Yasiba Akusra

Mentera 7 keturunan. Kisah tujuh generasi yang bermula di Trusan, Sarawak dan sekarang bertapak di Keningau, Sabah.

Mentera 7 Keturunan

Menyorot kisah gemilang Raja Asoe yang hampir dilupakan kerana peredaran masa.

Yasiba Akusra

Menyajikan himpunan entri yang menarik dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan semua.

Yasiba Akusra

Pembuatan dan pemuliharaan seni tempaan alat alat dan senjata tradisi seperti keris, golok, lading, rencong, kerambit, parang dan pisau.

Perubatan dan Alam Nusantara

Sentiasa penuh mistik dan perkara yang di luar jangkaan. Terimakasih kerana sudi bersama-sama Yasiba Akusra : Mentera 7 Keturunan.

Hanya Mutu Mengenal Manikam

Pandai besi yang memulihara senjata antik dan menempa keris dengan rahsia tempaan dahulu kala dan digabungkan dengan teknologi moden, Insya-Allah. Hubungi Yasiba pada bila-bila masa.

Tuesday 31 December 2013

Adiwira Malaysia, Jepun

Selama ini, kita banyak menonton drama adiwira Jepun yang dialih bahasa atau diselit sari kata untuk difahami jalan cerita. Sekarang, peminat siri adiwira Jepun seperti Ultraman dan Masked Rider boleh menonton drama bersiri popular dari Okinawa dalam versi bahasa Melayu diberi judul, Ryujin Juwara.



Bacaan penuh Dari Sumber

Diberkas selepas 30 minit merompak

KOTA BHARU 31 Dis. - Polis menahan seorang daripada tiga penjenayah yang berhenti di sebuah gerai untuk makan, iaitu selang 30 minit selepas mereka merompak sebuah kedai serbaneka dan melepaskan tembakan...



Bacaan penuh Dari Sumber

Monday 30 December 2013

Dua wanita Myanmar dibunuh

BUTTERWORTH, 30 Dis. - Dua wanita warga Myanmar ditemui mati dipercayai dibunuh dalam sebuah kawasan semak berhampiran jalan raya di Kampung Setol, di sini hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau...



Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday 29 December 2013

Polis Melaka Siasat 29 Kes Ah Long Sejak Januari Lepas

MELAKA: Polis Melaka menyiasat 29 kes melibatkan ceti haram atau 'Ah Long' yang membawa kepada penangkapan 20 orang sejak Januari lepas hingga Jumaat, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka Supt Ee Khong Koy.



Bacaan penuh Dari Sumber

Warna Warni Politik Salleh Tun Said










DSP Dr Salleh Tun Said

Tahun 2013 hampir melabuhkan tirainya. Sebagai blog penganalisis politik tempatan, khususnya Negeri Sabah, pemimpinan kanan Sabah Datuk Dr Salleh Tun Said dijadikan sebagai penuntup tirai bagi blog suara rakyat bagi tahun 2013.



Politik Salleh bermula pada Parti Berjaya, kemudian Parti PBS dan seterusnya Umno. Salleh menyertai parti-parti yang disebutkan, dikala parti-parti itu merupakan kerajaan. Ertinya, politik Salleh senantiasa sealiran dengan kerajaan semasa.



Tahun 1981, Salleh menjadi calon pilihanraya atas tikit Parti Berjaya di Dun Usukan, namun beliau tewas kepada calon Usno Pandikar Amin Haji Mulia (kini Tan Sri dan Speaker Dewan Rakyat).



Salleh juga pernah menjadi Ahli dewan Undangan dilantik semasa pemerintahan Parti Bersatu Sabah, namun tidak pernah bertanding di sebarang pilihanraya atas tikit parti itu.



Tahun 1990, apabila Umno mengembangkan sayapnya di Sabah, Salleh menyertai parti melayu terbesar itu, seterusnya dilantik sebagai Ketua Bahagian Umno bagai kawasan anak sulung Umno Sabah, Kota Belud.



Tahun 1994, beliau bertanding dalam pilihanraya negeri atas tikit UBN bagi kerusi DUN Usukan, melawan anak Tun Mustapaha. Seperti yang dijangka, beliau menang mudah, bukan sahaja kerana parti yang disertainya, melainkan Usukan adalah wilayah Usno dan bumiputera islam.



Walaupun pada PRN Sabah itu, BN yang diterajui Umno kalah, namun tidak lama kemudian, Bn membentuk kerajaan negeri, yang membolehkan Salleh menyertai kabinet negeri, di mana lantikan pertama beliau adalah Menteri Kewangan Negeri, dan selepas itu dilantik sebagai Ketua Menteri, dalam sistem pengiliran Ketua Menteri Sabah.



Sejak tahun 1994, selepas tidak lagi menjadi Ketua Menteri, Salleh pernah dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan, dan selama sepenggal, bermula tahun 2004 sehingga tahun 2008, beliau berehat daripada jawatan kerajaan.



Pada PRU-12, iaitu tahun 2008, Salleh tidak menyertai pilihanraya dan pada PRU-13, beliau bertanding semula di kawasan tradisinya Usukan.



Selepas PRU-13 itu, beliau dilantik sekali lagi sebagai Speaker Dewan undangan Negeri, jawatan yang disandangnya sejak tahun 2009.



Dalam arena politik semasa, beliau adalah Ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.



Dalam pengelibatannya dalam Umno, Salleh beberapa penggal menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno Pusat, dan hanya pada pemilihan tahun 2008 dan 2013, beliau tidak menawarkan diri.



Salleh dalam perjuangan politiknya membawa pendekatan yang sederhana, mengjauhi tindakan yang provokatif. Fakta ini, terbukti pada PRU 2008, apabila beliau tidak terpilih sebagai calon pilihanraya, beliau bertindak menyokong calon-calon parti, malah berkempen seluas-luasnya bagi memastikan calon parti menang dengan cemerlang.



