Yasiba Akusra

Mentera 7 keturunan. Kisah tujuh generasi yang bermula di Trusan, Sarawak dan sekarang bertapak di Keningau, Sabah.

Mentera 7 Keturunan

Menyorot kisah gemilang Raja Asoe yang hampir dilupakan kerana peredaran masa.

Yasiba Akusra

Menyajikan himpunan entri yang menarik dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan semua.

Yasiba Akusra

Pembuatan dan pemuliharaan seni tempaan alat alat dan senjata tradisi seperti keris, golok, lading, rencong, kerambit, parang dan pisau.

Perubatan dan Alam Nusantara

Sentiasa penuh mistik dan perkara yang di luar jangkaan. Terimakasih kerana sudi bersama-sama Yasiba Akusra : Mentera 7 Keturunan.

Hanya Mutu Mengenal Manikam

Pandai besi yang memulihara senjata antik dan menempa keris dengan rahsia tempaan dahulu kala dan digabungkan dengan teknologi moden, Insya-Allah. Hubungi Yasiba pada bila-bila masa.

Wednesday 19 November 2014

Najib Yakin Dengan Kepimpinan Musa


LAWATAN Perdana Menteri di Sabah bermula pada Jumaat minggu lalu dan berakhir pada Ahad, selain bertujuan merasmikan perhimpunan PBS, UPKO dan LDP, juga berkesempatan berjumpa dengan para pemimpin Umno Sabah yang diketuai Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman.



Semasa lawatan tersebut, Dato Seri Najib pada pagi Sabtu sempat bermain golf di Sutera Golf and Country Club bersama Ketua Menteri dan Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Tawiq Titingan.



Juga dalam lawatan tersebut, Perdana Menteri sempat melawat penterakan udang kara (lobseter) di Tuaran Sabah. Melalui lawatan itu; terpancar, bagaimana PM kagum kerana kemampuan Musa membangun ekonomi Sabah; apabila udang kara pada kehidupan alami hanya mampu menetas 3 peratus dari jumlah telur; akan tetapi melalui pemuliharaan di Tuaran mampu mengatasi alami, apabila purata 10% daripada telur dapat membiak dan akan menjadi santapan kita.



Meskipun terlihat sederhana, pujian kepada kemampuan Musa itu, menunjukkan bagaimana yakinnya beliau terhadap kepimpinan Sabah itu.



Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003; dan beliau satu-satunya ketua menteri yang melepasi jinx 9 tahun.





Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday 15 November 2014

Musa Selamatkan Tanah Orang Asal Sabah


DATUK MUSA AMAN bertanya, kemana sudah tanah yang diberikan kepada penduduk asal sebanyak 1.4 juta hektar yang diberi geran kepada individu rakyat negeri ini? sebelum beliau menajdi Ketua Menteri. Jawab beliau tanah-tanah itu sudah dijual kepada pihak lain.



Atas sebab itu selepas beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003, beliau memperkenalkan Geran Komunal bertujuan untuk melindungi tanah adat milik orang asal di Sabah.



Beliau berkata dasar itu juga diperkenalkan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk Bumiputera di samping memudahkan kerajaan menyalurkan kemudahan-kemudahan asas kepada golongan berkenaan.



Musa berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) di sini Sabtu yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama Pemangku Presiden Upko Datuk Madius Tangau.



Ketua Menteri berkata menerusi dasar Geran Komunal, orang asal Sabah yang belum memiliki tanah lebih mudah mendapat tanah namun mereka tidak boleh menjual tanah berkenaan.



Katanya dengan adanya dasar berkenaan juga, kerajaan akan membantu pemilik tanah-tanah berkenaan untuk membangunkan tanah berkenaan termasuk pembinaan kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya serta bekalan air, elektrik dan masjid bagi orang asal Islam dan gereja bagi orang asal Kristian.



Musa berkata kerajaan persekutuan telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM34 juta untuk pembangunan kemudahan asas tanah Geran Komunal di Tenom dan RM24.1 juta lagi untuk membangunkan tanah Geran Komunal di Nabawan.



Melalui pendekatan ini, katanya orang asal Sabah bukan sahaja memiliki tanah malah beroleh pendapatan dan pekerjaan melalui pembangunan tanah komunal berkenaan.



Mengenai tanah-tanah adat yang telah diduduki orang asal Sabah sejak turun temurun, Musa berkata kerajaan memutuskan untuk memberikan tanah berkenaan kepada orang asal dan mengeluarkannya daripada kawasan hutan simpan.





Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday 12 November 2014

Kerana PATI Kerajaan Terpaksa Berbelanja Besar

Suruhanjaya DiRaja berkaitan pendatang tanpa izin di Sabah ditubuhkan pada ogos 2012. Siasatan berkaitan isu PATI sebenarnya telahpun tamat, dan kini menunggu laporan itu dikemukan ke Dewan Rakyat untuk dibincang.



Selepas mengetahui maklum balas dan temuan melalui RCI itu, kerajaan akan mengwujudkan satu dasar untuk penyelesaian.



