Yasiba Akusra

Mentera 7 keturunan. Kisah tujuh generasi yang bermula di Trusan, Sarawak dan sekarang bertapak di Keningau, Sabah.

Mentera 7 Keturunan

Menyorot kisah gemilang Raja Asoe yang hampir dilupakan kerana peredaran masa.

Yasiba Akusra

Menyajikan himpunan entri yang menarik dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan semua.

Yasiba Akusra

Pembuatan dan pemuliharaan seni tempaan alat alat dan senjata tradisi seperti keris, golok, lading, rencong, kerambit, parang dan pisau.

Perubatan dan Alam Nusantara

Sentiasa penuh mistik dan perkara yang di luar jangkaan. Terimakasih kerana sudi bersama-sama Yasiba Akusra : Mentera 7 Keturunan.

Hanya Mutu Mengenal Manikam

Pandai besi yang memulihara senjata antik dan menempa keris dengan rahsia tempaan dahulu kala dan digabungkan dengan teknologi moden, Insya-Allah. Hubungi Yasiba pada bila-bila masa.

Saturday, 30 November 2013

Seorang Penjenayah Maut, Seorang Cedera Parah Dalam Cubaan Samun

Oleh JASTIN AHMAD TARMIZI color KUALA LUMPUR: Seorang penjenayah maut dan seorang lagi cedera parah selepas ditembak polis dalam cubaan samun terhadap sebuah keluarga di Taman Bukit Seputeh di sini.



Bacaan penuh Dari Sumber

Jenayah komersial: Akta sedia ada dikaji

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama beberapa agensi berkaitan sentiasa mengkaji akta sedia ada seiring dengan perkembangan jenayah komersial yang menjadi satu ancaman jenayah masa...



Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday, 26 November 2013

Hendak Seribu Daya, Tidak Seribu Dalih

Dengan Nama NYA Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.



Salawat Dan Salam Ketas Baginda SAW , Isteri2 Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW.



Tahun 70an, ketiga masih bersekolah, saya bermula mempelajari Silat Kuntau di Ulu Kinta, Perak dengan Pengeras RM5.25sen , jika di bandingkan sekarang barangkali melebihi RM50.00.



Ada ketika berguru dengan Guru Tua Silat Lintau (Arwah) berbasikal daripada Ulu Kinta melalui Tanjung Rambutan hanya berbasikal bersama seorang kawan ke Kampung Kepayang dan Chepor , belajar berlapikkan tanah dan juga simen.



Bayangkanlah jika dijatuhkan atau dilambung, betapa sakit, tetapi itulah mengajar sabar menahan sakit dan pada masa yang sama ketahanan tubuh badan dan fikiran.



Jika memberi buah, betul2 seperti mengadap lawan, sebabnya jika betul betul berhadapan dengan musuh, itulah yang menunggu, tiada belas kasihan.



Sekarang ini, belum tentu ada anak muda segagah begitu dan kesabaran tertinggi, bagaimana mahu belajar Silat, belumpun bermula sudah memberi pelbagai alasan.



Ujiannya, Guru tidak sesekali akan memberi apa apa ilmu dengan orang seperti ini, mahu menjadi hebat tetapi pelbagai alasan diberi.



Jalan sudah dibuka, tetapi tidak tahu merebut peluang, alasan demi alasan, tangguh demi tangguh, orang seperti ini tidak layak diberi Ilmu2 Rahsia, bahkan Ilmu Kebatinan.



Labu tinggal labu, membusuk menyerang bau, langkah patah, mata terbuta, hati tertutup, Ilmu hilang seperti angin , tinggal nama jika bernama.



Ujian sudah terbentang, gagal beratap langit, berlantai bumi.



Melayu bukan Melayu, jadi hamba di Tanah Air sendiri.



Wallahualam





Bacaan penuh Dari Sumber

PKR Sabah Ranap











PWTC 26 November 2013

PKR Sabah ranap. Terdedah, bahawa Anwar telah gagal total. Perlantikan Lajim Ukin sebagai Pengerusi PKR Sabah, menunjukkan Anwar benar-benar tidak memahami politik Sabah.



Hari ini di PWTC, 11 Ketua Cabang PKR dan dua ADUN PKR dimana sebelum ini telahpun mengumumkan keluar daripada parti itu pada satu sidang akhbar bersama Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah.



Dalam sidang media itu, Datuk Seri Najib berkata, ke-11 Ketua Cabang itu (Sabah mempunyai 25 cabang), bukan sahaja keluar PKR, akan tetapi sebulat suara menyokong Barisan Nasional.



Cabang-cabang PKR yang ranap tersebut adalah Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam Kalabakan dan Semporna.



Daripada cabang yang ranap itu, hanya Kota Belud, Kota Marudu, Sepanggar, ada calon-calon PKR menang pada PRU-13 lalu.



Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Sabah dengan majoriti dua pertiga selepas memenangi 48 daripada 60 kerusi DUN.



PKR menang di tujuh kawasan Dun iaitu Api-Api, Moyog, Kadamaian, Matunggong, Tamparulli, Klias dan Inanam manakala DAP, yang sebelum ini memiliki satu kerusi DUN, menambah empat kerusi iaitu Luyang, Kapayan, Sri Tanjong dan Likas.



Parti Reformasi Sabah (STAR) pula menang kerusi tunggal di Bingkor.





Bacaan penuh Dari Sumber

Monday, 25 November 2013

Tragedi Lahad Datu beri pengajaran pentingnya kesatuan rakyat pertahan kedaulatan negara: Musa


SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata tragedi di Lahad Datu dan Semporna merupakan satu catatan sejarah hitam sekali gus memberikan pengajaran berharga tentang peri pentingnya kesatuan dan patriotisme rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara ini.



