Yasiba Akusra

Mentera 7 keturunan. Kisah tujuh generasi yang bermula di Trusan, Sarawak dan sekarang bertapak di Keningau, Sabah.

Mentera 7 Keturunan

Menyorot kisah gemilang Raja Asoe yang hampir dilupakan kerana peredaran masa.

Yasiba Akusra

Menyajikan himpunan entri yang menarik dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan semua.

Yasiba Akusra

Pembuatan dan pemuliharaan seni tempaan alat alat dan senjata tradisi seperti keris, golok, lading, rencong, kerambit, parang dan pisau.

Perubatan dan Alam Nusantara

Sentiasa penuh mistik dan perkara yang di luar jangkaan. Terimakasih kerana sudi bersama-sama Yasiba Akusra : Mentera 7 Keturunan.

Hanya Mutu Mengenal Manikam

Pandai besi yang memulihara senjata antik dan menempa keris dengan rahsia tempaan dahulu kala dan digabungkan dengan teknologi moden, Insya-Allah. Hubungi Yasiba pada bila-bila masa.

Thursday 13 June 2013

Kelab Greenboc








Kelab Greenboc























Najib Bakal Hadapi Undi Tak Percaya, Ku Li Ambil-Alih Jawatan PM?


Posted: 13 Jun 2013 12:38 AM PDT









Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.



The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.



Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.



"Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan," kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.



"Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga," tambah beliau.



PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.



Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.



Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.



"Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.



"Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu," kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi "bilik perang" kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.



Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.



Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.



Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.



Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.



BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.



Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.



Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. -TMI



Pembuat Kereta Nafi Dakwaan Utusan Mengenai Penurunan Harga


Posted: 12 Jun 2013 11:15 PM PDT









Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.



Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.



"Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888," kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.



Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.



Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.



Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.



"Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308," kata pembuat kereta Perancis itu.



Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.



Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187.



Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.



Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2017.



Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.



"Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini telah turun secara purata 7.3 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.



Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme berbeza.



Setelah Bergelar YB, Rafizi Mahu Terus Dedahkan Pelbagai Isu


Posted: 12 Jun 2013 08:31 PM PDT









Pertama kali akan berada di Dewan Rakyat secara rasmi, pelbagai isu rakyat akan diperjuangkan demi memastikan cita- citanya untuk melaksanakan perubahan terhadap negara ini menjadi realiti.



Apabila diberikan mandat menjadi Ahli Parlimen Pandan, ia dijadikan tiket untuk terus mendampingi rakyat tanpa mengabaikan perjuangan politiknya dan menganggap membuat bising serta bermain angka adalah hobinya. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NORSHAHZURA MAT ZUKI dan JAMILAH HAMZAH serta juru foto, SAFWAN MANSOR bersama Pengarah Strategi PKR, RAFIZI RAMLI.



Apakah yang akan disumbangkan dalam Dewan Rakyat nanti?



Saya akan mendapatkan lebih banyak maklumat yang mungkin selama ini tidak diketahui umum. Saya banyak menghabiskan masa dengan membuat analisa data dan maklumat ekonomi.



Ahli Parlimen kita mempunyai pelbagai latar belakang dan tidak ramai berminat dengan data dan angka yang banyak. Saya akan memberikan tumpuan untuk mendapatkan maklumat yang banyak kerajaan supaya kita tafsir, terjemah dan analisa kemudian kita akan membawanya kepada rakyat.



Contohnya maklumat terbaru ialah mengenai pendapatan isi rumah rakyat yang terbaru dan dibuat pada tahun 2012. Sehingga sekarang, kita tidak tahu apa- apa. Ia adalah perkara sulit yang tidak dibentangkan kepada rakyat sedangkan rakyat perlu tahu berapa sebenarnya purata pendapatan isi rumah Melayu dan perbezaan dengan bangsa lain.



Ini adalah contoh peranan yang boleh dimainkan dengan baik. Maklumat yang orang tidak berminat ini kita dapatkan supaya ia boleh dibawa kepada pengetahuan umum.



Adakah YB akan lebih banyak mendedahkan lebih banyak isu selepas ini dan apakah isu tersebut?



Isu yang akan dibawa ada dua jenis iaitu isu rapat atau hobi kita. Antaranya ialah perkara yang telah dibawa iaitu turun harga kereta, pendidikan, masalah melibatkan orang muda dan pengumuman terbaru untuk tidak memberikan jaminan pekerjaan kepada siswazah perguruan.



Banyak rakyat datang tanya dan meminta pertolongan kita serta memberikan maklumat kepada kita. Itu pun isu yang akan dilihat dan saya akan membawanya dari semasa ke semasa. Ketika ini saya didatangi banyak pemandu teksi yang mengemukakan dua isu.



Pertamanya ialah mengenai janji permit peribadi tetapi ia tidak peribadi. Apa yang dijanjikan ialah permit peribadi tetapi apa yang perlu lakukan ialah memohon dan kena membeli kereta jenis proton Exora.



Permit sah hanya tujuh tahun. Ini bermakna mereka perlu membayar lebih daripada sekarang dan perlu bertukar kereta setiap tujuh tahun. Keduanya, pada tahun 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan mengenai rebat pemandu teksi tukar kereta baru supaya banyak kereta baru.



Bagaimanapun rebat itu belum dibayar, sepatutnya dibayar 2012. Dari semasa ke semasa, pada sidang baru nanti, selain isu biasa yang dibawa secara peribadi, apa yang di bawa oleh rakyat kita kena bawa.



Saya juga akan menumpukan perhatian kepada isu ekonomi, soal pendapatan rakyat, jurang miskin kaya dan isu yang wang 1Malaysia iaitu sebanyak RM7 bilion diletakkan di luar negara sedangkan ia dipinjam dari dalam negara tetapi dipindahkan ke luar negara. Tata kelola dan urus tadbir yang baik. Saya juga akan membawa isu SPR dan dakwat kekal.



Adakah YB yakin, petisyen yang dikemukakan PR mampu mengubah keputusan PRU13?



Ia bergantung kepada keputusan mahkamah, tidak boleh baca bagaimana hakim akan menangani dan mengadili petisyen- petisyen ini. Saya perlu bersandarkan kepada rekod petisyen lepas iaitu hanya satu peratus sahaja peluang di bicarakan.



Pada tahun 2008, 29 petisyen difailkan seluruh negara hanya satu sahaja dibicarakan sebelum ditolak manakala 28 itu ditolak ketika difailkan. Petisyen ini sukar kerana standard bukti yang diperlukan terlalu tinggi. Jika tafsiran yang sama diperlukan, ia susah kecuali Hakim mengambil pendirian lain.



Apakah isu yang difokuskan?



Bergantung kepada setiap tempat dan undang- undang pilihan raya. Undang- undang pilihan raya, setiap isu mesti salah satu asas yang ditetapkan undang- undang pilihan raya.



Pertamanya ialah rasuah khusus iaitu calon ditangkap ketika memberikan wang, ini tiada. Keduanya, rasuah umum dan ini biasanya berlaku seperti beri makanan, kena dapat saksi kerana asas memfailkan petisyen ialah jumlah saksi boleh menukar keputusan pilihan raya.



Jika hanya membawa dua tiga orang sahaja, itu tidak cukup, maka ditolak. Ketiganya ialah kesalahan- kesalahan pilihan raya termasuklah borang 14 salah kira, 'black out' dan peti undi hilang. Kita hanya boleh memfailkan mengikut kawasan tertentu bukannya seluruh Malaysia.



