Yasiba Akusra

Mentera 7 keturunan. Kisah tujuh generasi yang bermula di Trusan, Sarawak dan sekarang bertapak di Keningau, Sabah.

Mentera 7 Keturunan

Menyorot kisah gemilang Raja Asoe yang hampir dilupakan kerana peredaran masa.

Yasiba Akusra

Menyajikan himpunan entri yang menarik dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan semua.

Yasiba Akusra

Pembuatan dan pemuliharaan seni tempaan alat alat dan senjata tradisi seperti keris, golok, lading, rencong, kerambit, parang dan pisau.

Perubatan dan Alam Nusantara

Sentiasa penuh mistik dan perkara yang di luar jangkaan. Terimakasih kerana sudi bersama-sama Yasiba Akusra : Mentera 7 Keturunan.

Hanya Mutu Mengenal Manikam

Pandai besi yang memulihara senjata antik dan menempa keris dengan rahsia tempaan dahulu kala dan digabungkan dengan teknologi moden, Insya-Allah. Hubungi Yasiba pada bila-bila masa.

Tuesday 31 March 2015

Musa Selamatkan Yayasan Sabah


AWAL kemerdekaan, Yayasan Sabah merupakan satu yayasan yang gergasi, namun bermula tahun 80-an, menjelang tahun 90-an, yayasan itu, bagaikan hidup segan mati tak mahu.



Sebuah yayasan yang hanya bergantung kepada hutan, suatu ketika hampir sahaja dimiliki pihak lain, kalaulah Musa tidak menjadi Pengarah yayasan itu.



Kini, Yayasan Sabah, bukan lagi sepenuh bergantung kepada hasil hutan, akan tetapi telah terlibat dalam berbagai sektor, termasuk perladangan.



Daripada yayasan yang hampir lumpuh pada tahun 1995, kini memiliki asset dan wang simpanan berbilion ringgit jumlah. OKB tidak pasti berapa bilion, kerana Pengerusinyapun tidak menyebut jumlah sebenar.





Bacaan penuh Dari Sumber

Monday 30 March 2015

Yayasan Sabah: Jambatan antara Kerajaan dan Rakyat: Musa


SEMALAM genaplah Datuk Musa Aman bersama-sama dengan Yayasan Sabah sebagai Pengerusi Lembaga Amanah yayasan itu.



Yayasan Sabah yang ditubuhkan oleh Tun Mustpaha pada awal kemerdekaan Sabah, adalah satu agensi berperanan sebagai rakan kerajaan dalam usaha mencorakkan sosio-ekonomi negeri dalam rangka meningkatkan kesejahteraan rakyat.



Di zaman awal kemerdekaan Sabah, yayasan itu pernah memperkenalkan Amanah Tun Mustapaha, di mana setiap rakyat Sabah berumur 21 tahun dibayar sejumlah wang. Sebenarnya, sebelum BR1M (bantuan rakyat 1 Malaysia) diberikan, Kerajaan Sabah adalah negeri pertama di Malaysia memberikan bantuan kewangan secara tunai kepada rakyat.



Bayaran kewangan kepada rakyat Sabah, hanya diberhentikan pada tahun 1986, selepas Kerajaan Usno dan Berjaya ditumbangkan.



Yayasan Sabah merupakan pelopor kepada pemberian biasiswa kepada pelajar Sabah baik yang melanjutkan pelajaran dalam negara mahupun luar negara.



Yayasan yang mempunyai konsesi hutan terbesar di dalam negeri itu, terus berperanaan memacu perekonomian negeri, termasuk penubuhan instutisi pengajian tinggi, menceburi sektor pelancongan, perladangan dan perikanan serta minyak dan gas, selain kepada "core" perniagaannya perhutanan.



Pada tahun 1994, Yayasan itu hampir sahaja menjalani masa-masa gelap, jika berjaya diambil alih oleh syarikat swasta. Hanya kerana pendirian teguh Datuk Musa, yayasan itu terlepas daripada tindakan pengambilalihan oleh pihak-pihak tertentu.



Kini, Yayasan Sabah diterajui Musa berjaya menubuhkan University College Sabah Foundation (UCSF) dan pembinaan Sabah International Convention Centre (SICC).





Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday 8 March 2015

Pengwujudan Peluang Pekerjaan Berkualiti Bagi Sabah


SEBUAH Kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, adalah sebuah kerajaan yang mampu mengwujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyatnya.