Sehubungan dengan itu, beliau berkata, penganjuran Program Semarak ESSCOM yang bertemakan ‘Bersama Menjana Kesejahteraan’ sememangnya amat bertepatan ke arah menyemarakkan lagi semangat patriotik dan setia kepada negara.



“Kita amat berterima kasih kepada kerajaan pusat terutamanya Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang segera mewujudkan ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah dan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) susulan insiden pencerobohan yang mengejutkan kita semua berlaku pada awal tahun ini,” katanya.



Ketika berucap di Majlis Perasmian Program Semarak Bersama ESSCOM dan Pelancaran Portal ESSCOM di Dewan Masyarakat, di sini, kelmarin katanya usaha tersebut telah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan dalam usaha mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.



Menurut beliau, kerajaan komited bagi menjayakan pelaksanaan ESSCOM yang merupakan agensi penguatkuasaan keselamatan di kawasan ESSZONE termasuklah menyediakan peruntukan kewangan untuk pembangunan infra dan aset berserta sumber manusia selain kemudahan yang diperlukan.



Di mana, tambahnya, kesungguhan kerajaan dapat dibuktikan menerusi pembentangan dalam Belanjawan Negara 2014 apabila menyediakan peruntukan yang besar sebanyak RM75 juta untuk ESSCOM semata-mata menjaga kedaulatan dan keselamatan rakyat negeri ini.



“Kesungguhan pihak kerajaan sudah pasti mengukuhkan lagi operasi ESSCOM dan pada masa sama pula turut bersetuju untuk membina lima lagi kem batalion pasukan keselamatan yang akan ditempatkan di ESSZONE seperti diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini,” ujarnya.



Mengulas lanjut, Ketua Menteri menegaskan penyertaan dan kerjasama daripada pelbagai jabatan dan agensi sangat penting dalam memantapkan kefahaman serta pengetahuan rakyat mengenai peranan dan fungsi ESSCOM.



Musa percaya melalui program itu masyarakat akan dapat memanfaatkan peluang ini untuk bekerjasama dengan semua agensi penguatkuasa, keselamatan dan penguatkuasaan khususnya pihak ESSCOM bagi memastikan keamanan sentiasa terjamin.



“Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan ESSCOM yang berjaya menerbitkan edisi khas Buletin ESSCOM dan mewujudkan portal berita ESSCOM Times yang memuatkan maklumat-maklumat sahih dan terkini berkaitan ESSCOM terutama yang melibatkan soal-soal keselamatan di ESSZONE.



“Harapan saya dengan penerbitan buletin berkenaan dan portal beritanya, rakyat akan dapat mendapat maklumat yang sahih dan tepat berhubung keadaan keselamatan di samping berpeluang mengikuti perkembangan terkini ESSCOM dari semasa ke semasa.



“Malahan, portal berita seumpamanya juga mampu membantu menangkis serta memberi penjelasan terhadap isu-isu keselamatan yang sering dimanipulasi pihak-pihak tertentu bagi menimbulkan rasa takut dan tidak selesa dalam kalangan rakyat,” kata beliau.



Sementara itu, dalam satu temubual bersama Radio Sandakan FM, Ketua Menteri turut memuji komitmen anggota pasukan keselamatan yang bertugas siang dan malam semata-mata untuk menjaga keamanan negara.



Sambil menghargai pengorbanan yang tidak ternilai itu, dia berkata kerjasama rakyat amat diperlukan dari segi memberikan maklumat bagi membolehkan pasukan keselamatan dapat bertindak cepat.



New Sabah Times





Bacaan penuh Dari Sumber

Musa Lancar Program Semarak Bersama ESSCOM, Portal ESSCOM Times


SANDAKAN --- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman Ahad melancarkan Program Semarak Bersama ESSCOM dan portal ESSCOM Times yang bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotik dan kesetiaan kepada negara.



Beliau berkata pewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) ternyata berjaya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan dalam mempertahankan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.



"Pada awal tahun ini, kita dikejutkan dengan peristiwa berdarah di Lahad Datu dan Semporna yang merupakan satu catatan sejarah hitam di negara ini.



"Tragedi ini memberi pengajaran berharga tentang betapa pentingnya kesatuan dan patriotisme rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara," katanya ketika berucap pada majlis itu yang berlangsung di Dewan Masyarakat Sandakan.



Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman, Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Wira Hamza Taib.



Sehubungan itu, Musa berkata rakyat negeri ini amat berterima kasih kepada kerajaan pusat khasnya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang segera mewujudkan ESSCOM dan ESSZONE susulan insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu.



Katanya, kerajaan komited untuk menjayakan pelaksanaan ESSCOM yang merupakan agensi yang menyelaras pelbagai pasukan keselamatan dan pertahanan dalam menjaga keselamatan di kawasan ESSZONE.



Musa berkata ini termasuk menyediakan peruntukan kewangan untuk pembangunan infrastruktur dan aset serta sumber manusia dan kemudahan lain yang diperlukan dan dalam Bajet 2014 kerajaan persekutuan memperuntukkan RM75 juta untuk ESSCOM.



Ini jelas membuktikan kesungguhan kerajaan untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah selain mengukuhkan operasi ESSCOM, katanya.



Pada masa yang sama, Ketua Menteri berkata kerajaan telah bersetuju untuk membina lima lagi kem batalion pasukan keselamatan yang akan ditempatkan di ESSZONE seperti yang telah diumumkan sebelum ini oleh Perdana Menteri.



Musa mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan ESSCOM yang berjaya menerbitkan edisi khas Buletin ESSCOM dan mewujudkan Portal berita ESSCOM Times yang memuatkan maklumat sahih dan terkini berkaitan ESSCOM khususnya soal-soal keselamatan di ESSZONE.