Contohnya Segamat, beberapa soal dakwat kekal, pengundi tidak boleh undi, 2,000 pengundi di Segamat perlu mengundi di tempat lain walaupun mereka tinggal serumah yang sama.



Ini adalah kerana untuk mengurangkan pengundi Cina. Mereka tidak boleh mengundi di Segamat untuk mengurangkan pengundi Cina. Bukti kuat dan hanya berlaku di Segamat.



Di Parlimen Balik Pulau pula ialah jumlah kertas undi yang dikira melebihi kertas undi yang dikeluarkan.. Di Ketereh kesalahan pilihan raya iaitu peti undi awal dibuka tanpa arahan mahkamah. Setiap satu kerusi, ada kesalahan yang khusus.



Adakah bukti yang sedia ada mencukupi untuk memfailkan petisyen pilihan raya?



Pada pandangan saya, maklum balas, bukti itu mencukupi pada pengiraan mahkamah, itu adalah keputusan Hakim, kita kena tunggu. Oleh itu, kita mengambil pendirian, sementara kita memfailkan di mahkamah, kita juga akan memberikan maklumat- maklumat penipuan ini melalui media kepada rakyat kerana kita juga mahu menguji rakyat sama ada boleh terima atau tidak bukti.



Selepas sebulan, rakyat memang berkata berlaku penipuan contohnya di Besut, pegawai SPR buat laporan polis, mengaku bahawa undi dirampas. Saya memujuk dia untuk tampil.



Kalau ada keputusan begitu, biar dia tampil dan saya rasa mahkamah tidak menerima bukti ini tidak mencukupi, saya yakin rakyat boleh terima bahawa ini bukti kukuh, penipuan telah berlaku.



Jika petisyen tidak berjaya, adakah PKR akan membuat rayuan?



Kalau ikut undang-undang mahkamah, apabila memfailkan petisyen, mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan pilihan raya dan mengarahkan pilihan raya diadakan semula.



Kalau ada pilihan raya semula, hanya di kerusi Parlimen tertentu sahaja kecuali SPR atau kepimpinan kerajaan di Putrajaya merasakan bahawa mandat mereka rapuh dan tidak kuat dan perlu mendapatkan mandat baru.



Walaupun 29 kerusi dipanggil pilihan raya semula, keadaan mana majoriti BN rendah hanya 22 Parlimen sahaja, mungkin ada kesan kepada mandat kerajaan di Putrajaya. Ada kemungkinan- kemungkinan itu, hanya pilihan raya 29 kawasan yang difailkan petisyen. Sama ada membuat rayuan atau tidak, saya akan merujuk balik majlis pimpinan dan pimpinan PKR kerana kos tinggi.



PKR akan memfailkan 19 petisyen, berapakah keyakinan YB untuk menang?



Kesemua 19 kerusi tersebut mempunyai bukti yang kukuh, kita akan bentangkan bukti ini mengikut Parlimen melalui media dan sebagainya. Berdasarkan keputusan mahkamah lepas, di pihak PKR tujuh kerusi buktinya lebih dekat standard bukti yang ditetapkan SPR.



Tujuh kerusi tersebut apabila kesalahan dibuat SPR atau pihak lawan terlalu besar untuk dilupakan. Tujuh kerusi mempunyai peluang besar untuk terus ke peringkat perbicaraan.



Selepas membuat petisyen apakah langkah seterusnya yang akan diambil?



Daripada awal lagi ini adalah sebahagian usaha kita untuk menuntut reformasi dan pembaharuan pilihan raya. Itu menjadi isu terbesar selepas PRU13. Sentimen rakyat cukup kuat kalau berdasarkan kehadiran dan sokongan mereka kepada perhimpunan- perhimpunan aman yang telah dibuat.



Petisyen sebahagian langkah terus tuntut yakin rakyat bahawa kita perlu ada perubahan dan penambahbaikan reformasi pilihan raya. Selain memfailkan petisyen, sudah tentu kita akan bawa ke Parlimen, kita akan terus dengan sesi penerangan dan kempen dan perhimpunan aman.



Kita akan kemukakan pelbagai cadangan dan konsep baru mengenai pilihan raya adil terutamanya berkaitan persempadanan semula yang akan berlaku pada bila- bila masa. Kita akan bawa semua ini mengikut saluran dan kaedah yang ada pada kita.



Yang penting rakyat dapat pemahaman kenapa sistem dan SPR yang ada sekarang tidak berkesan untuk menjamin pilihan raya adil sehingga berlaku penipuan dan penyelewengan.



BN tidak akan berganjak kalau hanya berdebat dalam Parlimen atau berbincang. BN berganjak apabila ada isyarat jelas daripada rakyat tuntut perubahan dan pertukaran dasar. Kesemua langkah ini untuk menekan BN supaya akur dengan tuntutan rakyat mengadakan reformasi pilihan raya.



YB adalah antara pemimpin muda yang dilihat menonjol dan mungkin terlalu menonjol kerana sering membuat sidang media, adakah ini atas inisiatif sendiri atau arahan parti?



Saya sendiri ahli politik muda mempunyai pandangan lain kerana tidak besar kerangka politik lama. Kerangka politik lama kena naik bertanding dan menunggu masa lama akibatnya sebahagian besar masa politik mereka tertumpu kepada dalaman parti sahaja.



Mereka banyak menumpukan masa kepada pimpinan parti, daripada memikirkan apa yang terjadi. Kami yang muda tidak melalui sistem itu. Dalam PKR, pandangan lain kerana apa yang penting ialah apa yang rakyat fikirkan bukannya apa yang orang dalam parti fikirkan. Ahli Politik mesti ada isu berkaitan rakyat yang serasi dengan kita untuk dibawa.



Kita tidak ada akses kepada media perdana, kita hanya media Internet sahaja. Kita tidak ada pilihan lain untuk membawa isu kecuali untuk membuat laporan dan sidang media.



Ia berkesan dan itulah gaya politik baru dan rakyat menilai laporan politik dengan melihat isu mana yang rakyat bawa. Rakyat tidak menilai jawatan yang dipegang tetapi mereka melihat isu yang dibawa dan kerja- kerja yang dilakukan. Cara terbaik membawa isu yang dekat dengan rakyat.



Adakah YB akan terus aktif berkhidmat kepada masyarakat sehingga di akhir usia?



Tidak. Saya daripada awal lagi, tidak rancang untuk jadi ahli politik. Saya hanya mahu perubahan. Saya muda dan beberapa perkara yang saya mahu Malaysia berubah dan lebih adil. Selama ini, boleh berada di belakang dan hanya membantu dari segi dasar.



Sampai satu peringkat, pimpinan melihat perlu tampil ke depan. Saya tidak mahu bertanding dalam pilihan raya sebab latar belakang lain. Oleh kerana keperluan untuk menang kerusi seberapa banyak, saya perlu bertanding.



Tidak ada rancangan untuk menjadi ahli politik sampai habis. Kalau boleh saya mahu bersara 55 tahun. Apabila menjadi ahli politik muda, banyak masa bersama keluarga akan hilang.



Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiada pilihan kerana rakyat dan pimpinan PKR memerlukan beliau. Beliau juga mempunyai pandangan yang sama kebanyakan kita. -SH



Nampaknya Pengerusi SPR Tak Mau Letak Jawatan Secara Sukarela, Tetapi Secara Paksa


Posted: 12 Jun 2013 05:00 PM PDT









Pengerusi SPR: Kami tak akan letak jawatan



KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menegaskan barisan kepimpinan suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses Pilihan Raya Umum ke-13.



