Saturday, 12 September 2015

Sentuhan Peribadi Pemimpin- Penentu Kemenangan PRU-14

1. Para pemimpin Bn kena mengambil iktibar keputusan pilihanraya Singapura semalam. Keputusan pilihanraya itu, menggambarkan bagaimana sentuhan peribadi pemimpin telah berpihak kepada parti kerajaan, apabila hampir 70 peratus undi berpihak kepada parti pemerintah People Action Party (PAP) berbanding undi yang diperolehi pada PRU negara itu pada tahun 2011 (60 peratus).

2. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengambil pendekatan yang lebih mesra rakyat selepas PRU tahun 2011, berbanding pendekatan sebelumnya yang bersifat media atau penerangan bertulis melalui organ pemerintah.

3. Selama lebih 4 tahun, pendekatan peribadi yang dilakukan semua lapisan pemimpin Singapura, khususnya Perdana Menteri negara itu, akhirnya berbaloi, bukan sahaja PAP mendapat undi popular yang meningkat malah menambah kerusi apabila mendapat 83 kerusi Parlimen daripada 89, sebelumnya PAP hanya mempunyai 80 daripada 87.

4. Kempen media sosial oleh Workers Party, sehingga menyebabkan parti itu popular di media sosial menjelang PRU negara itu, berbanding PAP, tidak diterjemahkan melalui pengundian, apabila kerusi pembangkang bukan sahaja gagal dipertahankan, malah berkurang.

5. Di Malaysia kini, nampaknya jika dilihat daripada media sosial, maka kenampakan bahawa kerajaan yang memerintah sudah kalah. Namun berasaskan kepada keputusan pilihanraya Singapura yang diketahui keputusannya awal pagi tadi, nampaknya kepopularan di media sosial tidak menggambarkan pendirian majoriti senyap.

6. Melihat kepada keputusan pilihanraya Singapura tersebut, benarlah kenyataan Ketua Menteri Sabah, bahawa untuk memastikan Bn menang dalam pilihanraya akan datang, semua lapisan pemimpin Bn kena meningkatkan sentuhan peribadi terhadap rakyat. Sentuhan peribadi itu diterjemahkan melalui aktiviti turun padang yang kerap, tanpa mengira waktu dan keadaan.

7.Malah menurut Musa, adalah lebih mudah memperjelaskan sebarang isu yang timbul di negara ini melalui sentuhan peribadi berbanding media bertulis, kerana penjelasan melalui sentuhan peribadi lebih berbekas dan menyentuh di sudut hati rakyat.

8.Atas sebab itu, bermula daripada sekarang, semua pemimpin perlu turun padang dan senantiasa dekat dan akrab dengan pengundi, kerana hanya melalui tindakan itu, keyakinan dan kepercayaan akan terjalin.


Bacaan penuh Dari Sumber

0 komen:

Post a Comment