Beliau berharap penerbitan Buletin ESSCOM dan pewujudan portal berita ESSCOM Times, rakyat akan mendapat maklumat yang sahih dan tepat berhubung keadaan keselamatan di samping berpeluang mengikuti perkembangan terkini ESSCOM dari semasa ke semasa.



"Di samping itu, portal ini juga akan dapat membantu menangkis dan memberi penjelasan terhadap isu-isu keselamatan yang sering dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu bagi menimbulkan rasa takut dan tidak selesa dalam kalangan rakyat," katanya.



Portal ESSCOM Times boleh dilayari di www.esscom.gov.my



Bercakap kepada pemberita kemudian, Musa berkata Sabah berada dalam keadaan terkawal dengannya adanya anggota pelbagai agensi yang sentiasa bersedia menjaga dan melindungi keselamatan rakyat.



--BERNAMA





Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday, 24 November 2013

Transformasi Pekan Kota Belud


Saya tertarik dengan posting Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan yang juga MP Kota Belud-Dato Rahman Dahalan di wall facebook beliau pagi ini.



Dalam posting itu, beliau memberi tahu bahawa KSU Kementerian itu Dato Seri Arpah Razak sedang melawat Kota Belud. Rahman mengmukakan satu indikasi, apakah melalui lawatan itu Transformasi Pekan Kota Belud akan tiba lebih awal daripada dijangkakan?



OKB, sebenarnya hanya terdengar, bahawa Pekan Kota Belud akan ditransformasikan, namun pelan induk trnasformasi itu, belum sempat OKB baca atau mendapat maklumat mengenainya.



Rahman, walaupun merupakan ahli Umno Tuaran, namun mewakili Kota Belud sejak tahun 2008, dan beliau telah dua penggal mewakili kawasan kilang pemimpin Sabah itu.



Selepas PRU-13, apabila beliau menang dengan majoriti yang bertambah sebagai calon Bn, beliau dilantik sebagai Menteri Penuh Persekutuan.



Pada pemilihan Umno Oktober lalu, Rahman juga turut terpilih sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi dengan urutan ke-8 daripada 25.



Kota Belud



Daerah Kota Belud terletak di Pantai Barat Utara Negeri Sabah, adalah di unjuran kaki Gunung Kinabalu - gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, mengarah ke Utara dan lembahnya dibatasi Laut Cina Selatan.



Daerah Kota Belud mempunyai keluasan 1,385.6 km persegi dan terdiri daripada 168 buah kampung. Ia belum lagi termasuk Pekan Nabalu yang kini telah diletakkan dibawah pentadbiran daerah Kota Belud dan di dalam kawasan perkadaran Majlis Daerah Kota Belud.



Daerah Kota Belud dikelililingi beberapa daerah lain yang bersempadan dengannya, seperti Tuaran, Kota Marudu dan Ranau.



Kedudukan daerah Kota Belud yang strategik, menjadi persinggahan utama ke daerah-daerah di Bahagian Pantai Barat Utara, seperti Kota Marudu, Pitas, Matunggong, Banggi dan Kudat.



Dengan sempurnanya By-pass Kota Belud / Ranau yang melalui di Kawasan N.7 Kadamaian, telah memendekkan dan memberi keselesaan perjalanan ke Ranau tanpa bersusah payah melalui daerah Tuaran mahupun Tamparuli.



Petikan asal bahasa Kaum Bajau. KOTA bermakna KUBU PERTAHANAN, dan BELUD bermakna BUKIT. Makanya, Kota Belud diertikan sebagai KUBU PERTAHANAN DI ATAS BUKIT.



Menurut cerita dari mulut ke mulut, bahawa pada zaman silam, sebelum adanya badan pemerintah, sering berlaku permusuhan antara kaum dan antara kampung. Demi memperkukuhkan pertahanan masing-masing, mereka terpaksa mencari tempat untuk bertahan daripada serangan musuh. Justeru itu, kaum Bajau telah memilih sebuah bukit sebagai kota (kubu) mereka, dan kubu pertahanan itu, dikenali sebagai Kota Belud.



Setelah tibanya zaman pemerintah dan berlaku pembahagian daerah di Negeri Sabah, maka daerah ini dikenali dengan rasminya sebagai daerah Kota Belud. Sejak itu, bukit tersebut yang juga dikenali sebagai Bukit Perintah, telah dibangunkan sebagai Pusat Pentadbiran daerah dan sehingga kini menempatkan beberapa bangunan kerajaan lain, termasuklah bangunan rumah bekas Pegawai Daerah, yang kini telah dijadikan sebahagian dalam kawasan Rekreasi Taman Tun Said.



Berasaskan kepada potensi Kota Belud sepertimana yang disebutkan pada awal tulisan ini- selain Kota Belud boleh menjadi pusat persingahan untuk tujuan pelancongan, ianya juga boleh menjadi pusat perkilangan.



Kota Belud adalah daerah penghubung bagi daerah utara Sabah, dan letaknya pun hanya 40 minit perjalan dengan kenderaan ke ibu kota negeri Sabah, Kota Kinabalu.



Daerah Kota Belud meempunyai persisir pantai yang indah dan terpanjang di Malaysia. Selain itu, kawasan lapangnya sesuai dibina lapangan terbang antarabangsa, bagi menggantikan lapangan terbang Kinabalu yang sukar diperbesarkan lagi kerana masalah alam sekitar dan keterhadan tanah.



Suatu hari kelak, Kota Belud boleh seperti Sepang di Selangor, di mana KLIA beroperasi.



Potensi Pekan Kota Belud akan terserlah lagi, ekoran penubuhan Pelan Induk Pembangunan Pesisir Pantai daripada Tuaran ke Kota Belud yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri semalam. Pelan itu adalah pelan pembangunan pelancongan dan akan bermula tahun depan.