Menurutnya barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.



Peletakan jawatan barisan kepimpinan SPR yang merupakan sebuah badan bebas, tidak boleh dibuat secara tidak rela atau paksaan seperti yang didesak oleh sebuah kumpulan.



"Ia hanya boleh dibuat melalui undang-undang," katanya kepada pemberita selepas ditemu ramah stesen radio Nasional FM di Angkasapuri di sini.



Beliau berkata hanya Yang di-Pertuan Agong berhak mengeluarkan arahan kepada barisan kepimpinan SPR untuk meletak jawatan jika terbukti mereka melanggar peraturan dan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.



"Kalau kami melanggar undang-undang, cara yang baik adalah melalui petisyen dan berjumpa di mahkamah...buktikan dahulu kami melakukan perkara tersebut dan kita sama-sama lihat,"
katanya.



Abdul Aziz berkata berkata barisan kepimpinan SPR hanya boleh dilucutkan jawatan disebabkan bankrap, memegang jawatan lain dengan mendapat pendapatan, menjadi wakil rakyat, atau sebab-sebab lain seperti jenayah dan masalah mental seperti gila.



"Maknanya atas sebab kepercayaan awam tidak ada lagi ataupun melanggar peraturan Perlembagaan Persekutuan, dan ia boleh dilakukan melalui penubuhan tribunal," katanya.



Beliau juga berkata tindakan pembangkang mengheret rakyat untuk berhimpun kerana tidak puas hati dengan proses pilihan raya umum lepas tidak akan mengubah keputusan pilihan raya itu.



"Buktikan melalui undang-undang...jangan kita mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang lain, persepsi mereka yang keluar perhimpunan seolah-olah mereka percaya SPR menipu," katanya.



Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata SPR akan tetap meneruskan kajian semula persempadanan pilihan raya di negara ini menjelang akhir tahun ini dan ia akan dilaksanakan dengan telus.



Proses persempadanan semula yang terakhir dilakukan pada 2003 dan sepatutnya dibuat semula pada 2011, tetapi SPR telah menangguhkannya sehingga pilihan raya umum ke-13 selesai, katanya.



"Peguam Negara telah menasihati SPR untuk memulakan segera kajian semula persempadanan ini," katanya.



Beliau berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2)(ii), persempadanan semula kawasan pilihan raya boleh dibuat dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya kajian sebelumnya.



Beliau berkata SPR diberi tempoh maksimum dua tahun untuk melengkapkan kajian dan kajian persempadanan itu terlebih dahulu akan dipamerkan kepada orang ramai sebelum dibawa ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dibahas dan dilulus. - Bernama



Ulasan GB



Baguslah kalau dah ambil sikap macam tu sekalipun majoriti rakyat sudah buat keputusan mengundi Pakatan Rakyat (51%), yang bererti juga majoriti rakyat telah meminta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatannya kerana Pakatan selama ini bertungkus lumus berhimpun di seluruh negara meminta mereka berdua meletakkan jawatan.



Tidak mahu berundur secara sukarela, bererti kamu mahu berundur secara dipaksa...



Ok, fine, kita tunggu saja hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya..



Yang rakyat minta dan rakyat doakan ialah kedua-dua makhluk tersebut dihumbankan ke penjara di satu hari nanti. Muga Allah memperkenankannya, aminnn!



p/s GB hairan mengapa Pakatan Rakyat terlalu lembik di dalam hal ini. Pemimpin Pakatan Rakyat perlu bertindak pro-aktif. Bukan sekadar turun buat himpunan BLACK 505 sahaja, tetapi MESTI membuat dan kemukakan aduan terus kepada Majlis Raja-raja.



Persembahkan segera surat kepada Yang Dipertuan Agong agar Majlis raja-raja membincangkan hal tuntutan majoriti rakyat supaya kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dilucutkan jawatannya dan Perdana Menteri disiasat mengapa terlalu membela anggota SPR ini.



Juga pemimpin Pakatan perlu tegas di dalam Parlimen nanti supaya Suruhanjaya Diraja Siasat SPR dibentuk segera. Jika PM tidak mahu mendengarnya, maka usul tidak percaya dikemukan terhadapnya. Jika tak lulus, usul lagi, sampai berjaya. Jika Speaker menolak, usul tak percaya pula diberikan terhadapnya.



Biar ada rekod dalam hansard bahawa ada usul tak percaya telah dikemukakan terhadap Speaker berkenaan. Menjadi bukti bahawa PR telah berusaha sehabis daya.



Kena tegas dan sudah sampai masanya untuk wakil rakyat Pakatan bertindak. MAJORITI RAKYAT BERSAMA KAMU!










[BERGAMBAR] Bot Terbalik Di Dungun, Dua Nelayan Dikhuatiri Lemas


Posted: 12 Jun 2013 04:50 AM PDT








Orang ramai mengerumuni pantai Sura untuk menyaksikan operasi mencari dan menyelamat bagi mengetahui perkembangan terkini tentang nasib yang menimpa dua sahabat yang masih hilang itu. - Foto: NIK MUHAMMAD RAFFIQ



Seorang nelayan terselamat manakala dua lagi rakannya dikhuatiri lemas apabila bot gentian kaca yang dinaiki mereka terbalik di perairan Pantai Sura Hujung, dekat sini semalam.



Kejadian pukul 4.45 petang itu menyebabkan dua nelayan berkenaan, Mohd Saifuddin Shafie, 18, dan Halim Hurus, 22, hilang manakala Mohd Mazli Mohamad, 30, berjaya diselamatkan.



Ketika kejadian, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan pulang dari menangkap ikan dan ketika meluncur 300 meter menghampiri darat, bot yang dikemudi Halim dikatakan membuat pusingan mengelak selepas terlihat ombak kecil di hadapan.



Berikutan itu, bot yang dinaiki mereka dikatakan berpusing sebelum terbalik menyebabkan ketiga-tiga mereka tercampak ke dalam laut.



Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor berkata seorang daripada nelayan itu iaitu Mohd Mazli diselamatkan oleh penduduk tempatan yang berada di tepi pantai dan melihat kejadian itu.



Beliau berkata Mohd Mazli yang lemas dan tidak bermaya kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun.



"Sehingga pukul 8 malam tadi, gerakan mencari dua lagi nelayan itu masih diteruskan melibatkan anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung," katanya kepada pemberita di sini.



Dahlan berkata ketiga-tiga nelayan itu yang berasal dari Kampung Sura Hujung keluar menangkap ikan sejak pagi.



Sementara itu, Hamidi Hurus, 19, ketika ditemui di hospital berkata ketika kejadian beliau berada di tepi pantai menunggu kepulangan abangnya, Halim.



"Masa itu saya melihat bot yang dinaiki abang berpusing saya nampak dengan jelas mereka semua tercampak ke laut," katanya.