Pendirian beliau jelas, suatu ketika disokong dan suatu masa lagi menyokong. Atas cara kepimpinan beliau itu, maka keadaan politiking semakin redah; buktinya pada pemilihan Umno Bahagian Kota Belud November lalu, beliau menjemput Datuk Musbah Jamli sebagai regunya dalam pemilihan. Musbah adalah mantan Ketua Bahagian Umno Kota Belud yang dikalahkannya pada pemilihan tahun 2008.



Di Peringkat Negeri pula, beliau telah mengistiharkan bahawa sebagai pemimpin nombor dua dalam parti di Peringkat Negeri, beliau akan senantiasa bertindak sebagai nombor dua; atas sebab itu, berbagai usaha pihak-pihak tertentu memperlagakan beliau dengan Pengerusi Perhubungan Negeri yang juga Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Musa Haji Aman, tidak pernah berjaya.



Salleh adalah seorang ahli politik yang tidak suka menunjuk-nunjuk, dan tidak gemar kepada protokol. Sesiapa sahaja boleh berhubungan dengan beliau, rumahnya terbuka demikian juga pejabatnya. Beliau tiada limit dihubungi, baik melalui telephon mahupun media sosial seperti facebook mahupun twitter.



Majlis Pernikahan anak sulung beliau yang bermula pada 19 Disember dan berakhir semalam, merupakan majlis yang gilang gemilang; apakan tidaknya majlis itu turut dihadiri pembesar negara termasuk Perdana Menteri dan isteri. Namun, beliau tidak mengwar-warkannya, tersiarpun di media sosial, atas sebab tetamu yang hadir di majlis tersebut.



Tahun depan, penulis akan memilih pemimpin lain untuk menutup tirai analsis politik, seperti mana penulis lakukan saban tahun. Semoga penulis panjang umur dan sihat, maka penghujung tahun 2014, penulis boleh menenulis pemimpin lain pula. Selamat tahun baru 2014 daripada Blogger Suara Rakyat dan Apa Yang Tersirat (url:www.musramrakunman.blogspot.com).





Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday 28 December 2013

Polis Melaka Siasat 29 Kes Ah Long Sejak Januari Lepas

MELAKA: Polis Melaka menyiasat 29 kes melibatkan ceti haram atau 'Ah Long' yang membawa kepada penangkapan 20 orang sejak Januari lepas hingga Jumaat, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka Supt Ee Khong Koy.



Bacaan penuh Dari Sumber

Himpunan Guling Kerajaan Tidak Akan Selesai Masalah Rakyat - Ali Rustam

MELAKA: Himpunan Guling Kerajaan yang dirancang pada malam Sambutan Tahun baharu Selasa depan tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat pada masa ini, kata Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Seri Mohd Ali Rustam.



Bacaan penuh Dari Sumber

Tokan tak klise

Menutup carta panggung tempatan bagi tirai 2013, filem aksi Tokan dilihat sebagai sebuah naskhah filem yang harus diberi perhatian masyarakat, khususnya mereka yang rajin ke pawagam.



Bacaan penuh Dari Sumber

Mayat bapa mangsa lemas ditemui

KOTA KINABALU 28 Dis. — Selepas hampir 12 jam hilang di laut, mayat Mojinis Langkum, 40, yang lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya semasa mandi bersama-sama anggota keluarga semalam, ditemui kira-kira...



Bacaan penuh Dari Sumber

Himpunan Guling Kerajaan Tidak Akan Selesai Masalah Rakyat - Ali Rustam

MELAKA: Himpunan Guling Kerajaan yang dirancang pada malam Sambutan Tahun baharu Selasa depan tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat pada masa ini, kata Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Seri Mohd Ali Rustam.



Bacaan penuh Dari Sumber

Friday 27 December 2013

Polis Melaka Siasat 29 Kes Ah Long Sejak Januari Lepas

MELAKA: Polis Melaka menyiasat 29 kes melibatkan ceti haram atau 'Ah Long' yang membawa kepada penangkapan 20 orang sejak Januari lepas hingga Jumaat, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka Supt Ee Khong Koy.



Bacaan penuh Dari Sumber

Mayat Bapa Mangsa Lemas Di Tuaran Ditemui

KOTA KINABALU: Selepas hampir 12 jam hilang di laut, mayat Mojinis Langkum, 40, yang lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya semasa mandi bersama-sama anggota keluarga semalam, ditemui kira-kira 500 meter dari tempat kejadian tengah malam Jumaat.



Bacaan penuh Dari Sumber

Tuntut Tony Pua mohon maaf

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua terus didesak memohon maaf ekoran sikap biadab beliau menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai anjing pada September lalu. Timbalan...



Bacaan penuh Dari Sumber

Tuntut Tony Pua mohon maaf

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua terus didesak memohon maaf ekoran sikap biadab beliau menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai anjing pada September lalu. Timbalan...



Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday 25 December 2013

DAP Johor minta Cheng Hau kota janji

Dua pemimpin DAP Johor meminta Pengerusi parti negeri Dr Boo Cheng Hau mengotakan janjinya untuk tidak bertanding pada pemilihan kepimpinan negeri yang dijadualkan berlangsung bulan depan.



Bacaan penuh Dari Sumber

Burung hering 'singgah rumah' ditangkap

MUAR 25 Dis. - Seorang guru sekolah rendah menerima 'tetamu' tidak diundang iaitu seekor burung hering sebesar anjing dewasa yang 'singgah' di pekarangan rumahnya di Taman Seri Aman Sari, Parit Keroma di...



Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday 24 December 2013

Cubaan Dua Penjenayah Rompak Rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri Gagal

Oleh NIGEL EDGAR color KUCHING: Cubaan dua penjenayah memecah masuk kediaman Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di Jalan Tengah, di sini, gagal selepas penggera keselamatan yang dipasang berbunyi, awal pagi Selasa.