Sebagai tindakan awal untuk membangun kawasan itu, hampir RM250 juta sebagai perbelanjaan awal akan digunakan. Menurut Adun Tempasuk, yang sempat OKB temuramah selepas persidangan DUN Sabah pada Khamis, Pelan pembangunan pesisir pantai itu secara keseluruhan akan melibatkan pelaburan sebanyak RM4.5bilion.



Pembangunan Bandar Kota Belud



Pembangunan bandar akan senantiasa berlaku selaras dengan arus pemodenan pada zaman ini. Sebabnya adalah setiap negara berlumba-lumba dalam melaksanakan pembangunan yang dapat memenuhi permintaan penduduk, malahan menjadi tarikan kepada negara lain untuk datang ke negara ini.



Apabila sesebuah bandar itu sudah mencapai kemajuan dalam pembangunan bandar, hal ini akan menjadi mercu dan idola kepada negara lain untuk membangun dan menjalankan hubungan diplomatik serta melabur yang dapat memberi kebaikan kepada penduduk bandar dan kepada pembangunan bandar itu sendiri.



Pembangunan bandar dapat didefinasikan sebagai kemajuan yang dicapai dari aspek infrastruktur, ekonomi, sosial,rohani, kemapanan dan sifat fizikal sesebuah bandar.



Dari sudut pandangan masyarakat pembangunan bandar dapat ditafsirkan juga sebagai proses tranformasi sesebuah kawasan yang mundur menjadi kawasan yang maju dan membangun kesan daripada pertumbuhan bandar iaitu peningkatan penduduk, peningkatan aktiviti ekonomi, peningkatan intensiti kegunaan, peningkatan taraf dan kualiti kehidupan penduduk.



Oleh itu,hal ini menunjukkan betapa pentingnya pembangunan bandar dalam menjamin pembangunan yang mapan di sesebuah bandar. Terdapat pelbagai kepentingan dan kebaikan yang mungkin berlaku hasil daripada pembangunan sesebuah bandar.



Pembangunan bandar berkait rapat kepada pertumbuhan, perubahan dan perkembangan. Pertumbuhan merujuk kepada kemajuan atau peningkatan yang dialami dari segi populasi penduduk,peningkatan dari segi aktiviti ekonomi, peningkatan densiti guna tanah dan sebagainya.



Perubahan bandar pula adalah berdasarkan kepada pembesaran kawasan bandar dan perkembangan ke kawasan-kawasan semulajadi seperti hutan dan paya.



Apabila kepadatan penduduk bertambah,keperluan untuk membangunkan perumahan menyebabkan berlakunya pemkembangan bandar. Ini menunjukkan kesemua aspek pertumbuhan, perubahan dan perkembangan ini apabila digabungkan adalah merujuk kepada pembangunnan bandar.



Oleh itu, pembangunan bandar lebih menumpu kepada corak dan fizikal bandar kesan daripada semua aspek tersebut. Pembangunan bandar sememangnya banyak mendatangkan kebaikan dan kepentingan kepada masyarakat selaras dengan arus pemodenan yang kian rancak.



Penting Pembangunan Bandar



Antara kepentingan dalam pembangunan bandar ialah pembangunan bandar dapat meningkatkan peluang ekonomi dalam pembangunan ekonomi sesebuah bandar.



Apabila berlaku pembangunan bandar, ini akan menarik perhatian pelabur-pelabur luar untuk datang melabur di dalam bandar itu. Oleh itu berlakulah pertambahan dan pembukaan kawasan baru untuk mendirikan kilang atau kedai dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk disajikan kepada masyarakat bandar.



Kemasukan pelabur asing ini juga akan membawa kepada pemodenan alat-alat teknologi yang canggih ke dalam sesebuah bandar seperti mesin-mesin, jentera, alat-alat komputer dan sebagainya. Ini membolehkan pengeluar dapat mengeluarkan barang dan perkhidmatan secara maksimum untuk memenuhi permintaan msyarakat di kawasan bandar.



Perubahan ekonomi ini juga dapat meningkatkan kemudahan-kemudahan di kawasan bandar seperti kemudahan jaringan jalan raya, perhubungan dan telekomunikasi dan sebagainya untuk memudahkan proses penghantaran dan pengedaran barang untuk dipasarkan di seluruh pelusuk bandar.



Sememangnya faktor ekonomi banyak memberi kesan yang paling utama dalam pembangunan sesebuah bandar. Jika terdapat banyak peluang ekonomi di sebuah bandar ini, ini akan mengundang kepada kegiatan eksport yang dapat memberi pendapatan ekonomi yang lumayan kepada sesebuah bandar.



Hasil daripada pendapatan ini akan menyebabkan sesebuah bandar itu mengalami perubahan fizikal sepeti pertambahan kilang, perumahan, kedai-kedai, jalan raya umpamanya seperti pembukaan bandar baru hasil daripada kegitan ekonomi yang giat dijalankan.



Disamping itu juga, pembangunan bandar juga penting kerana dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar menjadikan sesebuah bandar itu tidak suram dan sunyi kerana terdapat aktiviti masyarakat dalam menjalankan perniagaan masing-masing.



Pertambahan fizikal bandar seperti kilang, kedai dan sebagainya dapat memberi pekerjaan kepada penduduk sebagai sumber pendapatan mereka dalam menjalani kehidupan seharian.



Jika sesebuah bandar itu mempunyai bnyak peluang pekerjaan, ini akan menarik perhatian penduduk luar bandar berkunjung dalam mencari pekerjaan dan berlakunya pertambahan penduduk di sesebuah bandar.