Hamidi berkata dia hanya berjaya menyelamatkan Mohd Hazli manakala abangnya dan seorang rakan lain hilang. – Bernama




Tragedi tiga sahabat



DUNGUN – "Tiba-tiba saya lihat bot yang mereka naiki berpusing, ketiga-tiganya tercampak dalam air, saya lihat mereka tenggelam timbul namun saya tak dapat buat apa-apa," kata Hamidi Shafie, 19, adik kepada Halim Hurus, 22, salah seorang daripada mangsa lemas di Pantai Sura, dekat sini, petang semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, bot gentian kaca berukuran kira-kira empat meter panjang dinaiki tiga sahabat itu dikatakan berpusing sebaik menghampiri pantai menyebabkan Mohd Shabudin, Halim Harun, 22, serta Mazli Muhammad, 30 tercampak ke dalam laut.



Ketika kejadian, mereka bertiga dalam perjalanan pulang ke pantai selepas keluar menangkap ikan di perairan Dungun kira-kira jam 7.30 pagi semalam.



Menurut Hamidi, kejadian cemas itu sempat disaksikannya kerana dia ketika itu berada di tepi laut menunggu kepulangan tiga sahabat itu.



Katanya, dalam keadaan cemas, dia terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum bot terbabit hanyut ke tepi pantai, lalu menghidupkan enjinnya semula dan memandu ke arah tiga rakan yang lemas itu.



Hamidi menceritakan, sebaik berjaya merapati lokasi sahabat itu lemas, dia terpandang kelibat Mazli lalu terus memautnya ke dalam bot.



"Ketika saya memaut Mazli ke dalam bot, dia beberapa kali menyebut nama Halim, saya cuba mencarinya namun dia sudah hilang dari pandangan.



"Saya kecewa sebab tak dapat selamatkannya," kata Hamidi yang masih trauma dengan kejadian menimpa abang dan rakannya itu.



Turun kali kedua cari mangsa



Hamidi kemudiannya membawa Mazli ke darat sebelum turun semula ke laut memandu bot untuk mencari dua lagi mangsa yang masih hilang.



Hamidi berkata, selepas tiba kali kedua di lokasi mangsa hilang, dia gagal mengesan dua mangsa, lalu pulang semula ke darat sebelum pihak berkuasa melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilaporkan masih hilang itu.



Sementara itu, penduduk, Nasir Ismail, 48, berkata, Mazli dan dua rakannya yang masih hilang itu merupakan sahabat baik dan mereka dikatakan sering turun ke laut bersama untuk menangkap ikan.



Nasir berkata, sebaik menerima berita kejadian lemas itu, dia yang tinggal berdekatan bergegas ke pantai dan sempat memberi pertolongan kepada Mazli sebaik mangsa dibawa ke darat.



"Ketika itu dia sudah tidak bermaya. Saya beberapa kali cuba mengajarnya mengucap tapi dia tidak sedarkan diri, tak tahulah nasibnya bagaimana," kata Nasir yang bekerja sebagai pemandu trak tunda.



Ibu doa anak ditemui



Ibu Sahbudin, Mariam Mat Ali, 54, ketika menyaksikan operasi mencari anaknya itu menceritakan, anaknya sebelum itu dikatakan tidak pulang ke rumah dan dia berkemungkinan bermalam di rumah Halim untuk memudahkan dua sahabat itu turun ke laut pada awal pagi.



Mariam berkata, mangsa, anak ketujuh daripada 10 beradik itu merupakan bekas pelajar kelas pendidikan khas sekolah Menengah Kebangsaan Sura dan turut mempunyai kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).



Katanya, sebaik pulang kerja, dia terkejut apabila dimaklumkan anak lelakinya yang mesra dengan panggilan Syamil itu lemas di laut.



"Bila diberitahu Syamil lemas di laut, saya rasa tiada harapan lagi. Apa pun saya berdoa dia segera ditemui," kata Mariam yang kelihatan sugul.



Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat memaklumkan, gerakan mencari mangsa diteruskan.



Gerakan mencari juga turut melibatkan penduduk kampung. Sehingga jam 9 malam, keadaan Mazli dilaporkan stabil dan dirawat di Hospital Dungun, manakala operasi mencari dan menyelamat dua lagi yang masih hilang diteruskan.



Sabtu lalu, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, Nurul Nabilah Zubir menjadi mangsa lemas ketika sedang mandi-manda di pantai Teluk Gadung, kira-kira 500 meter dari lokasi tragedi lemas membabitkan tiga sahabat itu.



Ia kejadian kedua dalam tempoh seminggu.
-SH





Abang Sahbudin, Mohd Shahrizam (kiri) memeriksa beg pinggang, dipercayai milik Halim yang ditemui di permukaan laut berhampiran lokasti dua sahabat itu dilaporkan hilang. - Foto: NIK MUHAMMAD RAFFIQ



Penduduk kampung turut membantu mencari dua mangsa yang masih hilang dengan menggunakan bot gentian kaca. - Foto: NIK MUHAMMAD RAFFIQ







TERKINIMangsa terakhir bot gentian kaca terbalik ditemui



DUNGUN - Gerakan mencari dua nelayan yang hilang selepas bot gentian kaca yang mereka naiki terbalik di perairan Pantai Sura Hujung di sini semalam, ditamatkan setelah mayat mereka ditemui hari ini.



Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor berkata mayat Mohd Saifuddin Shafie, 18, ditemui terapung oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 5.25 petang ini.



Terdahulu mayat seorang lagi nelayan, Halim Hurus, 22, ditemui kira-kira 1 pagi ini setelah terdampar di persisir pantai kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.



Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang semalam, tiga nelayan terhumban ke laut setelah bot yang mereka naiki terbalik. Seorang daripada mereka, Mohd Mazli Mohamad, 30, berjaya diselamatkan penduduk tempatan yang berada di tepi pantai.



Ketika kejadian, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan pulang daripada menangkap ikan dan ketika meluncur 300 meter menghampiri daratan, bot yang dikemudi Halim dikatakan membuat pusingan mengelak selepas terlihat ombak kecil di hadapan.



Berikutan itu, bot yang dinaiki mereka dikatakan berpusing sebelum terbalik menyebabkan ketiga-tiga mereka tercampak ke laut.
- Bernama











You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC

To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610






Bacaan penuh SUMBER ASAL

Sunday 9 June 2013

Blog-list Malaysia








Blog-list Malaysia



































PKR Akan Pulau Sidang Parlimen


Posted: 09 Jun 2013 12:02 AM PDT


SHAH ALAM – PKR bakal memulaukan sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 24 Jun depan, kata Naib Presidennya, Tian Chua.



Beliau berkata, tindakan itu dilakukan susulan beberapa tuntutan mereka yang tidak ditunaikan.







Kami hanya menuntut seluruh ahli dalam SPR meletak jawatan, tetapi perkara itu tidak ditunaikan.



"Sebaliknya kerajaan beri input lain dengan mahu membuat jawatankuasa khas (PSC) dan sebagainya," katanya.



Menurut Ahli Parlimen Batu itu lagi, selagi seluruh ahli dalam SPR tidak letak jawatan pihaknya tidak berminat untuk memberi kerjasama kepada kerajaan.



"Kalau mahukan kerjasama daripada PR dalam perkara yang mahukan muafakat syarat itu perlu ditunaikan," katanya.



Bagaimanapun, beliau memberitahu akan hadir pada hari perasmian kerana menghormati kehadiran Yang di-Pertuan Agong.



"Sebagai menghormati Yang di-Pertuan Agong, kita akan hadir untuk mendengar titah baginda tiada isu mengenai hal ini.