Bacaan penuh Dari Sumber

Monday 23 December 2013

Pemimpin DAP Johor Mahu Dr Boo Tunai Janji Tidak Bertanding Pengerusi Negeri

JOHOR BAHARU: Dua pemimpin DAP Johor meminta Pengerusi parti negeri Dr Boo Cheng Hau mengotakan janjinya untuk tidak bertanding pada pemilihan kepimpinan negeri yang dijadualkan berlangsung bulan depan.



Bacaan penuh Dari Sumber

Pemimpin DAP Johor Mahu Dr Boo Tunai Janji Tidak BertandingPengerusi Negeri

JOHOR BAHARU: Dua pemimpin DAP Johor meminta Pengerusi parti negeri Dr Boo Cheng Hau mengotakan janjinya untuk tidak bertanding pada pemilihan kepimpinan negeri yang dijadualkan berlangsung bulan depan.



Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday 22 December 2013

Polis sahkan mikrocip yang hilang bernilai RM5 juta

PULAU PINANG 22 Dis. - Polis mengesahkan 22 kotak mikrocip yang hilang selepas lori yang memuatkan bahan untuk kegunaan unit pemprosesan komputer (CPU) itu dilarikan penjenayah di Zon Perindustrian Bebas...



Bacaan penuh Dari Sumber

Pusat Pemindahan Sampah Taman Beringin Dibuka Semula Sabtu - Abdul Rahman

KUALA LUMPUR: Pusat pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin, Jinjang yang ditutup sementara kerana kerosakan mesin pemampat, dijangka beroperasi semula Sabtu depan.



Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday 19 December 2013

Hukuman Sebar Gambar Mangsa Jenayah Cukup Untuk Mendidik - Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang mewujudkan akta baharu bagi menghukum orang awam yang menyebarkan gambar mangsa jenayah di Internet, Dewan Negara diberitahu pada Khamis.



Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday 18 December 2013

Penjenayah Amat Dikehendaki Ditembak Polis

KUALA LUMPUR: Seorang penjenayah yang amat dikehendaki berkaitan beberapa kes samun bersenjata, mati ditembak polis selepas dia bertindak menyerang anggota polis yang cuba menahannya di Jalan Reko, Kajang, dekat sini, Rabu.



Bacaan penuh Dari Sumber

Individu Bersama Pelaku Rogol Turut Dianggap Penjenayah

KUALA LUMPUR: Individu yang didapati berada bersama atau merangsang anggota kumpulannya melakukan jenayah rogol tetap dianggap penjenayah, walaupun tidak melakukan jenayah seksual.



Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday 17 December 2013

Skuad Pencak Silat Makin Matang

NAYPYITAW: Skuad pencak silat negara bukan hanya mengulangi kejayaan Sukan SEA Indonesia edisi 2011 sebaliknya berjaya mencapai sasaran dua pingat emas, sekali gus membuktikan bahawa mereka masih kekal sebagai antara kuasa besar sukan tersebut di rantau ini.



Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday 15 December 2013

Menteri Muda Sarawak Dirompak, Kereta Dilarikan

KUCHING: Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan negeri Liwan Lagang dirompak dan kenderaannya dilarikan dua penjenayah dalam satu kejadian awal pagi Isnin.



Bacaan penuh Dari Sumber

Dua mesin ATM dipecah, RM270,000 lesap

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Sebanyak RM270,000 wang tunai dalam dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dilarikan penjenayah di sebuah pasar raya besar di Batu 9 (Kilometer 14.4) Jalan Cheras di sini, awal...



Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday 14 December 2013

Sukan SEA: Skuad Silat Negara Raih Emas Pertama

NYAPYITAW: Kem silat negara berjaya menuai pingat emas pertama di Temasya Sukan SEA ke-27 menerusi gandingan Nur Syazreen A Malik dan Nor Hamizah Abu Hassan yang beraksi dalam acara ganda putri di Stadium Tertutup Zeyar Thiri, dekat sini Jumaat.



Bacaan penuh Dari Sumber

Friday 13 December 2013

Sukan SEA: Skuad Silat Negara Raih Emas Pertama

NYAPYITAW: Kem silat negara berjaya menuai pingat emas pertama di Temasya Sukan SEA ke-27 menerusi gandingan Nur Syazreen A Malik dan Nor Hamizah Abu Hassan yang beraksi dalam acara ganda putri di Stadium Tertutup Zeyar Thiri, dekat sini Jumaat.



Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday 12 December 2013

Model Hilang Selepas Ternampak 'Hantu' Ditemui Selamat

Oleh JASTIN AHMAD TARMIZI color PETALING JAYA: Kecoh di laman sosial Facebook mengenai berita seorang model berusia 23 tahun didakwa menghilangkan diri selepas dia ternampak 'hantu' di kondominiumnya.



Bacaan penuh Dari Sumber

Dua Pesilat Negara Layak Ke Final

NAYPYITAW: Skuad silat negara mampu menarik nafas lega seketika apabila dua pesilatnya berjaya melangkah ke pusingan akhir di temasya Sukan SEA ke-27 setelah menumbangkan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir di Stadium Tertutup Zayer Thiri dekat sini, Khamis.



Bacaan penuh Dari Sumber

Trend Kenaikan Harga Barang; Impaknya kepada BN

Kini, di mana-mana, kata-kata pemimpin Bn sebelum ini bahawa Bn " Senantiasa mendengar denyut nadi rakyat" dijadikan bahan lelucon (bahan ejekan), kerana kata-kata itu, tidak diingat lagi. Manakan tidaknya, selepas rakyat digemparkan dengan kenaikan harga minyak mendadak tahun 2006, yang berakibat kenaikan harga barangan yang tidak terkawal; memaksa kerajaan memansuhkan kenaikan itu dan kembali kepada harga lama. Namun, kenaikan harga minyak itu, menghukum barisan nasional pada tahun 2008.