Penambahan penduduk di kawasan bandar akan meningkatkan lagi permintaan terhadap barang dan perkhidmatan. Contohnya, pertambahan penduduk akan meningkatkan lagi permintaan terhadap tempat tinggal. Oleh itu, pemaju akan membina kawasan perumahan untuk memenuhi permintaan mereka. Hal ini menunjukkan faktor pertambahan penduduk juga dapat meningkatkan lagi pembangunan fizikal di kawasan bandar.



Peluang pekerjaan yang banyak juga dapat mengubah gaya hidup masyarakat yang rajin bekerja yang boleh meningkatkan taraf hidup masyarakat serta menjamin kehidupan yang aman dan makmur. Pertambahan peluang pekerjaan juga dapat mengurangkan kadar jenayah dan pengangguran di kalangan masyarakat kawasan bandar yang boleh memberi kesan yang buruk kepada ekonomi bandar.



Selain itu juga, pembangunan sesebuah bandar juga dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan bandar sebelum ini dan menambahkan kemudahan-kemudahan untuk mengelakkan kesilapan yang berlaku sebelum itu daripada terus menular di kawasan bandar. Contohnya seperti menambahbaikkan sistem jalan raya, kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan untuk keselesaan penduduk.



Pembanguan bandar dalam meningkatkan taraf sistem jalan raya seperti membina jalan alternatif dan memperlebarkan jalan raya dapat meningkatkan kemudahsampaian penduduk ke sesuatu tempat serta dapat mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalulintas yang sering terjadi sebelumnya. Hal ini sememangnya membuktikan bahawa pembangunan bandar penting dalam mengetahui kesilapan dan kelemahan bandar supaya penduduk lebih selesa dalam melakukan aktiviti mereka.



Begitu juga dengan masalah kekurangan dan kerosakan kemudahan-kemudahan yang mana mencacatkan pemandangan di sesebuah bandar. Melalui pembangunan, ianya dapat memperbaiki kelemahan dan kerosakan serta dapat membina kemudahan baru hasil daripada permintaan masyarakat untuk menggunakannya. Oleh itu, pembangunan amat penting dalam mengenalpasti kelemahan bandar dan memperbaiki masalah tersebut.



Walaubagaimanapun, pembangunan yang tidak terkawal dijalankan juga boleh mendatangkan keburukan seperti rebakan bandar yang melampau dimana boleh menyebabkan kesan-kesan negatif kepada bandar itu sendiri.



Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini perancangan pembangunan mapan harus diperkenalkan. Secara ringkas, pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya.



Pembangunan mapan juga adalah suatu pembangunan yang dijalankan bagi memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengorbankan keperluan pada masa akan datang.



Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya, pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dilepaskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.



Perancangan bandar mapan menitikberatkan kepada aspek ekologi, ekonomi, sosial, budaya, pertanian dan alam sekitar yang boleh menjadikan sesuatu bandar itu sempurna,selamat, dan harmoni untuk masyarakat sekarang dan masyarakat masa hadapan.



Kenapa setiap pembangunan hendaklah sentiasa mapan? Pembangunan mapan memang banyak mendatangkan kesan positif kepada bandar untuk menjamin kehidupan manusia yang aman,selesa dan harmoni. Antaranya ialah dapat memastikan pembangunan fizikal kawasan bandar adalah berkeadaan seimbang iaitu memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan.



Hal ini juga membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut serta meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.



Pembangunan fizikal yang seimbang juga boleh mengelakkan daripada terjadinya pembaziran sumber yang mana dapat memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, dan pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi.



Jika berlaku pembangunan yang tidak terkawal menyebabkan banyak kawasan atau tanah digunakan sepenuhnya dan seterusnya berlakunya kepupusan sumber semulajadi serta boleh membantutkan penggunaan pada masa akan datang.



Selain itu juga, pembangunan yang mapan juga boleh mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam sekitar serta dapat menjamin kualiti alam sekitar yang baik dan kondusif.



Pembangunan yang mapan dapat mengawal daripada pembangunan yang tidak terkawal dan setiap pembangunan yang ingin dibuat mempunyai kuota dan had tersendiri serta mempunyai perancangan yang mengambil kira kebajikan masyarakat dalam semua aspek yang boleh mendatangkan kebaikan kepada penduduk mahupun alam sekeliling. Contohnya seperti jika sesuatu kawasan bandar itu mempunyai perancangan yang rapi yang mengutamakan kawasan hijau, ini boleh mengelakkan daripada berlakunya fenomena alam yang boleh mengganggu ketenteraman awam.



Sebaliknya jika sesuatu bandar itu dirancang semata-mata untuk mencari keuntungan tanpa memikirkan alam sekitar, hal ini boleh mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat sekeliling.



Pembangunan yang mapan juga mengambil kira cara-cara pelupusan dan pembuangan sampah yang strategik yang boleh mengekalkan kualiti hidup manusia.



Pembangunan yang mapan sebenarnya adalah pembangunan yang berdasarkan doktrin pembangunan sejagat yang amat sempurna dan berguna bagi semua pihak dimana pembangunannya adalah mengambilkira 3 jenis hubungan iaitu hubungan manusia dengan tuhan, hubungan manusia dengan alam sekitar dan hubungan manusia dengan manusia. Ini jelas menunjukkan penjagaan alam sekitar dititikberatkan dalam proses pembangunan mapan.



Kesimpulannya, Pembangunan bandar yang mampan juga perlulah mengambil kira keadilan sosial kawasan bandar, keperluan sumber manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa.



Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian serta perdagangan menjadi sangat penting.



Ramai yang terlibat secara tidak langsung dalam pembangunan mapan seperti kerajaan, perniagaan, institusi pendidikan, media, remaja, dan lain-lain ini mempunyai pandangan yang berbeza. Penyataan ini amat jelas yang pemahaman dan wawasan bagi kemapanan adalah berbeza bagi setiap orang dan perlu bekerjasama untuk berunding tentang proses mencapai kemapanan itu tentang pembangunan mapan dan bagaimana untuk menyumbang.