Masalah PATI, timbul apabila berlakunya pertambahan penduduk Sabah tidak sesuai dengan pertumbuhan kelahiran biasa manusia; selain itu; kerapnya berlaku jenayah yang berkaitan dengan mereka yang bukan warganegara. Juga melalui banci penduduk, terdapatnya lebih 800,000 bukan warganegara terdapat di Sabah.



Sebenarnya kerajaan berbelanja besar mengatasi pendatang tanpa izin, dengan terpaksa membina depo-depo tahanan sementara; selain itu terpaksa menanggung makan minum atas dasar kemanusian semasa PATI berada di depo-depo. Kerajaan juga terpaksa berbelanja dengan menghantar mereka yang ditahan ke negara masing-masing.



Masalah PATI, bukan sahaja berkait dengan masalah sosial, juga kerajaan terpaksa menambah anggota keselamatan untuk mencegah, mengawal dan memburu.



Sebenarnya, pemimpin negeri atau kerajaan tidak mendapat apa-apa manafaat dengan kehadiran PATI dalam negeri ini; walaupun ada penguasa terutama mereka yang bergiat dalam pembinaan dan perladangan serta perikanan mengambil kesempatan mengambil mereka kerana atas pertimbangan gaji murah.



Permintaan daripada pengusaha-penguasa seperti yang disebutkan di ataslah sebenarnya menjadi pendorong kebanjiran PATI dalam negari ini. Kini, bukan sahaja Sabah mengalaminya, malah Semenanjung Malaysia merasa sudah bahang kedatangan PATI ini. Kalau Sabah mempunyai PATI daripada Indonesia dan Filipina, manakala di Semenanjung daripada Mynmar, Bangladesh, Indonesia malah daripada negara-negara Indochina.



Kebanjiran PATI di Sabah sebenarnya bermula sejak tahun 70-an selepas bergolaknya Selatan Filipina. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terpaksa mengwujudkan penempatan pelarian di negeri ini melalui UNHCR; dan pada mulanya di bina di mana Kawasan Pasar Kinabalu sekarang atau sebelumnya dikenali sebagai Pasar Filipin. UNIHCR mengesa Malaysia menerima pelarian daripada Selatan Filipina; dan untuk mengenali mereka maka diwujudkan satu mekanisme yang disebut IMM13.



Selepas bertahun-tahun tinggal di negeri ini, maka pelarian itu mula berasimilasi dengan rakyat tempatan, sehingga boleh bercakap bahasa tempatan selain melayu. Melihat kepada keadaan ini, ada pihak-pihak tertentu mengambil peluang tentang kelompangan pendaftaran rakyat tempatan; kerana pada masa itu, terlalu ramai rakyat asal negeri ini terutama di luar bandar dan terpencil, tidak mempunyai surat kelahiran (Mala keadaan itu masih berlaku sehingga kini, di mana satu laporan baru-baru ini ramai anak-anak berketurunan murut di Kinabatangan tidak dapat meneruskan sekolah kerana tidak mempunyai MYKAD- temuan itu ditemui sendiri oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjun).



Bagi peniaga di mana ada peluang mendapatkan wang, maka benar-benar dimanafaatkan. Mereka menjadikan kelompangan ketiadaan surat beranak bagi penduduk rakyat luar bandar sebagai bisnes baru; mereka bergiat menjual surat beranak dan kemudian menjual kad pengenalan kepada PATI, sehingga, keadaan tidak terkawal lagi, dan menyebabkan sukar sudah mengenal, mana satu penduduk asal dan mana yang tidak.



Oleh kerana keadaan sukar dikawal, maka diwujudkan RCI untuk PATI, hanya melalui cara itu; boleh merungkai mana rakyat asal dan mana rakyat bukan. Mungkin kerajaan akan mengwujudkan satu mekaniseme, di mana semua kad pengenalan yang dikeluarkan dimansuhkan dan diganti dengan kad pengenalan baru; sudah tentunya melalui mekanisme yang ketat.



Kewujudan PATI, bukan sahaja menjadi ancaman kepada rakyat, malah kerajaan. Kejadian pencerobohan Kg Tanduo pada Mac 2013, menjadi cabaran kepada kerajaan. Malah kerajaan terpaksa berbelanja ratusan juta untuk mengawal sempadan yang berjarak 1,400km. Dalam bajet 2015 Malaysia, kerajaan memperuntukan RM660 juta semata-mata untuk mengawal sempadan negeri melalui Esscome/Esszone.



Sebenarnya, masalah PATI adalah ancaman kepada seluruh negeri dan rakyatnya; termasuk mereka yang menyokong parti pembangkang dan parti kerajaan.



Tiada kerajaan yang mahu mengwujudkan rakyat import untuk bersaing dengan rakyatnya sendiri. Inilah hakikat yang perlu diterima; namun ada rakyat sendiri yang menjadi katalis kepada kedatangan PATI- itu pengusaha ladang, pembinaan dan perikanan.



