Sunday 24 November 2013

Sabah Penerima Bantuan Kebajikan Tertinggi Tahun Lalu








KOTA KINABALU -- Sabah merupakan negeri yang mencatatkan bilangan penerima bantuan kebajikan tertinggi iaitu seramai 75,242 orang membabitkan RM233.7 juta pada tahun lalu.



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ini jelas menunjukkan kementerian memberi tumpuan khusus untuk membantu golongan yang memerlukan termasuk di negeri ini.



Katanya dalam Bajet 2014, keemnterian diberikan peruntukan besar sebanyak RM2.2 bilion yang akan membolehkan pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk pembangunan wanita, masyarakat dan institusi kekeluargaan.



"Peruntukan yang besar ini menunjukkan kepercayaan dan keyakinan kerajaan kepada kementerian untuk melaksanakan semua program yang dirancang ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang sejahtera," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Media di sini, Sabtu malam.



Dalam pada itu, beliau yakin penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan mencapai 55 peratus menjelang akhir tahun 2015 apabila pelaksanaan 'aturan kerja anjal' (FWA) memberi kelonggaran tempoh, tempat dan waktu berada di tempat kerja.



"FWA ini boleh dilaksanakan dalam bentuk seperti 'compressed work week', 'flexi hour' dan 'weekend work", selain majikan diberi potongan cukai tambahan apabila membuat latihan dan fi konsultansi dalam melaksanakan FWA ini.



"Inisiatif ini diharap akan dapat memberi sokongan kepada para pekerja menjalankan tugas tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, isteri dan anak dalam sesebuah keluarga," katanya.



-- BERNAMA





Bacaan penuh Dari Sumber

0 komen:

Post a Comment