Sesetengahnya berminat dengan pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar, sesetengahnya berminat dengan pembangunan ekonomi manakala yang lain berminat dengan pembangunan sosial. Oleh itu, pihak yang berwajib perlu mengambil langkah-langkah yang drastik untuk merancang pembangunan bagi memenuhi permintaan masyarakat yang menginginkan sesuatu bandar itu selamat,selesa dan aman seperti pembangunan yang mapan untuk mengelakkan kedidakselesaan masyarakat terhadap bandar kita.



Apa kah paparan ini terkandung dalam transformasi pekan Kota Belud? OKB amat arif dengan Dato Rahman, OKB yakin paparan ini adalah antara kandungan transformasi Pekan Kota Belud.



Suara Rakyat





Bacaan penuh Dari Sumber

Musa Lancar Program Semarak Bersama ESSCOM, Portal ESSCOM Times


SANDAKAN --- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman Ahad melancarkan Program Semarak Bersama ESSCOM dan portal ESSCOM Times yang bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotik dan kesetiaan kepada negara.



Beliau berkata pewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) ternyata berjaya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan dalam mempertahankan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.



"Pada awal tahun ini, kita dikejutkan dengan peristiwa berdarah di Lahad Datu dan Semporna yang merupakan satu catatan sejarah hitam di negara ini.



"Tragedi ini memberi pengajaran berharga tentang betapa pentingnya kesatuan dan patriotisme rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara," katanya ketika berucap pada majlis itu yang berlangsung di Dewan Masyarakat Sandakan.



Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman, Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Wira Hamza Taib.



Sehubungan itu, Musa berkata rakyat negeri ini amat berterima kasih kepada kerajaan pusat khasnya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang segera mewujudkan ESSCOM dan ESSZONE susulan insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu.



Katanya, kerajaan komited untuk menjayakan pelaksanaan ESSCOM yang merupakan agensi yang menyelaras pelbagai pasukan keselamatan dan pertahanan dalam menjaga keselamatan di kawasan ESSZONE.



Musa berkata ini termasuk menyediakan peruntukan kewangan untuk pembangunan infrastruktur dan aset serta sumber manusia dan kemudahan lain yang diperlukan dan dalam Bajet 2014 kerajaan persekutuan memperuntukkan RM75 juta untuk ESSCOM.



Ini jelas membuktikan kesungguhan kerajaan untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah selain mengukuhkan operasi ESSCOM, katanya.



Pada masa yang sama, Ketua Menteri berkata kerajaan telah bersetuju untuk membina lima lagi kem batalion pasukan keselamatan yang akan ditempatkan di ESSZONE seperti yang telah diumumkan sebelum ini oleh Perdana Menteri.



Musa mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan ESSCOM yang berjaya menerbitkan edisi khas Buletin ESSCOM dan mewujudkan Portal berita ESSCOM Times yang memuatkan maklumat sahih dan terkini berkaitan ESSCOM khususnya soal-soal keselamatan di ESSZONE.



Beliau berharap penerbitan Buletin ESSCOM dan pewujudan portal berita ESSCOM Times, rakyat akan mendapat maklumat yang sahih dan tepat berhubung keadaan keselamatan di samping berpeluang mengikuti perkembangan terkini ESSCOM dari semasa ke semasa.



"Di samping itu, portal ini juga akan dapat membantu menangkis dan memberi penjelasan terhadap isu-isu keselamatan yang sering dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu bagi menimbulkan rasa takut dan tidak selesa dalam kalangan rakyat," katanya.



Portal ESSCOM Times boleh dilayari di www.esscom.gov.my



Bercakap kepada pemberita kemudian, Musa berkata Sabah berada dalam keadaan terkawal dengannya adanya anggota pelbagai agensi yang sentiasa bersedia menjaga dan melindungi keselamatan rakyat.



--BERNAMA





Bacaan penuh Dari Sumber

Sabah Penerima Bantuan Kebajikan Tertinggi Tahun Lalu








KOTA KINABALU -- Sabah merupakan negeri yang mencatatkan bilangan penerima bantuan kebajikan tertinggi iaitu seramai 75,242 orang membabitkan RM233.7 juta pada tahun lalu.



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ini jelas menunjukkan kementerian memberi tumpuan khusus untuk membantu golongan yang memerlukan termasuk di negeri ini.



Katanya dalam Bajet 2014, keemnterian diberikan peruntukan besar sebanyak RM2.2 bilion yang akan membolehkan pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk pembangunan wanita, masyarakat dan institusi kekeluargaan.



"Peruntukan yang besar ini menunjukkan kepercayaan dan keyakinan kerajaan kepada kementerian untuk melaksanakan semua program yang dirancang ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang sejahtera," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Media di sini, Sabtu malam.



Dalam pada itu, beliau yakin penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan mencapai 55 peratus menjelang akhir tahun 2015 apabila pelaksanaan 'aturan kerja anjal' (FWA) memberi kelonggaran tempoh, tempat dan waktu berada di tempat kerja.



"FWA ini boleh dilaksanakan dalam bentuk seperti 'compressed work week', 'flexi hour' dan 'weekend work", selain majikan diberi potongan cukai tambahan apabila membuat latihan dan fi konsultansi dalam melaksanakan FWA ini.



"Inisiatif ini diharap akan dapat memberi sokongan kepada para pekerja menjalankan tugas tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, isteri dan anak dalam sesebuah keluarga," katanya.