Para pemimpin Bn terutama Umno tersentak dengan keputusan PRU itu, dan meletakan kekalahan kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri- Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Pak Lah terpaksa meletakkan jawatan pada 3 April 2009, ekoran keputusan PRU-12, atas sebab Bn kehilangan kuasa 2/3 dengan hanya mendapat 140 kerusi daripada 220. Sementara Umno pula hanya mendapat 79 kerusi.



Apa yang memeranjatkan Bn pada PRU-12, adalah jatuhnya Selangor, Perak dan Kedah untuk pertama kali dalam sejarah Bn, diikuti Pulau Pinang untuk kali kedua, dan jangan bercakap soal Kelantan, tidak mampu tergoyahpun. Kelantan jatuh ke tangan Pas pada PRU-1990.



Bermula tahun 2009, selepas Najib dilantik sebagai Presiden Umno sekaligus Perdana Menteri, berbagai pendekatan dilakukan, termasuklah slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan.



Selain itu, berbagai program kerajaan diperkenalkan termasuk pengwujudan MAMPU yang memperkenalkan berbagai KPI dan NKRA semua agensi atau kementerian kerajaan. Namun, dengan berbagai kaedah atau program atau perancangan yang diadakan, kononnya hasil buah fikiran orang-orang tertentu yang terpilih, akhirnya KEPUTUSAN MENGURANGKAN SUBSIDI, KENAIKAN TARIF LITRIK juga menjadi TINDAKAN KERAJAAN.



Umum mengetahui, apabila faktor subsidi disentuh terutama yang berkaitan dengan minyak, kenaikan tarif litrik dilakukan, maka tiada yang boleh mengawal, respon berikutnya adalah kenaikan harga barangan.



Bagi rakyat yang berkemampuan, kenaikan harga barangan terutama barangan keperluan harian, meskipun berimpak, tetapi tidak terasa sangat; namun bagi rakyat yang berpendapatan rendah, apatah lagi yang tidak berpendapatan tetap, impak kenaikan harga barangan sungguh terasa sekali.



Akan tetapi, tanggapan orang-orang muda yang belum berkeluarga, meskipun terdapat kenaikan harga barangan, keadaan tersebut tidak mempunyai impak kepada lifestyle mereka, kerana barangan keperluan harian, bukanlah keutamaa pokok mereka. Namun, jika dilihat daripada pendirian politik mereka, kenaikan harga barangan mengakibatkan mereka cenderung memilih parti yang memberi alternatif yang tidak memilih mengurangkan subsidi sebagai pendekatan fiskal.



Kenaikan harga barangan terutama barangan keperluan harian, sangat menghantui penduduk pedesaan, di mana kenaikan harga produk mereka, tidak setanding dengan kenaikan harga barangan yang perlu dibeli, seperti minyak makan, gula, bawang, tepung, pakaian, seragam sekolah, kasut sekolah malah harga bahan-bahan tulisan, mahupun buku tulis.



Dua pilihanraya lalu, yang benar-benar kritikal kepada Barisan Nasional, Bn mendapat undi daripada pengundi luar bandar. Bn tidak lagi boleh bercakap soal penduduk bandar, kerana rata-rata penduduk bandar sudah menolak Barisan nasional, keculai Parlimen Johor Baharu, Kangar dan Putrajaya.



Penduduk Bandar dan Spra Bandar sudah tidak dikuasai Barisan Nasional, atas sebab itu Pembangkang mampu menambah kerusi daripada 82 kepada 89 pada PRU-13. jika Pembangkang mampu menembusi pengundi luar bandar, kerana pengundi merasa tertipu dengan janji Bn yang tidak ditetapi sepertimana slogan awal "Mendenger degup jantung dan nadi rakyat", maka pada PRU-14 akan datang, bukan sahaja Bn akan gagal merampas sebahagian daripada 89 kerusi Pakatan Rakyat (pembangkang), malah kerusi-kerusi marjinal yang dimenangi Bn di kawasan luar bandar pada PRU-13, akan kalah.



Pakatan Rakyat hanya memerlukan tambahan 23 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.



Pembangkang terlalu gencar (aktif) memepergunakan kenaikan harga barangan untuk menarik sokongan rakyat luar bandar, selain menyemerakan sifat "cemburu' rakyat terhadap perilaku para pemimpin tertentu, yang memanfaatkan kedudukan politik untuk memperkukuh kedudukan.



Kempen pembangkang, Bn hanya membela golongan terpilih, Umno mengamalkan rasuah, merupakan dua faktor yang senantiasa diulang-ulang oleh pihak pembangkang. Dua faktor ini, sungguh mempunyai impak, kerana kepetahan pembangkang meretorikannya.



Selain, untuk menaikan rasa cemburu penduduk luar bandar, yang rata-rata melayu dan bumiputera, mereka menguar-uarkan bantuan kerajaan kepada penduduk cina yang berjuta-juta jumlahnya, sedangkan bantuan kepada penduduk rakyat luar bandar, bagaikan melukut ditepi gantang.



Nampaknya cabaran besar menunggu Bn pada PRU-14 akan datang. Kalau ianya tidak ditangai seawal mungkin, mungkin, Bn akan mengambil alih peranan pembangkang pula.



Perlu disadari, bahawa sebahagian pemimpin Bn sekarang sudah mula arrogant, terutama mereka yang baru mendapat habuan pangkat dan jawatan. Supaya keadaan jangan bertambah kalut, maka pemimpin lama yang berjawatan perlu memberi nasihat kepada pemimpin baru ini, supaya mengamalkan rasmi padi semakin berisi semakin tunduk, bukannya mengikut rasmi jangung, semakin masak semakin meneggak.