Walaupun RCI telah ditubuhkan, malah kerajaan mengenakan hukuman yang berat kepada PATI selain penjara juga sebatan, namun ada juga rakyat kita masih mempererjakan PATI-tujuan mereka ini adalah memaksimumkan keuntungan melalui pengajian yang murah.



Kita sebagai rakyat negeri ini, perlu berfikir secara matang; dengan tidak menyalahkan kerajaan dan mendakwa sebagai dalang kepada PATI.





Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday 11 November 2014

Apa Yang Diperlukan Daripada Seorang Ketua Menteri?


PERTAMA yang dilihat bagaimana seorang Ketua Menteri itu membangun negeri dan rakyatnya; Kedua bagaimana beliau mengwujudkan kesepakatan antara semua parti dan pemimpin untuk menjadi satu pasukan yang kuat dan Ketiga pendakatan beliau.



Sejak tahun 2003, pembangunan negeri berjalan seperti mana di rancang, dan rekod menunjukkan hampir 90 peratus peruntukan yang diluluskan dalam RM-10 berjaya dibelanjakan untuk membangun negeri dan rakyat. Juga terlihat saban tahun pengurusan kewangan negeri mendapat clean bill daripada Ketua Audit negara; selain itu pertambahan simpanan kewangan negeri senantiasa dipertahankan pada paras RM3bilion.



Apa yang mahu dilihat oleh seorang Ketua Menteri apabila pembangunan ekonomi dapat memberi impak kepada pembangunan rakyat. Pendekatan ini, dilihat berjaya apabila kadar kemiskinan berjaya diturunkan daripada hampir 20 peratus kepada 8 peratus.



Bajet 2015, masih memperlihatkan pembangunan masih merupakan tumpuan utama, apabila hampir 51 peratus peruntukan dalam bajet itu diperuntukan untuk pembangunan; pembangunan dalam berbagai bidang termasuk modal insan dan belia.



Semalam, Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu, selain bajet Sabah 2015 yang berjumlah RM3.81bilion, juga mendapat tambahan RM4bilion daripada kerajaan Persekutuan untuk pembinaan keperluan rakyat seperti perumahan dan infrastruktur.



Musa memperlihatkan kedinamikan beliau dalam pembangunan negeri; atas sebab itu rakyat memberi gelaran sebagai Bapa Pembangunan Sabah. Beliau mengerti, bahawa apabila pembangunan tersedia, maka sektor ekonomi akan menyusul, sebab kaedah ini lah yang dilalui oleh negara-negara maju.



Selain itu, memelihara hubungan dengan kerajaan Persekutuan merupakan vital dalam pendekatan beliau membangun negeri. Seperti mana kata beliau di DUN Sabah pada Isnin, keperluan Sabah daripada segi kewangan adalah berterusan; dan apa yang paling dibanggakan, apabila Sabah memerlukan tambahan kewangan untuk berdepan dengan keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, kerajaan Persekutuan tidak pernah menolak permintaan.



Adalah menjadi lumrah kehidupan, apabila seseorang itu mempunyai kelebihan, ada sahaja yang cemburu. Mereka yang cemburu itu; sebenarnya secara tersirat mengakui kelebihan Musa, namun enggan mengakuinya.



Rakyat Sabah, sebenarnya berbangga dan berpuashati dengan cara Musa mengurus negeri; walaupun ada pemimpin tertentu cuba mempertikainya; ironinya para pemimpin itu tidak mempunyai kaedah bagaimana mengatasi apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri itu; atas sebab itu, ramai yang mengatakan cubaan kumpulan tertentu itu, hanya bersifat tikus membaki labu.





Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday 6 November 2014

Kerjasama Berterusan Kunci Kekuatan BN – Musa Aman



KERJASAMA berterusan dan persefahaman dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) merupakan kunci kepada kekuatan BN, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.



Beliau yang juga Pengerusi BN Sabah berkata selagi parti komponen bekerjasama, sebarang isu dan cabaran boleh diatasi.



“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan di dalam BN kerana sokongan mereka. Ia memudahkan saya untuk melakukan tugas saya. Saya berharap kerjasama ini berterusan,” katanya pada majlis penyerahan surat lantikan kepada pemimpin bahagian kawasan Parlimen BN pada Khamis di Kediaman Rasmi Ketua Menteri- Sri Gaya, Kota Kinabali..



Musa berkata parti komponen BN mempunyai objektif sama untuk membangun Sabah dan menambah baik kebajikan rakyat.



“Sudah tentu terdapat kelemahan yang perlu diatasi. Oleh itu adalah penting wakil rakyat turun ke bawah untuk menangani masalah dan isu yang dihadapi rakyat.



“Ini amanah yang diberikan kepada anda selaku wakil rakyat dan ia perlu dilaksanakan dengan penuh tanggjungjawab dan berintegriti.” katanya.



Beliau berkata tugas membangunkan negeri ini memerlukan setiap orang bekerjasama selain bertukar pandangan dan idea dalam kalangan BN.





Bacaan penuh Dari Sumber