-- BERNAMA





Bacaan penuh Dari Sumber

Musa Lancar Program Semarak Bersama Esscom



SANDAKAN – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini melancarkan Program Semarak Bersama ESSCOM dan portal ESSCOM Times yang bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotik dan setia kepada negara.



Beliau berkata pewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) ternyata berjaya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan dalam mempertahankan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.



“Pada awal tahun ini, kita dikejutkan dengan peristiwa berdarah di Lahad Datu dan Semporna yang merupakan satu catatan sejarah hitam di negara ini.



“Tragedi ini memberikan pengajaran berharga tentang betapa pentingnya kesatuan dan patriotisme rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara,” katanya ketika berucap pada majlis itu yang berlangsung di Dewan Masyarakat Sandakan.



Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman, Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Wira Hamza Taib.



Sehubungan itu, Musa berkata rakyat negeri ini amat berterima kasih kepada kerajaan pusat khasnya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang segera mewujudkan Esscom dan Esszone susulan insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu.



Katanya kerajaan komited untuk menjayakan pelaksanaan Esscom yang merupakan agensi yang menyelaras pelbagai pasukan keselamatan dan pertahanan dalam menjaga keselamatan di kawasan Esszone.



Musa berkata ini termasuk menyediakan peruntukan kewangan untuk pembangunan infrastruktur dan aset serta sumber manusia dan kemudahan lain yang diperlukan dan dalam Bajet 2014 kerajaan persekutuan memperuntukkan RM75 juta untuk Esscom.



Ini jelas membuktikan kesungguhan kerajaan untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah selain mengukuhkan operasi Esscom, katanya.



Pada masa yang sama, Ketua Menteri berkata kerajaan juga telah bersetuju untuk membina lima lagi kem batalion pasukan keselamatan yang akan ditempatkan di Esszone seperti yang telah diumumkan sebelum ini oleh Perdana Menteri.



Musa turut mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan Esscom yang berjaya menerbitkan edisi khas Buletin ESSCOM dan mewujudkan Portal berita ESSCOM Times yang memuatkan maklumat sahih dan terkini berkaitan Esscom khususnya soal-soal keselamatan di Esszone.



Beliau berharap penerbitan Buletin ESSCOM dan pewujudan portal berita ESSCOM Times, rakyat akan mendapat maklumat yang sahih dan tepat berhubung keadaan keselamatan di samping berpeluang mengikuti perkembangan terkini Esscom dari semasa ke semasa.



“Di samping itu, portal ini juga akan dapat membantu menangkis serta memberi penjelasan terhadap isu-isu keselamatan yang sering dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu bagi menimbulkan rasa takut dan tidak selesa dalam kalangan rakyat,” katanya.



Portal ESSCOM Times boleh dilayari di www.esscom.gov.my



Bercakap kepada pemberita kemudian, Musa berkata Sabah berada dalam keadaan terkawal dengannya anggota pelbagai agensi yang sentiasa bersedia menjaga dan melindungi keselamatan rakyat. - Bernama





Bacaan penuh Dari Sumber

Appointment best to carry voice of women: Azizah



Kota Kinabalu: Wanita Umno Vice-Chief Datuk Azizah Mohd Dun regards the appointment of additional supreme council (MT) members as being capable of carrying the voices of women, especially in making decisions related to the group.



Azizah, who is also Women, Family and Community Development Deputy Minister, said she was thankful to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is also Umno President, for the appointment.



"I will work hard to ensure my participation in the supreme council will be meaningful not only to women but also to the party," she told a media conference here Saturday.



She said the recognition given by the party President would be used in the best possible manner to represent Wanita in the MT.



On Friday, Najib announced the appointment of four additional Umno MT members, namely, two from the Wanita movement and one each from the Youth and Puteri wings.



Other than Azizah, also appointed were Wanita assistant secretary Datuk Rosni Sohar, Youth vice-chief Khairul Azwan Harun and Puteri vice-chief Zahida Zarik Khan.



Meanwhile, Azizah said a portion of the proceeds from the Pasar Ria annual carnival organised by the Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) on Dec 7 would be donated to the community-based rehabilitation centre for the disabled in Beaufort.



She said another portion would be set aside to assist potential women entrepreneurs with the financial capital to start their enterprise, and women entrepreneurs who needed more funds to expand their business.



The carnival would be from 8am until 4pm, at Bangunan Seri PPS, Sembulan, she said.



She said the carnival would feature many activities, including a lucky draw with a grand prize of cruise tickets, worth RM25,000, sponsored by Star Cruise Vice President, Edward Leong.



Azizah, who is also PPS President, said the public could obtain further information from the PPS office by calling 088272091 or 0168240970.



Daily Express





Bacaan penuh Dari Sumber

Anak Muda Melayu Kedah kecam Tony Pua, tuntut segera mohon maaf

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Anak Muda Melayu Kedah mengecam kebiadaban Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang menyifatkan Pertubuhan Pendaftar (ROS) sebagai 'anjing' baru-baru ini. Jurucakap mereka...



Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday, 23 November 2013

NGO dedah wujud 'ahli hantu' MIC

Pengerusi Pertubuhan Rakan Prihatin Kebajikan Negeri Perak, S Kumaravel mendedahkan menerima banyak aduan terdapat beberapa cawangan yang dikenal pasti mempunyai 'ahli hantu'.



Bacaan penuh Dari Sumber

Anak Muda Melayu Kedah kecam Tony Pua, tuntut segera mohon maaf

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Anak Muda Melayu Kedah mengecam kebiadaban Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang menyifatkan Pertubuhan Pendaftar (ROS) sebagai 'anjing' baru-baru ini. Jurucakap mereka...



