyeludupan

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Kerajaan disaran mewujudkan satu badan bertindak khas yang berperanan dalam membanteras secara menyeluruh jenayah penyeludupan rokok dan arak yang semakin berleluasan di pintu sempadan...



Bacaan penuh Dari Sumber

Friday 3 October 2014

Anak pemimpin HK hina pembayar cukai

BEIJING 3 Okt. - Selepas didesak meletakkan jawatan oleh penunjuk perasaan Central Occupy, Ketua Eksekutif Hong Kong, Chung Ying Leung semakin tertekan berikutan gelagat anak perempuannya yang mencetuskan...



Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday 2 October 2014

Geng pukau Lombok tumpas

LEDANG 2 Okt. - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah nasib lima penjenayah dari Lombok, Indonesia yang akhirnya tumpas di tangan polis walaupun memakai tangkal dan dikatakan...



Bacaan penuh Dari Sumber