Kepimpinan Sabah yang diterajui Datuk Musa Aman, selain menggariskan Halatuju Sabah pada tahun 2003, juga merancang bagaimana mengwujudkan peluang pekerjaan berkualiti, khususnya kepada generasi muda, lepasan pengajian tinggi.



Industri minyak dan gas salah satu lapangan pekerjaan yang memerlukan kepakaran, dan sekaligus memberikan peluang pekerjaan berkualiti, bersamaan dengan gaji yang lumayan.



Kerjasama dengan Petronas, pada tahun 2011 dibinalah Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) di Kimanis Sabah. Pembinaan terminal tersebut berhubungkait dengan pusat gas di Bintulu, Sarawak-iaitu jaringan paip gas melalui Sabah Sarawak Gas Pipeline (SSGP).



SOGT adalah pusat gas yang mendarat di Sabah dan disalurkan ke Bintulu. Jaringan paip gas yang berjarak 500km itu, mampu menyalurkan 500 juta metrik tan gas sehari.



SOGT yang dibina dengan kos RM8bilion, selain pusat gas, disalurkan Bintulu, juga menyalurkan gas pada dua janakuasa pembangkit litrik berkapasiti 400megawatt.



Pembangunan SOGT juga berimpak kepada pembinaan Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP), di mana dibina pula Sabah Ammonia and Urea Plant (SAMUR). Melalui pembinaan SAMUR, memberikan Petronas kedudukan kedua di Asia Tenggara sebagai pengeluar baja urea.



Melalui projek-projek mega tersebut, beribu peluang pekerjaan diwujudkan. Dengan tersedianya peluang pekerjaan tersebut, selain memberi pekerjaan kepada rakyat Sabah, juga membendung penghijraan ke negeri-negeri lain, khususnya ke Semenanjung.



Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Musa, bukan sahaja meletakkan peluang-peluang pekerjaan kepada industri berkait minyak dan gas, akan tetapi lapangan pekerjaan lain, seperti pelancongan dan pengwujudan pusat-pusat bandar baru.



Melalui pembinaan beribu unit rumah rakyat (PPR), maka cara itu boleh mengwujud Central Business Centre (CBD) yang baru. Pengwujudan CBD, selain bertujuan pemerataan jaringan perekonomian, juga mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan-kawasan tumpuan.



Melihat luasnya Sabah, nampaknya pegwujudan industri-industri sangat diperlukan. Syogianyalah pihak Persekutuan, terus menyalurkan peruntukan besar kepada negeri ini, sekurang-kurangnya untuk menebus 40 tahun keterbelakangan Sabah, dalam semua segi.





Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday 1 March 2015

Kejohanan Badminton Tertutup KRT Kampung Airport Batu 10



Tarikh : 01.03.2015

Masa : 3.00 petang

Tempat : Arena Belia,Kunak

Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Badminton Tertutup KRT Kampung Airport Batu 10

Anjuran : Jabatan Perpaduan Daerah Kunak Bersama KRT Kampung Airport Batu 10,Kunak.


VIP :

1. YB. Dato' Hj. Mohammad Yusof bin Hj. Apdal, ADUN N.50 Lahad Datu merangkap Ketua Bahagian UMNO Silam.

2. Ir. Rajesh bin Datuk yusof, PPM N.50 Lahad Datu merangkap Setiausaha Bahagian UMNO Silam.

3. Puan Norsima Binti Simon Timbalan Pengerusi Penyelaras KRT Daerah Kunak

4.Encik Abd Rahmat Bin Abdullah Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Kunak

4. En. Kassim Bin Ajirul Ketua Penyelaras UMNO Dun N.51 Kunak

5. Ustaz Lahmuddin Bin Lawati Pengerusi KRT Kampung Airport Batu 10,Kunak

6.AJK UMNO Bahagian P.188 Silam

7.AJK Wanita UMNO P.188 Silam

8.AJK Pemuda UMNO P.188 Silam


Aturcara :

Nyanyian Lagu Negaraku,Sabah Tanah Airku

Bacaan Doa

Ucapan Aluan Ustaz Lahmuddin Bin Lawati Ketua KRT Kampung Airport Batu 10

Ucapan Aluan Encik Rahmat Bin Abdullah Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Kunak

Ucapan Perasmian Yang Berhormat Dato' Hj Mohd Yusof Bin Hj Apdal Ketua UMNO P.188 Silam

Penyampaian Cenderahati

Penyampaian Hadiah kepada peserta dan pemenang kejohanan Badminton

Jamuan







Bacaan penuh Dari Sumber