"Tetapi mengenai lain-lain perkara sama ada untuk angkat sumpah, atau menyertai PSC dan pilih wakil pembangkang dalam Parlimen itu kita masih pertimbangkan sama ada mahu bekerjasama atau tidak," katanya.



Sementara itu, berbeza pula dengan pendirian parti komponen PR, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberitahu yang mereka tidak akan memulaukan sidang Parlimen akan datang.



"DAP tidak ambil tindakan seperti itu, kami akan hadir seperti biasa. Soal (pulau) atau tidak terpulang pada pendirian mereka (PKR)," katanya.



Terdahulu, dalam satu kenyataan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah Parlimen sebagai tunjuk rasa kesal terhadap keputusan PRU13 yang didakwa wujud unsur penipuan.





Misteri Kampung Tanduo


Posted: 08 Jun 2013 10:19 PM PDT


BUNYI aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang berkawal



SEJAK awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami.





Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar.



Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai.



Beberapa penduduk berhampiran, terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke Pekan Lahad Datu.



Menurut Ali Hadi, 30, dia pernah 'bertemu' dengan 'lembaga' seperti manusia yang melintas di laluan utama kawasan Felda itu.



"Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang.



"Saya beranikan diri turun dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika benar-benar terlanggar orang. Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada siapa yang saya langgar. Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam kenderaan dan terus memecut laju."



Menurut Ali, hingga hari ini dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnya ketika itu.



Seorang lagi penduduk Felda Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga menceritakan perasaan aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula.



"Ada satu hari saya dengar bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun kelapa sawit berhampiran rumah saya.



"Mendayu-dayu. Nak kata bunyi anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih jelas didengari. Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi polis, tapi kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja."



Perkara itu turut diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam.



"Kami beberapa kali terdengar bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam kesakitan.



"Bila diperiksa, tiada sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan terutama pada waktu malam dan tengah hari," katanya.

Malah ada juga yang mendakwa pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan.



Menurutnya pernah pada suatu ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa di lokasi berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada sesiapa di situ.



Peluang menjejak kaki ke Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk dinafikan. Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh penduduk Felda Sahabat ditunjukkan kepada kami.



Melalui jalan-jalan sunyi dan menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada sejenis aura yang dirasai.



Tidak pasti sama ada yang hadir itu 'angin' negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik rasa berjaga-jaga sepanjang berada di sini.



Bertandang seketika di surau Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak degup dada berubah rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan mengawasi kehadiran kami.



Tidak tahu kenapa. Namun rasa aneh itu terjawab apabila diberitahu surau itu sebelum ini menjadi lokasi pendaratan pengganas.



Di tanjung Sungai Tanduo, perasaan sama muncul kembali.



Ketika merakam beberapa keping foto perahu panjang dan perahu laju di tanjung sungai itu, perasaan sama muncul kembali.



Seakan ada suara yang menyeru supaya terus mara. Menghampiri, mendekati perahu perahu yang ditinggalkan itu. Namun 'sergahan' anggota keselamatan yang mengiringi, menasihatkan kami berpatah balik, mematikan langkah untuk terus ke hadapan.



Rupa-rupanya kawasan itu adalah tempat pengganas menyimpan bot dan perahu.



Memang...sepanjang berada di tebing sebarang tanjung sungai, kami merasakan ada mata yang dari arah semak, memerhati setiap gerak langkah kami.



Juga terasa seperti ada 'suara' yang memanggil-manggil agar melintas ke seberang menuju ke semak berkenaan.



Sebetulnya, kami tidak mahu berfikiran negatif atau diselubungi pengaruh mistik sepanjang bertugas di sini. Dan kerana itu, kebanyakan perkara yang dirasa, kami pujuk hati untuk menidakkannya.



Hari merangkak petang. Namun kami tidak mampu menipu perasaan sendiri.

Aura aneh kembali hadir 'mengacau' jiwa.



Semakin lama semakin kuat. Dan secara diam...hadir perasaan ingin menunggu di lokasi kejadian. Tapi kehendak hati terhalang kerana anggota keselamatan yang mengiring sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan itu.



Kami bergerak ke arah kawasan rumah yang dikatakan menjadi tempat simpanan senjata kumpulan pengganas.



Kami lalui kawasan perkuburan pengganas yang ditemui pasukan keselamatan, juga menjadi lokasi rakan kami merakam foto objek pelik menggunakan kamera telefon bimbitnya.



Kami tidak pasti apa objek berkenaan dan tidak pula mengatakan terdapat gangguan misteri di situ.



Dalam masa yang sama kami tidak mahu menafikan keanehan objek itu, serta mengakui memang ada sedikit rasa yang agak berbahang di kawasan berkenaan.



Boleh dikatakan rasa yang sama wujud di setiap lokasi dijejaki yang melibatkan pengganas. Dan mungkin juga 'bahang' yang dirasa merupakan kesan-kesan haba akibat pengeboman dilakukan semasa Op Daulat dahulu.



Seterusnya kami menjejak ke kawasan rumah yang didakwa tempat simpanan senjata serta tempat berlindung sementara kumpulan pengganas.



Dari situ, langkah kami mencecah ke kawasan kolam udang yang dikatakan sebahagian taktik pengganas menyusup masuk ke Kampung Tanduo.



Entah benar atau sekadar mainan perasaan di remang senja, di situ terasa juga ada mata memerhati pergerakan kami.



Berbeza dari kawasan sebelum ini, rasa ini lebih mengarah ke dalam kawasan kolam dan ketika ini, terasa degup jantung lebih kencang berbanding biasa.



Kami akhiri kisah ini seketika, kerana ingin segera keluar menyiapkan tugasan.



Dalam perjalanan pulang, ketika melewati semak, telinga menangkap bunyi derapan orang berlari,



Namun tiada kelihatan apa-apa di sekeliling. Mata terus liar memerhati untuk memastikan perjalanan kami selamat dan tiada yang menghidu pergerakan.



Alhamdulillah...kami dilindungiNya untuk sampai ke Felda Sahabat dengan selamat.



Terkenang kembali perjalanan semasa perjalanan... secara tidak sengaja kami ada mendengar perbualan antara anggota pasukan keselamatan yang mengatakan mereka pernah melihat terlihat kelibat manusia sewaktu berkawal.



Apabila dijejaki, tiada manusia yang ditemui. Tetapi mereka terjumpa kesan tapak kaki di persisir sungai.



Sama ada ia manusia atau bukan tiada dapat dipastikan!



Apapun, telah diakui oleh orang ramai termasuk penduduk dan pasukan keselamatan bahawa, kebiasaannya kawasan peperangan pasti akan menyimpan selingkar kisah-kisah misteri.





Tan Sri Halim Saad Saman Kerajaan Malaysia


Posted: 08 Jun 2013 07:37 PM PDT


KUALA LUMPUR, 9 Jun — Saman jutawan Tan Sri Halim Saad terhadap kerajaan mendedahkan rasuah berleluasa menunjukkan ciri-ciri era Mahathir di mana perniagaan dan politik kabur untuk membantu pemerintah Umno mengumpul sebuah empayar kekayaan, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR).



Para pemimpin pembangkang percaya saman itu, bersedia untuk menjadi salah satu pertempuran korporat terbesar di negara ini, juga akan menguji keseriusan pentadbiran Najib dalam menangani rasuah peringkat tertinggi kerana mereka menjangkakan pertempuran undang-undang akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai hubungan korporat kotor Umno.