Jangan pelik, bahawa pada PRU-14 akan datang, mungkin berlaku tsunami melayu atau bumiputera, kerana pengundi ini merasa dikhianati. Sebagai contoh pada PRU-13 lalu, tiada yang sangka Parlimen Batu Pahat, Parlimen Bukit Katil, Parlimen Temerloh, Parlimen Penampang akan jatuh ke tangan pembangkang, demikian juga DUN luar bandar seperti Kedamain, Matunggong, Tamparuli, Bingkor, Inanam di Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang. Demikian juga kawasan-kawasan di Johor, dan hampir rebahnya Kerajaan Terengganu.



Jelas, selama 4 tahun mendatang, rakyat akan merasakan impak kenaikan harga barangan, impak prespsi akan menentukan pendirian mereka pada PRU-14.



Pada PRU-14 itu, kuasa wang tidak akan mampu mengubah pendirian pengundi; seperti mana berlaku di beberapa kawasan pada PRU-13 lalu. Fikir-fikirkan lah.





Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday 11 December 2013

57 Diburu Jenayah Kekerasan, Gengsterisme - KPN

KUALA LUMPUR: Polis kini memburu 57 individu untuk diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 selepas dipercayai terbabit dengan jenayah kekerasan, termasuk gengsterisme.



Bacaan penuh Dari Sumber

'Mak Engku' direman

KUALA SELANGOR 11 Dis. - Seorang nenek berusia 60 tahun yang mempunyai 16 rekod jenayah dan dikenali sebagai 'Mak Engku' direman selama 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan...



Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday 10 December 2013

Ahmad Shahril Yakin Mampu Mara Ke Final Acara Kelas D Lelaki

NAYPYITAW: Jaguh silat negara, Ahmad Shahril Zailudin yakin mampu mempertahankan pingat emas menerusi acaranya kelas D lelaki di temasya Sukan SEA ke-27 selepas melangkah ke peringkat separuh akhir, Khamis ini.



Bacaan penuh Dari Sumber

Umno Kota Belud: Transformasi Belum Menyeluruh

Teringat peringatan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir september lalu "pemimpin perlu tahu had untuk memegang jawatan sebelum lebih ramai orang bodoh berada dalam parti" Kata-kata itu mempunyai erti yang mendalam. Kenyataan itu, ada hubung kait dengan transformasi yang diperkenalkan Dato Seri Najib. Transformasi yang dimaksudkan adalah, agar parti bukan sahaja diterajui oleh mereka yang mempunyai kepimpinan, mempunyai karisma, juga mereka yang mempunyai pendidikan.



Kota Belud, didiami oleh tiga suku terbesar- Bajau, Dusun dan Iranun. Di antara suku itu, Bajaulah yang teramai. Atas sebab itu, sebarang pemilihan atau pilihanraya, biasanya daripada suku kaum itu yang memperolehi kemenangan.



Atas sebab itu, sejak tahun 2008, bagi kawasan Tempasuk, Usukan dan Parlimen Kota Belud, hanya kaum bajau yang dipilih bagi mewakili parti, atas sebab- kerana mereka membawa suku yang teramai, maka mudah untuk mencapai kemenangan.



Bagi parti, apa yang mustahak adalah kemenangan, atas sebab itu, parti tidak bersedia melakukan perubahan status quo, kerana ianya membawa risiko besar, walaupun sebelum ini berlaku pengecualian, apabila Dun Tempasuk pernah diwakli oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Haji Pandikar Amin Haji Mulia pada tahun 1994 dan tahun 2004.



Pada pemilihan Umno baru-baru ini, nampaknya suku kaum bajau belum bersedia untuk transformasi, demikian juga ahli umno daripada KDM, belum bersedia menyambut transformasi dalam parti. Fakta belum bersedianya dua suku kaum itu, apabila calon-calon daripada suku bajau yang boleh dianggap boleh membawa transformasi seperti Datuk Abdullah Sibil, Dato Seri Jenar Lamdah, Datuk Tiga Belas Zainal Abidin, bukan sahaja tewas, malah mereka berada diurutan bawah di antara calon-calon yang bertanding.



Muka lama seperti Pardan Maji, Tongking Kantiong masih merupakan pilihan kaum terbesar itu menganggoti Bahagian Umno Kota Belud. Malah calon daripada suku kaum bajau yang hanya berkedudukan kerani biasa mendapat jumlah undi tertinggi pemilihan itu. Bukan itu sahaja, Ketua Pemuda juga, bukan daripada kalangan individu yang boleh sandaran parti yang boleh diketengahkan di peringkat kebangsaan apatah lagi, mewakili parti untuk mengubal polisi-polisi parti. Tidak ketinggalan juga Ketua Wanita, yang hanya tahu mengurus dapur sendiri.



Antara penyebab kepada keadaan ini berlaku, adalah program transformasi parti belum merebak di peringkat akar umbi. Bahagian perlu menerima transformasi, apatah lagi Umno Kota Belud adalah anak sulung Umno Sabah, atas sebab itu, perubahan awal perlu berlaku di bahagian itu. Parti perlu pemimpin yang dikategorikan dalam pengertian transformasi, atas sebab dalam zaman era globalisi ini memerlukan kepimpinan yang mampu menepis segala tomahan kepada parti melalui fakta dan ilmiah; bukanya pemimpin yang hanya mampu bercakap di kedai-kedai kopi dan majlis-majlis kenduri.



Syukurlah, antara suku kaum yang mendiami Kota Belud dan menjadi ahli parti, kaum Iranun meyambut transformasi parti dengan menghantar individu-individu yang berkelayakan dalam segi akademik, selain mempunyai kepimpinan di akar umbi.



Nampaknya, para perwakilan, lebih mempunyai keyakinan kepada individu-individu daripada suku iranun yang berkelayakan akademik menjadi sebahagian daripada AJK Bahagian, berbanding individu-individu kaum bajau yang mempunyai kelayakan setara.



Berasaskan kepada fakta keputusan pemilihan Umno Kota Belud, atas sebab itu OKB menyatakan bahawa transformasi dalam parti itu belum menyeluruh.



Adalah diharapkan, pada pemilihan akan datang, transformasi parti benar-benar subur pada anak sulung Umno Sabah itu.



