Friday 21 August 2015

Persekutuan Perlu Bertindak Cepat Salur Peruntukan kepada Sabah

1. Meskipun pembangunan Sabah berjalan dengan lancar sejak 10 tahun lalu, namun pembangunan infrastruktur yang melibatkan pembiayaan Persekutuan kerap terbengkalai akibat birokrasi yang panjang selain permainan politik daripada pihak-pihak tertentu.

2. Projek yang dibiayai Persekutuan khususnya pembangunan infrastruktur luar bandar seperti bekalan air bersih luar bandar, bekalan litrik luar bandar, pembinaan jalan luar bandar, pembinaan sekolah-sekolah luar bandar kerap terbengkalai, disebabkan beberapa sebab yang berkait rapat dengan pelaksanaan dan birokrasi.

3. Seandainya pihak Persekutuan menyalurkan peruntukan tersebut kepada kerajaan negeri, sudah tentu perlaksanaan projek-projek tersebut akan lebih semporna kerana kerajaan negeri tahu betul bagaimana melaksanakan projek-projek tersebut kerana selain mempunyai agensi pelaksana yang sudah sedia ada, akan tetapi juga lebih mengetahui selok belok keperluan bagi pelaksanaan projek-projek tersebut. 

4. Sabah mempunyai kuasa berkaitan tanah, kerajaan tempatan selain kuasa-kuasa lain. Jika projek tersebut dilaksanakan oleh kerajaan negeri, maka rantai birokrasi semakin pendek, juga pembuat keputusan mempunyai jalinan pendek, kerana tidak melibatkan berbagai lapisan. Berlainan jika projek tersebut dijalankan oleh persekutuan, ianya memerlukan birokrasi yang panjang dan kerap berlaku pertindihan perancangan.

5. Oleh kerana berlakunya pertindihan perancangan, maka pelaksanaan projek-projek khususnya untuk luar bandar terbantut. 

6. Untuk mengatasi fenomina ini, maka Ketua Menteri Sabah mencadangkan agar persekutuan menyalurkan terus peruntukan kepada Sabah agar supaya semua perancangan dan pelaksanaan dapat berjalan sesuai dengan jadual yang ditentukan.

7. Pengalaman Sabah berkaitan dengan projek-projek yang dibiayai Persekutuan kerap berdepan dengan kelambatan, sehingga rakyat merungut.


Bacaan penuh Dari Sumber

0 komen:

Post a Comment