"Ini adalah salah satu lagi peninggalan oleh Tun Dr Mahathir (Mohamad) (gambar)," kata ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada perdana menteri paling lama berkhidmat di mana pentadbirannya telah menerajui projek kemajuan korporat Bumiputra yang membantu mewujudkan satu kumpulan jutawan Melayu seperti Halim.



"Kalau tentang rasuah dan kroni, kita memang sudah tahu Umno memang rasuah dan banyak kroni. Cuma sekarang kita mahu tahu siapa sebenarnya yang mendapat untung daripada semua itu... itu sahaja rakyat mahu tahu," tambah beliau.



Halim telah mengambil tindakan undang-undang serius terhadap kerajaan bagi menuntut penyelesaian penuh perjanjian bernilai lebih RM2 bilion yang memaksa beliau melepaskan pegangan dalam Renong Bhd sedekad lalu.



Menurut majalah perniagaan The Edge Review, Halim, suatu ketika dahulu yang merupakan satu-satunya penama korporat pemerintah Umno, mendakwa telah ditawarkan wang tunai berjumlah RM1.3 bilion, hartanah serta kawalan ke atas syarikat swasta pengurusan sisa sebagai pertukaran ke atas pelupusan Renong seperti yang dijanjikan pada 2001.



Di samping memetik individu lain yang menyamai seperti saman Halim, majalah itu melaporkan ahli perniagaan itu hanya menerima RM165 juta walaupun telah menyerahkan empayar perniagaannya dan akan menuntut bakinya.



Langkah itu datang sebagai satu kejutan kerana tempoh Halim dalam Renong telah dicemari dengan keputusan yang dipersoalkan. Terdapat persepsi dia telah gagal untuk mengekang hutang Renong yang semakin meningkat memaksa kerajaan untuk mengambil alih kepentingan dalam konglomerat melalui cabang pelaburan negara Khazanah Nasional Bhd.



Liew mengatakan kes Halim ini adalah diantara kegagalan projek pembangunan korporat Bumiputera memetik kontroversi lain seperti pertarungan undang-undang antara penerbangan nasional MAS dan bekas ketua pegawai eksekutifnya Tan Sri Tajuddin Ramli dan skandal Forex pada 1983.



"Sedihnya, selepas 10 tahun sejak Mahathir bersara kita masih bergelut dengan isu-isu sebegini... saya rasa sudah sampai masanya cadangan Suruhanjaya Diraja dilaksanakan untuk menyiasat semua legasi kewangan yang bersangkut-paut dengan Mahathir ini," katanya.



The Edge Review berkata saman itu, bakal menjadi pertarungan korporat terbesar dalam negara, serta akan mendedahkan buat kali pertama "urusan di sebalik tabir dalam beberapa urus niaga berbilion dolar dan penganugerahan kontrak yang membentuk dunia korporat Malaysia sekitar pertengahan 1980an dan awal dekad ini".



Ia juga memetik pemerhati industri mengatakan saman Halim akan memberikan gambaran bagaimana Umno mencipta mesin membuat wang politik di seluruh Renong dan kebimbangan yang berkaitan dengannya, United Engineers Malaysia Bhd (UEM).



"Ia akan menawar pengakuan Halim bagaimana dia berhenti menjadi penama perniagaan Umno dan juga memberi pengakuan peribadi yang dihadapi ahli perniagaan sejak bertahun-tahun lalu ketika beliau bertarung menjaga Renong yang penuh sarat dengan hutang untuk bertahan," tulis majalah itu lagi.



Ahli Parlimen Kelana Jaya baru dari PKR Wong Chen bersetuju dengan pandangan itu mengatakan saman tersebut akan membantu mendedahkan jaringan korporat Umno dan bagaimana ia membantu parti pemerintah itu mengumpulkan kekayaan bagi meneruskan dominasi.



Kes ini akan mendedahkan seperti yang didakwanya sebagai satu sistem penama korporat tunggal Umno dalam membentuk dan menjaga empayar parti tersebut.



"Di samping itu, kes saman ini akan menyerlahkan lagi hubungan meragukan antara Umno dalam perniagaan. Apa yang Halim Saad katakan memang benar, sistem penama ini telah menggalakkan wujudnya budaya kekaburan (opaqueness) dalam perniagaan dan politik," katanya kepada The Malaysian Insider.



Wong yang mengetuai portfolio pelaburan perti pembangkang PKR, mengatakan kes ini akan menunjukkan sama ada kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bertindak kepada yang terlibat dalam episod itu.



"Kes ini akan menentukan ketelusan dan kebertanggungjawaban seperti mana yang dilaungkan oleh kerajaan".



Pembangkang mendakwa bahawa orang-orang di sebalik kegagalan dasar mahal pentadbiran Mahathir bukan sahaja melepaskan diri dari hukuman tetapi mendapat pampasan besar dalam beberapa kes.



Kes yang paling ketara adalah penyelesaian di luar mahkamah antara MAS dan Tajuddin, satu lagi "budak poster" korporat Bumiputra era Mahathir.



Langkah itu telah digambarkan sebagai cubaan oleh kerajaan untuk menutup butiran yang terdapat dalam afidavit Tajudin untuk menyokong beliau tuntutan balas di mana hartawan itu kononnya mendedahkan banyak mekanisme dalaman di sebalik pembelian MAS.



Pemimpin pembangkang menyatakan perkara yang sama boleh berlaku dengan saman Halim keranai hartawan itu mendedahkan pada pautan Umno-Renong boleh memaksa kerajaan untuk mengalah dan mencari penyelesaian di luar mahkamah.



"Saya harap perkara ini tidak jadi seperti kes Tajuddin Ramli yang mana akhirnya ia diselesaikan di luar mahkamah. Sehingga sekarang rakyat masih tertanya-tanya apa yang berlaku dan berapa telah dibayar,"
kata ketua penganalisis ekonomi PAS Dr Dzulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider.



Menurut The Edge Review, Halim cuba memberi tekanan kepada kerajaan untuk mendapatkan penyelesaian penuh, tetapi pada tahun 2010, Dr Mahathir berkata kepadanya perjanjian itu tidak akan dipenuhi.



Ahli perniagaan yang pernah berhadapan dengan keadaan itu mengatakan Dr Mahathir memberitahu Halim beliau telah dimaklumkan oleh Nor Mohamed, aset yang diambil alih oleh Khazanah adalah milik Umno, tambahnya.



The Edge Review berkata Halim yang kemudiannya bertemu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri — bertanggungjawab dalam Unit Perancang Ekonomi untuk mengesahkan kata-kata Dr Mahathir.



Menurut majalah tersebut dan StarBiz baru-baru ini, Nor Mohamed, kerajaan Malaysia dan dana pelaburan strategik milik kerajaan Khazanah Nasional Bhd telah dinamakan sebagai defendan di dalam saman berbilion ringgit yang telah difailkan April tahun ini.



Dalam pernyataan tuntutan itu didakwa dilihat oleh StarBiz, Halim yang mendakwa pihak terbabit telah menandatangani perjanjian pada 2001 dan/atau perjanjian lain 2003 dengan dia untuk "niat menipu beliau atau mendorong beliau untuk bersetuju ke atas kedua-dua perjanjian tersebut".



Dzulkefly mengatakan hanya satu cara untuk mengetahui tentang kes ini adalah dengan mengadakan forensik audit dalaman terbuka. "Saya rasa apa rakyat nak lihat sekarang ini adalah wang mereka tidak diperjudikan sewenang-wenangny," katanya.



Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu juga mendesak Putrajaya untuk mendedahkan semua transaksi korporat melibatkan perjanjian Renong.



"Adakah duit GLC itu juga duit Umno? Dan bukan duit rakyat?" katanya.



Halim, pada tahun 1984 diambil oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sebagai penama korporat tunggal Umno, telah membina Renong dan UEM ke dalam konglomerat terbesar di Malaysia, dengan usaha dalam perbankan, pembinaan, telekomunikasi, pembangunan hartanah dan industri jalan bertol.



Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997 membawa kepada kejatuhan harga saham Renong dan menurut The Edge Review mendedahkan aliran tunai yang buruk konglomerat tersebut dan beban hutang yang besar. - TMI







Bukti SPR Menipu PRU13


Posted: 08 Jun 2013 06:13 PM PDT








Maklumat rasmi keputusan pru13 telah dua kali berubah iaitu pada 22 mei 2013(warta pru13) dan 31 mei 2013(warta corrigendum) Yang menghairankan saya bagaimana boleh keputusan pru13 berbeza dengan pengumuman pegawai pengurus pada hari pengundiaan 5 mei 2013.Alasan tidak rasmi oleh SPR(wartawan kanan bagitau saya) iaitu kerani tersalah key in atau salah kira akibat salah tekan kalkulator tidak masuk akal.Menanti jawapan bertulis SPR berdasarkan surat saya pada 7 Jun 2013 lalu.



Jenayah membawa keluar kertas undi seperti dinyatakan dalam Seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6(2) AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 perlu digunakan bagi membuktikan dakwaan saya.SPR perlu bertanggungjawab apabila perkara berlaku.

7 laporan polis saya adalah bagi memudahkan pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa sesiapa yang melakukan "jenayah" ini.



Berikut butiran rumusan analisa saya.



i)UNDI ROSAK (BAGI 727 KERUSI)



SEBELUM WARTA (KEPUTUSAN 5 MEI 2013)=323,353 UNDI

SELEPAS WARTA (22 MEI 2013)=326,668 UNDI

SELEPAS CORRIGENDUM(31 MEI 2013)=326,707 UNDI



ii) UNDI HILANG/TIDAK DIKEMBALIKAN.UNDI DIBAWA KELUAR DARIPADA SALURAN UNDI (727 KERUSI=222 PARLIMEN DAN 505 DUN)



SEBELUM WARTA (KEPUTUSAN 5 MEI 2013)=65,286 UNDI

SELEPAS WARTA (22 MEI 2013)=53,045 UNDI

SELEPAS CORRIGENDUM(31 MEI 2013)=52,972 UNDI



Mohd Azlan Mohd Sharif





Melayu Minum Arak Di Kedah


Posted: 08 Jun 2013 04:14 PM PDT




Mahathir Memperbodohkan Diri..


Posted: 08 Jun 2013 08:20 AM PDT






http://rahimho.blogspot.com/2013/06/siapa-penyumbang-terbesar-kelumpuhan.html






PANAS - 130,000 Warga Singapura Bolot Tanah Bernilai Tinggi Di Johor


Posted: 08 Jun 2013 07:04 AM PDT


Malaysia adalah antara segelintir negara di Asia Tenggara yang benarkan warga asing membeli hartanah 'FreeHold'. Jual boleh tetapi mengapa biarkan warga asing memiliki harga kenapa senario seperti ini terus berlaku?



Berita Semasa lebih hormati cara Indonesia mengawal pemilikan hartanah kepada warga asing yang mana hanya dibenarkan tempoh pemilikan pajakan maksima selama 30 tahun sahaja. Malaysia?



Kerajaan Johor Kenakan Kadar Cukai Hartanah Baharu?







JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan mengenakan kadar cukai baharu yang lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 pegangan asing yang memiliki hartanah di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.




Beliau berkata kadar cukai baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat itu berbeza dengan kadar yang dikenakan kepada penduduk tempatan.




Sebentar? Sekadar mahu menaikkan cukai pintu? Terus-terang kami katakan selamba sahaja orang Singapura membayarnya. Adakah cadangan seperti ini yang mampu dikeutarakan setakat ini? Tiada lagikah cadangan yang lebih agresif daripada ini?



Tidak mustahil, tidak lama sahaja lagi Johor bakal menjadi tempat tinggal dan kediaman untuk rakyat Singapura. Trend sekarang, orang Singapura tinggal di Johor Bahru, rumah mereka di Singapura disewakan kepada expartariat.



Akhirnya, apa yang berlaku sekarang harga rumah di Johor Bahru melambung-lambung tinggi disebabkan permintaan daripada kelompok mereka ini. Natijahnya, warga Malaysia terutamanya orang Melayu Johor tidak mampu beli hartanah di sana sebaliknya sedikit demi sedikit JB bakal jadi tempat tinggal warga Singapura.



Sambung baca lagi laporan Bernama di sini…



"Sudah tiba masanya kerajaan negeri memberi perhatian kepada pegangan asing di negeri ini kerana rakyat kita di negara luar juga dikenakan kadar cukai yang berbeza. Jadi saya rasa untuk permulaannya kita kenakan kadar berbeza bagi cukai harta," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Zon Permas, di sini hari ini.




Mohamed Khaled yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Permas berkata, beliau yakin rakyat Johor akan bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ia akan memberi keuntungan kepada mereka manakala warga asing pula perlu belajar bersyukur kerana memiliki harta di negeri ini. – Bernama



Sumber : Berita Bernama


Hakikatnya rumah-rumah di Johor amat murah bagi orang Singapura. Pemandu teksi di Singapura pun boleh milki hartanah bernilai RM400,000 di Johor Bahru. Mengambil kira faktor :



Pendapatan perkapita rakyat Singapura lebih 4 kali ganda berbanding rakyat Malaysia sendiri umumnya dan rakyat Johor amnya




Keduanya, adalah disebabkan kadar tukaran matawang Singapura agak tinggi sekitar 2 kali lebih berbanding Malaysia




Dan akhirnya, undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia kepada warga asing masih lagi lemah


Ayuuh penguatkuasa, kapitalis hartanah yang berada di barisan hadapan dan juga kalangan yang berkepentingan & berpengaruh yang berselindung di belakang mereka ini, sedarlah jangan biarkan rakyat sendiri merempat dek kerana sibuk mengejar pembangunan dan keuntungan yang maksima semata.



Akhirnya lagu di bawah ini bakal menjadi siualan untuk tempoh masa yang kan datang. Tidak mustahil…..

Jangan hanya pandai berdegar-degar di kaca televisyen dan di media arus perdana yang lain mahu memperjuangkan bangsa Melayu amnya dan rakyat Malaysia umumnya tetapi hakikatnya di belakang, bersama-sama menyokong membina rumah mahal & menjual serta menggadai kepada warga asing.



LIHAT VIDEO DI SINI



Baru-baru antara kami ada pergi ke pejabat jualan pemaju yang terkenal di sana. Penuh dengan warga Singapura.

Apabila ditanya, harga satu unit rumah kluster yang terpampang "only bumi unit left" dengan harga RM1 juta lebih

Adakah ada warga Johor yang waras beli rumah teres dengan harga RM500,000 ke atas?

Majoriti pemilik hartanah Seri Alam. Bukit Indah orang mana? Kalau tidak….