Bermula daripada sekarang, Ketua Bahagian- Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah; mempunyai tugas besar agar untuk menterjemahkan transformasi parti ilham Presiden Parti agar benar-benar berlaku bagi Bahagian Umno Kota Belud.





Bacaan penuh Dari Sumber

Monday 9 December 2013

Sabah Simpanan Tetap: Apa Kah Pra Syarat Untuk Penghargaan?

Kalaulah bukan kerana tsunami politik tahun 2008, Sabah tidak akan dapat jolokan Simpanan Tetap Barisan Nasional. Kerana status itu, maka saluran kewangan ke Sabah mulai mengalir, malah melalui persidangan Umno tahun 2013 yang baru berlabuh, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno memberi penghargaan khusus kepada Sabah.



Selain itu, selepas PRU-13 lalu, kerana Sabah masih merupakan simpanan tetap Bn, dengan menyumbang 22 kerusi parlimen, maka Perdana Menteri telah melantik 6 menteri penuh dan 4 timbalan menteri. Selain jawatan menteri; Speaker dan Timbalan Speaker dewan rakyat juga daripada Sabah.



Tahun 2008, untuk pertama kali era Malaysia Moden, kerajaan pusat kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat dan keadaan itu berterusan pada pru-13. Tahun 2008, Bn mendapat 140 kerusi parlimen daripada 220, manakalah tahun 2013, perolehan kerusi menurun kepada 133. Pada tahun 2008, Sabah menyumbang 24 kerusi parlimen, namun pada pru-13, dua parlimen kalah, iaitu Parlimen Sandakan dan Penampang, sementara Kota Kinabalu tetap dalam genggaman Pembangkang (DAP).



Sebelum tahun 2008, walaupun Sabah tetap menyumbang kerusi yang diperlukan oleh kerajaan Bn dalam membentuk kerajaan Pusat, namun sumbangan kerusinya dianggap tidak signifikan, kerana jumlah kerusi Bn di Semenanjung boleh membentuk kerajaan minoriti, walaupun tiada sumbangan kerusi Sabah atau Sarawak.



Sungguh malang, jika jolokan Simpanan Tetap dijadikan tolok ukur untuk memberi penghargaan kepada Sabah, dan melaluinya, maka saluaran kewangan diberikan, selain memberi penghormatan kepada wakil daripada negeri itu untuk dilantik ke jawatan menteri atau jawatan-jawatan penting dalam persekutuan.



Dalam politik semuanya boleh berlaku. Inilah yang berlaku di Semenanjung. Kita tahu, bahawa sejak merdeka, Bn di Semenanjung senantiasa menang dalam pilihanraya. Adalah amat malang, jika suatu hari, apabila Sabah tidak menjadi simpanan tetap lagi, manakala di Semenanjung, Bn pulih daripada tsunami politik; apakah penghargaan Sabah diteruskan?



Seharusnya, pra syarat simpanan tetap, tiada dalam kamus kerajaan untuk membantu rakyat Sabah membangun, untuk mengejar ketimpangan pembangunan antara Semenanjung dan Sabah.



Membantu rakyat Sabah membangun, perlu diteruskan, sampai kepada tahap, bahawa taraf pembangunan antara Sabah dan Semenanjung sudah seimbang, sesuai dengan matalamat pemimpin Sabah terdahulu semasa menyertai Pembentukan negara.





Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday 7 December 2013

Sabah Simpanan Tetap: Apa Kah Pra Syarat Untuk Penghargaan?

Kalaulah bukan kerana tsunami politik tahun 2008, Sabah tidak akan dapat jolokan Simpanan Tetap Barisan Nasional. Kerana status itu, maka saluran kewangan ke Sabah mulai mengalir, malah melalui persidangan Umno tahun 2013 yang baru berlabuh, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno memberi penghargaan khusus kepada Sabah.



Selain itu, selepas PRU-13 lalu, kerana Sabah masih merupakan simpanan tetap Bn, dengan menyumbang 22 kerusi parlimen, maka Perdana Menteri telah melantik 6 menteri penuh dan 4 timbalan menteri. Selain jawatan menteri; Speaker dan Timbalan Speaker dewan rakyat juga daripada Sabah.



Tahun 2008, untuk pertama kali era Malaysia Moden, kerajaan pusat kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat dan keadaan itu berterusan pada pru-13. Tahun 2008, Bn mendapat 140 kerusi parlimen daripada 220, manakalah tahun 2013, perolehan kerusi menurun kepada 133. Pada tahun 2008, Sabah menyumbang 24 kerusi parlimen, namun pada pru-13, dua parlimen kalah, iaitu Parlimen Sandakan dan Penampang, sementara Kota Kinabalu tetap dalam genggaman Pembangkang (DAP).



Sebelum tahun 2008, walaupun Sabah tetap menyumbang kerusi yang diperlukan oleh kerajaan Bn dalam membentuk kerajaan Pusat, namun sumbangan kerusinya dianggap tidak signifikan, kerana jumlah kerusi Bn di Semenanjung boleh membentuk kerajaan minoriti, walaupun tiada sumbangan kerusi Sabah atau Sarawak.



Sungguh malang, jika jolokan Simpanan Tetap dijadikan tolok ukur untuk memberi penghargaan kepada Sabah, dan melaluinya, maka saluaran kewangan diberikan, selain memberi penghormatan kepada wakil daripada negeri itu untuk dilantik ke jawatan menteri atau jawatan-jawatan penting dalam persekutuan.



Dalam politik semuanya boleh berlaku. Inilah yang berlaku di Semenanjung. Kita tahu, bahawa sejak merdeka, Bn di Semenanjung senantiasa menang dalam pilihanraya. Adalah amat malang, jika suatu hari, apabila Sabah tidak menjadi simpanan tetap lagi, manakala di Semenanjung, Bn pulih daripada tsunami politik; apakah penghargaan Sabah diteruskan?



