Sunday, 16 February 2014

Banjir Di Sabah- Banjir Teruk Selepas 19 Tahun











Datuk Musa melihat papan rekod mangsa banjir

Berpandukan kepada tajuk entri OKB kali, bererti, banjir teruk tidak pernah melanda kawasan Tenom, Beaufort dan sekitarnya sejak tahun 1995.



Apa maknanya? ertinya pada tahun-tahun sebelum itu, air hujan yang turun, masih mampu disekat pohon-pohon kayu besar atau hutan, agar tidak pantas mengalir ke sungai. Atas sebab aliran air yang tidak pantas, maka bumi mempunyai peluang menyerap sebahagian air, dan tidak tertumpu ke kawasan rendah, yang menyebabkan banjir teruk.



Namun, kerana penebangan hutan yang agerisif pada tahun 80-an dan diteruskan pada tahun 90-an semasa kerajaan PBS dan awal pembentukan kerajaan Bn, maka hutan menjadi gundul, yang mengakibatkan daya serap tanah berkurangan.



Apbila daya serap tanah menyusut, maka air yang berpunca daripada hujan lebat, akan terus mengalir ke kawasan rendah, kawasan itu adalah sungai. Fakta menunjukkan bahawa daya serap tanah sungguh berkurangan, apabila air yang mengalir ke arah kawasan rendah atau sungai bertukar warna, bukan lagi warna air, akan tetapi bertukar kepada warna tanah, warna kemerahan.



Memang hukum imbang berlaku, apabila alam diusik. Kalau manusia yang mengusik, maka manusia menerima padahnya. Memang sedih melihat rakyat yang terkena musibah banjir, tetapi apakan daya, mereka yang tidak sepatutnya terkena, akan tetapi menerima akibatnya. Mereka yang merosak alam sekitar dengan menebang kayu, tidak pedulipun apa yang berlaku kepada rakyat yang menjadi mangsa, mereka asyik di singgahsana mereka, malah ada yang mengsisi masa mereka di hotel-hotel lima bintang.



Dalam keadaan rakyat menerima musibah, hanya kerajaan atau pemimpin yang prihatin yang turun membantu. Datuk Musa Haji Aman, sebagai Ketua Menteri Sabah, dari awal-awal lagi terlibat membantu mangsa banjir, malah Ketua Menteri itu berkata "Saya mengajak semua pihak, marilah kita terus bersatu hati, bergabung tenaga, berkongsi simpati dan sokongan moral dalam menghadapi musibah ini".



Sejak bermula hujan lebat yang melanda pedalaman Sabah sejak seminggu lalu, lebih 4,000 mangsa banjir kini ditempatkan di 22 pusat pemindahan banjir di Dearah Beaufort dan Tenom.



Daripada jumlah itu, 2,549 orang daripada 500 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan banjir di Tenom manakala 1,963 orang daripada 613 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan di Beaufort.



Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Daerah Tenom ketika dihubungi berkata 29 kampung di daerah berkenaan masih terjejas banjir.



Bagaimanapun, menurut jurucakap berkenaan, empat pusat pemindahan banjir di daerah itu iaitu Rumah Kebudayaan Kg Kalasasan, Rumah Kebudayaan Kampung Sindungon, Rumah Kebudayaan kampung Inubae dan Rumah Kebudayaan Kampung Labut ditutup.



Di Beaufort, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Mohd Sahid Othman berkata jumlah mangsa di daerah berkenaan dijangka bertambah berikutan paras air di kawasan kampung masih meningkat meskipun paras air di Pekan Beaufort menunjukkan sedikit penurunan.



Sementara itu Mohd Sahid berkata 138 orang daripada 40 keluarga yang tinggal di antara Kampung Batu 60 hingga Batu 63 belum dapat dipindahkan kerana keadaan air Sungai Padas yang deras.



Katanya mangsa berkenaan kini berada di kawasan tanah tinggi dan keadaan mereka terus dipantau anggota penyelamat.



“Saya juga memohon kepada semua pihak supaya dapat memberi sumbangan khususnya kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan ini yang memerlukan bantuan seperti selimut, bantal, pakaian dan lain-lain keperluan,” katanya kepada Bernama.



Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah ketika ditemui di sini berkata 15 buah sekolah di Tenom, 19 buah di Beaufort dan dua lagi di Keningau, melibatkan lebih 6,000 pelajar, masih ditutup berikutan banjir di daerah berkenaan.



Katanya semua pegawai daerah juga diarah membuat laporan kepada Jabatan Pendidikan Negeri mengenai sebarang kerosakan yang dialami di sekolah masing-masing yang dilanda banjir termasuk kerosakan buku teks.





Bacaan penuh Dari Sumber

0 komen:

Post a Comment