Projek terbaru laris macam goreng pisang. Satu lagi projek berhadapan dengan Jusco Bukit Indah telah pun "sold out" walaupun belum "launch" lagi. Siapa pembelinya? Kalau tidak…..


Jikalau dilihat keadaan di sekitar JB/Nusajaya agak sedih kerana :



Seri Alam – Rumah yang bawah RM300,000 tidak akan dibina lagi, ada satu taman baru RM500,000 ke atas, apabila ditanya kepada pihak pemaju, jawapan mereka projek tersebut dipasarkan untuk kalangan"lecturers expatriate" yang akan datang di mana Seri Alam bakal menjadi bandar Ilmu.




Buat rumah di ulu Pasir Gudang pun sama, pun sudah mencecah RM350,000.




Hartanah di Johor Semakin Mahal : Usaha Menganinya?

Jadi, apa lagi usaha yang mahu dilakukan kepada orang Melayu Johor yang terdiri daripada golongan pertengahan & rendah terutamanya bagi membantu meningkatkan slot kependudukan mereka di di kawasan utama Johor?



Kenakan cukai tinggi kepada warga asing hanya bantu kerajaan tambah duit dan pendapatan sahaja terutamanya bagi menampung pemberian BR1M setiap tahun. Tetapi dengan duit BR1M tersebut, berapa banyak impaknya kepada orang melayu yang tercari-cari hartanah di kawasan bandar apatah lagi di tanahair sendiri.



Yang dibimbangkan pada masa akan datang, jika ditangani dengan mekanisme yang lebih baik Johor pasti akan jadi seperti Palestin saja suatu hari nanti. Tidak mustahil. Dahulu…..



asalnya tanah palestin luas, orang-orang kaya Yahudi membeli sedikit demi sedikit tanah dari orang palestin

akhirnya bila Yahudi kuat, mereka merampas begitu sahaja baki tanah palestin yang tinggal.



Harga Hartanah di Johor



Kebanyakan rumah di Johor berharga RM400,000 ke atas yang mana mampu dibeli oleh golongan gaji lebih daripada RM7,000 sebulan sahaja. Jadi kepada Menteri Besar Johor, tolong bagi statistik berapa ramai rakyat di Johor terutamanya Melayu yang bergaji sedemikian rupa?



Sepatutnya warga asing tidak boleh beli hartanah freehold

Pajakan hanya tempoh yang singkat sahaja

Nilai hartanah yang boleh dibeli warga asing hanyalah pada kadar jutaan ringgit sahaja

Dan dikenakan RPGT berkali ganda berbanding rakyat tempatan


Sekarang ini terdapat projek komersial & perumahan yang bertaraf antarabangsa di sekitar Danga Bay. Pelan asal yang diluluskan dicadangkan di masjid dibina di tenga-tengah kawasan komersial berkelas mewah ala-ala masjid Kotaraya. Tetapi akhirnya, ada suara-suara yang berpengaruh meminta mengeluarkan pelan pembinaan masjid tersebut dengan alasan kawasan tersebut disasarkan untuk warga Singapura yang boleh menyebabkan jalan sesak ketika Hari Jumaat terutamanya. Inilah satu insiden yang menunjukkan di sini pelabur Singapura cukup dihormati di Malaysia.



Jenaka yang paling di Johor selama ini apa dia?



Hanya tanah kubur dan angin sahaja tidak dijual


Belum masuk lagi bab kisah jual beli pasir kepada Singapura sehingga kelihatan Selat Tabrau semakin lama semakin sempit. Bagaimana boleh jadi begini? Apakah Johor ini diperintah oleh komunis? Cina? Yahudi? Warga asing?



Sumber sini





Wan Ahmad - SPR Capai Matlamat 'Menangkan BN'.. Tak Perlu Letak Jawatan..


Posted: 08 Jun 2013 05:22 AM PDT


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menolak gesaan yang mahu beliau dan pesuruhjaya SPR yang lain meletak jawatan.



Menurutnya, SPR berjaya mencapai objektif mengadakan pilihan raya dan rungutan yang dibangkitkan berkenaan pilihan raya lalu kebanyakannya bersifat teknikal sahaja.





"Kita dah buat pilihan raya yang capai objektif untuk semua pengundi pilih rakyat dan kerajaan.



"Semua rakyat boleh mengundi kecuali yang disekat oleh parti politik sebab muka mereka macam orang Bangladesh," katanya kepada pemberita selepas forum tentang persempadanan semula pilihan raya di bangunan Majlis Peguam petang tadi.



"Kita ada kerajaan yang sah. Inilah matlamat (pilihan raya) yang paling penting dan ia berjalan lancar.



"Apa lagi yang mereka mahu? Jangan terburu-buru buat kesimpulan hanya kerana dakwat (kekal) mudah dibasuh dari jari. Ia tidak semudah itu," tambahnya.



Peserta himpunan Blackout 505 sebelum ini sering kali menggesa agar anggota SPR meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya yang lalu.



Sebelum itu, Wan Ahmad sewaktu bercakap dalam forum tersebut, menegaskan SPR tidak boleh lagi menangguhkan persempadanan semula kawasan pilihan raya seperti dituntut peserta himpunan Blackout 505.



Langkah itu katanya sepatutnya dibuat selama lapan tahun sekali berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.



Namun, ia telah ditangguhkan selama dua tahun kerana pilihan raya umum sebelum ini, katanya lagi.



"Pejabat Peguam Negara juga menasihati kami agar tidak menangguhkannya lagi kerana bilangan pengundi semakin bertambah dan kita tidak boleh hanya menutup mata," jelasnya.



Jelasnya, kawasan pilihan raya baru yang akan digariskan selepas persempadanan semula itu akan dikemukakan kepada orang ramai.



Pengundi berdaftar dalam kawasan terlibat boleh mengumpulkan 100 orang pengundi berdaftar lain dalam kawasan yang sama untuk membantah persempadanan semula kawasan mereka jika mereka tidak berpuas hati, katanya.



Beliau menjangkakan terdapat banyak bantahan dari pihak BN dan Pakatan akan dikemukakan kerana senarai persempadanan semula itu akan dikemukakan kepada orang ramai sebanyak dua kali.



Justeru, SPR katanya khuatir akan kemungkinan tidak mampu menyelesaikan proses persempadanan semula itu dalam masa dua tahun.





Hina Nabi Muhammad -NGO Buat Laporan Polis


Posted: 08 Jun 2013 04:39 AM PDT


GEORGETOWN - Pertubuhan Gerakan Siber 1Malaysia (GS1M) hari ini membuat laporan polis terhadap dua individu yang membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan Polis Diraja Malaysia melalui laman media sosial.



Presidennya Mohamad Sharom Rahman membuat laporan itu bersama seorang anggota jawatankuasa di Balai Polis Bayan Baru di sini pada pukul 3 petang.





Mohamad Sharom berkata laporan polis itu bagi meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan terperinci terhadap tindakan biadab kedua-dua individu itu yang menggunakan nama 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' pada laman Facebook masing-masing.



Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata kenyataan kedua-dua individu terbabit adalah satu provokasi yang mampu menggugat keamanan negara.



Justeru, beliau menggesa SKMM menggunakan undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap pemilik laman media sosial yang bertindak mencetuskan provokasi khususnya dalam aspek agama.



- Bernama
















You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia

To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610






Bacaan penuh SUMBER ASAL