Seharusnya, pra syarat simpanan tetap, tiada dalam kamus kerajaan untuk membantu rakyat Sabah membangun, untuk mengejar ketimpangan pembangunan antara Semenanjung dan Sabah.



Membantu rakyat Sabah membangun, perlu diteruskan, sampai kepada tahap, bahawa taraf pembangunan antara Sabah dan Semenanjung sudah seimbang, sesuai dengan matalamat pemimpin Sabah terdahulu semasa menyertai Pembentukan negara.





Bacaan penuh Dari Sumber

PAU 2013: Najib Hargai Sumbangan Sabah dan Sarawak


Untuk pertama kali dalam Persidangan Agung Umno (PAU) seorang Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, memberi pengiktirafan khusus kepada Sabah dan Sarawak.



Seorang Presiden parti yang merupakan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional memerlukan masa 56 tahun untuk menyatakan pengiktirafan itu.



Pengiktirafan kepada partner Malaya itu dalam membentuk negara Malaysia; datang hanya disebabkan kerana tsunami politik pada tahun 2008. Kalau bukan disebabkan sokongan padu rakyat Sabah dan Sarawak pada dua PRU, mungkin kerajaan Bn sudah tumbang.



Pada PRU-13 lalu Bn secara keseluruhan mendapat 133 kerusi parlimen, di mana 47 daripadanya sumbangan daripada Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak mempunyai 56 kerusi Parlimen atau 57 jika ditambah dengan WP Labuan. Secara peratusan, Bn Sabah dan Sarawak menang 84 peratus jumlah kerusi yang ditandangi, manakala Bn Semanjung menang 52 peratus daripada jumlah kerusi yang ditandingi.



Jika berasaskan undi popular, Bn di Semenanjung telah kalah kepada Pakatan Rakyat, hal ini juga menyumbang kepada undi popular secara keseluruhan, kerana jumlah pengundi Sabah dan Sarawak tidak dapat mengimbangi jumlah undi di Semenanjung.



Negeri kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang yang mula jatuh ditangan Pembangkang pada tahun 2008, terus menolak Bn, malah kerajaan Pakatan membentuk kerajaan dengan kuasa 2/3 selepas PRU-13.



Melihat kepada trend pengundian sejak tahun 2008 dan sehingga tahun 2013, nampaknya Bn tidak boleh mengharap sangat dengan sokongan pengundi untuk mempertahankan Bn di Semenanjung, atas sebab itu sokongan pengundi Sabah dan Sarawak merupakan vital dalam mempertahankan Bn untuk terus menerajui Putrajaya.



Perdana Menteri melihat kepada trend itu, atas sebab itu, selepas PRU-13, Datuk Seri Najib telah melantik enam menteri penuh dan 4 timbalan menteri dalam kabinetnya daripada Sabah, manakala Sarawak dihadihkan dengan tujuh menteri penuh dan empat timbalan menteri. Selain itu, Speaker Dewan Rakyat juga disandang oleh rakyat Sabah bermula tahun 2008, julung-julung kali dilakukan sejak merdeka.



Berkat kepada tsunami politik tahun 2008, maka Sabah dan Sarawak benar-benar dilihat sebagai partner membentuk negara, di mana sebelum ini, kalaupun dilantik sebagai menteri persekutuan, namun diberi peranaan yang tidak kanan.



Mengambil iktibar kepada penghargaan kepada Sabah dan Sarawak, maka harapan bagi rakyat di dua buah negeri itu, agar ianya diterjemahkan dalam bentuk pembangunan dari segi semua bidang, ekonomi, sosial mahupun pendidikan. Selain itu, pengagihan projek-projek pembangunan, hendaklah rakyat di dua negeri itu juga diberi peluang seluas-luasnya.



Sebenarnya Sabah dan Sarawak masih ketinggalan serba serbi, jika dibandingkan keadaan di Semenanjung. Keadaan ini, bukan sahaja menyumbangkan kepada kos hidup yang tinggi, malah menular kepada pencapaian pendidikan.



Semoga, melalui penghargaan ini, hak yang sepatutnya rakyat dua negeri itu perlu nikmati sepatutnya bermula sejak tahun 1963, patut diberikan tanpa berlengah lagi.



Kegagalan Dasar Ekonomi Baru yang dicipta pada tahun 70-an, yang tidak sampai kepada rakyat Sabah dan Sarawak sehinggalah dasar itu luput, jangan berulang lagi.





Bacaan penuh Dari Sumber

Friday 6 December 2013

Jangan hukum suspek jenayah sesuka hati

KUCHING 6 Dis. - Orang awam diingatkan supaya tidak bertindak membelakangi undang-undang dengan menghukum atau melakukan kekerasan melampau terhadap individu yang disyaki melakukan jenayah. Pengarah Jabatan...



Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday 5 December 2013

Masyarakat Semakin Sedar Kepentingan Memerangi Jenayah -MCPF

KUCHING: Hakikat bahawa jenayah kini menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia mencerminkan sikap orang ramai yang semakin sedar tentang kepentingan memerangi jenayah dan mengamalkan pendekatan sifar tolak ansur terhadap jenayah, kata naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.



Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday 4 December 2013

MPN PKR digesa tarik balik pelantikan Ketua Cabang PKR Tenom




Gambar hiasan



Sumber: Daily Express



Tenom; Kemelut perlantikan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom Adris Taripin yang didakwa melalui "pintu belakang" terus memuncak selepas perhimpunan agung khas PKR di Shah Alam Selangor bulan lalu apabila urusetia perhimpunan tersebut dikatakan tidak mengiktiraf dan tidak menyenaraikan nama Adris Taripin sebagai Ketua Cabang PKR Tenom dan juga sebagai seorang perwakilan.



Hal itu didedahkan Dzulkifli Gunsika salah seorang Naib Ketua Cabang PKR Tenom di dalam senarai jawatan kuasa cabang pada sebelumnya (barisan AJK diterajui Halik Zaman) yang masih dianggap sah oleh pucuk pimpinan PKR Pusat.



"Bagaimana pun, kami lega apabila mendapat tahu bahawa jawatankuasa cabang parti itu di sini masih wujud dan sah dari segi perlembagaan parti...(bermakna) hierarki perlantikan pemangku Ketua Cabang haruslah disandang Masdin Tumas selepas Halik Zaman melepaskan jawatan Ketua Cabang sebelum pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).




"Kami berasa hairan apabilan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah dengan tanpa usul periksa melantik Adris Taripin sebagai Ketua Cabang baru di sini dengan alasan PKR Tenom digantung...tetapi apakah sebab-sebabnya ia digantung?




"Lagipun apakah rasionalnya perlantikan Adris Taripin selaku Ketua Cabang sedangkan Adris adalah ahli biasa dan bukan salah seorang AJK Cabang yang terkanan selepas Ketua Cabang yang membolehkannya layak dilaktik selaku pemangku Ketua Cabang mengikut perlembagaan parti," tegas Dzulkifli ketika dihubungi Ahad lepas.



Dzulkifli berkata, beliau dan rakan-rakan di kawasan akar umbi berharap agar kepimpinan MPN yang diterajui DSP Lajim Ukin bertindak tegas di dalam perkara ini gengan menarik balik perlantikan Adris Taripin seterusnya melantik dan mengiktiraf Masdin Tumas selaku pemangku Ketua Cabang PKR Tenom.



"Kita mahu memperkasakan parti dan bukan menjadikan PKR di Sabah sebagai bahan ketawa masyarakat sekeliling kita," tambah Dzulkifli sambil menyifatkan perbuatan membelakangi perlembagaan parti umpama satu pengkhianatan.



Dalam pada itu, Masdin Tumas ketika dihubungi menegaskan bahawa perjuangan PKR hendaklah mematuhi lunas-lunas perlembagaan parti supaya tidak timbul perbalahan sesama sendiri hanya kerana menuntut hak di tempat yang salah.





Bacaan penuh Dari Sumber

Dr. Jeffrey Tidak Nafi Khabar Angin Akan Jadi ADUN Bebas






Dipetik: Daily Express



Keningau; Pengerusi STAR Sabah Dr. Jeffrey Kitingan tidak menafikan khabar angin beliau akan menjadi seorang ADUN bebas tidak lama lagi.



"Saya selama ini sentiasa bebas. Walau sebelum pilihan raya. Saya tidak menyokong mana-mana parti tertentu tetapi saya boleh bekerjasama dengan parti lain khasnya apabila ia akan membantu rakyat menyelesaikan masalah ekonomi," katanya.



Mengikut khabar angin itu, Jeffrey akan mengumumkan tidak lama lagi bahawa beliau akan menjadi ADUN Bebas yang tidak menyokong kerajaan mahupun pembangkang.



Jeffrey berkata beliau tidak berniat untuk mengubah konsep politiknya dalam masa terdekat. Bagaimanapun, beliau enggan menghurai lanjut.



Sementara itu, bantahan Jeffrey terhadap pembinaan sebuat loji air di kawasan Taman Bandukan terus buntu walaupun gesaannya mendapat sokongan lebih 30 kampung.



"Kerajaan tidak mengendahkan bantahan. Tiga ADUN berkeras projek itu mesti dijalankan walaupun rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.



Beliau juga mengadu mengenai lampu jalan yang tidak berfungsi di kawasan kampung dan meminta kerajaan membaiki dewan masyarakat mini di Apin-apin, jambatan gantung, hentian bas dan jalan raya.





Bacaan penuh Dari Sumber

Ekspo makanan import antarabangsa Beijing 2014

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Ekspo Makanan Import Antarabangsa Beijing kali ketiga akan diadakan di Pusat Pameran Beijing pada 4-6 Julai 2014. Acara ini dianjurkan bersama oleh Dewan Perniagaan Antarabangsa China...



Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday 3 December 2013

Dugaan klon Tompel

Janjinya dia melakonkan satu watak dalam sebuah produksi drama. Namun, beberapa jam sebelum penggambaran, aktor berusia 37 tahun ini tiba-tiba dimaklumkan oleh pengarah bahawa tawaran ditarik balik tanpa alasan kukuh.



Bacaan penuh Dari Sumber

Monday 2 December 2013

Suspek Kes Rompakan Di Brickfields Guna Kad Pengenalan Individu Lain

KUALA LUMPUR: Seorang penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian rompakan di sebuah rumah di Jalan Persiaran Syed Putra, Brickfields pada Ahad didapati menggunakan kad pengenalan orang lain.



Bacaan penuh Dari Sumber

Amaran Hujan Lebat Di Johor, Pahang

KUALA LUMPUR: Amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Pahang dan Johor dijangka berterusan sehingga Selasa.



Bacaan penuh Dari Sumber

Suspek Kes Rompakan Di Brickfields Guna Kad Pengenalan Individu Lain

KUALA LUMPUR: Seorang penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian rompakan di sebuah rumah di Jalan Persiaran Syed Putra, Brickfields pada Ahad didapati menggunakan kad pengenalan orang lain.



Bacaan penuh Dari Sumber

Esscom lancar Ops Gasak bersihkan Pati di Esszone

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom hari ini melancarkan 'Ops Gasak' yang bertujuan membersihkan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) terutamanya yang menjadi tali barut kepada penjenayah di kawasan pusat peranginan di sekitar Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).



Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday 1 December 2013

Esscom lancar Ops Gasak bersihkan Pati di Esszone

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom hari ini melancarkan 'Ops Gasak' yang bertujuan membersihkan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) terutamanya yang menjadi tali barut kepada penjenayah di kawasan pusat peranginan di sekitar Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).



Bacaan penuh Dari Sumber