Bacaan penuh Dari Sumber

Dakwaan Wujud Pengundi Hantu, MIC Bahagian Taiping Perlu Digantung

GEORGE TOWN: Seorang anggota MIC Bahagian Taiping mahu Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel menggantung bahagian itu berikutan dakwaan terdapat pengundi hantu pada pemilihan ketua bahagian itu, 12 Oktober lepas.



Bacaan penuh Dari Sumber

Pas desak Perlembagaan digubal

Pas mendesak kerajaan menggubal dan meminda Perlembagaan bagi membolehkan Undang-Undang Jenayah Islam menjadi sebahagian daripada sistem perundangan negara.



Bacaan penuh Dari Sumber

Ahli: MIC Bahagian Taiping perlu digantung

Seorang ahli MIC Bahagian Taiping hari ini mahu Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel menggantung bahagian itu berikutan dakwaan terdapat pengundi hantu pada pemilihan ketua bahagian itu, 12 Oktober lepas.



Bacaan penuh Dari Sumber

Friday, 22 November 2013

Diberkas di KL

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Hampir empat bulan diburu pihak berkuasa, ketua kumpulan 'Geng 08 Vinod' yang terkenal dengan jenayah samun bersenjata di sekitar Rawang dan Gombak, Selangor, akhirnya tumpas selepas...



Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday, 21 November 2013

Polis Melaka Tumpaskan Sindiket Penggubahan Wang Haram Antarabangsa

Oleh R.S.N. MURALI color MELAKA: Satu sindiket penggubahan wang haram antarabangsa berpangkalan di Beijing berjaya ditumpaskan ekoran serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia.



Bacaan penuh Dari Sumber

Hudud: Jangan biar rakyat Kelantan terus tertanya-tanya

KOTA BHARU 21 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan tidak seharusnya membiarkan rakyat terus tertanya-tanya bilakah pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan mahu dilaksanakan. Yang Dipertua Yayasan Dakwah...



Bacaan penuh Dari Sumber

Dewan Muslimat PAS Desak KDN Kaji Semula Penguatkuasaan Undang-Undang Keselamatan

Oleh SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM color SHAH ALAM: Dewan Muslimat PAS pada Khamis mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya mengkaji semula mekanisme penguatkuasaan undang-undang keselamatan berikutan peningkatan kadar jenayah di negara ini.



Bacaan penuh Dari Sumber

Laporan Ketua Audit: 39 Berdepan Tindakan Sivil Atau Jenayah - Ali Hamsa

PUTRAJAYA: Sebanyak 39 penjawat awam termasuk pesara bakal berdepan tindakan sivil atau jenayah jika didapati bertanggungjawab terhadap ketidakaturan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.



Bacaan penuh Dari Sumber

Polis P.Pinang Tahan Tujuh Orang, Rampas Dadah Bernilai RM480,000

GEORGE TOWN: Polis memberkas tujuh suspek dan merampas dadah bernilai RM480,000 serta sepucuk pistol bersama 50 butir peluru dalam dua serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang dan Perak, Rabu.



Bacaan penuh Dari Sumber

Dewan Muslimat PAS Desak KDN Kaji Semula Penguatkuasaan Undang-Undang Keselamatan

Oleh SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM color SHAH ALAM: Dewan Muslimat PAS pada Khamis mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya mengkaji semula mekanisme penguatkuasaan undang-undang keselamatan berikutan peningkatan kadar jenayah di negara ini.



Bacaan penuh Dari Sumber

Polis Melaka Tumpaskan Sindiket Penggubahan Wang Haram Antarabangsa

Oleh R.S.N. MURALI color MELAKA: Satu sindiket penggubahan wang haram antarabangsa berpangkalan di Beijing berjaya ditumpaskan ekoran serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia.



Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday, 20 November 2013

Siti Rahmah Pesilat Tunggal Dari Terengganu Ke Sukan Sea

KUALA TERENGGANU: Siti Rahmah Mohd Nasir merupakan pesilat tunggal dari Terengganu yang dipilih untuk mewakili negara pada temasya Sukan SEA ke-27 di Myanmar mulai 11 hingga 22 Dis ini.



Bacaan penuh Dari Sumber

Kejadian Tembak Dipercayai Berkait Dengan Pelepasan Penjenayah - MB Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beberapa kes tembak di negeri ini dipercayai ada kaitan dengan pembebasan 2,600 penjenayah selepas penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat.



Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday, 19 November 2013

Anwar Jelaskan Dakwaan 40,000 Pengundi Hantu Bukan Hanya Rakyat Bangladesh Sahaja

Oleh LOSHANA K.SHAGAR color KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menjelaskan dakwaan beliau mengenai 40,000 pendundi hantu di bawa masuk ke negara ini beberapa hari sebelum Pilihan Raya umum ke-13 (PRU-13) berlangsung tidak merujuk kepada warga Bangladesh semata-mata.



Bacaan penuh Dari Sumber

'Saya Lupa Beritahu Ibu' - Remaja Hilang di Villa Nabila

Oleh YEE XIANG YUN color JOHOR BARU: Dunia laman sosial kecoh dek kehilangan seorang remaja selepas dia memasuki sebuah villa yang didakwa berhantu, hakikatnya remaja itu pergi ke tempat lain selepas mengunjungi villa berkenaan pada malam kejadian.



Bacaan penuh Dari Sumber

Monday, 18 November 2013

Laporan 23 Kanak-Kanak Hilang Di Banglo Berhantu, Villa Nabila Tidak Benar - Polis

Oleh MOHD FARHAAN SHAH color JOHOR BARU: Laporan mengenai kehilangan seramai 23 orang kanak-kanak di banglo berhantu, Villa Nabila yang tersebar di media sosial adalah tidak benar.



Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday, 17 November 2013

Lelaki Uighur ditembak mati

BEIJING 17 Nov. - Sembilan lelaki yang menyerang sebuah balai polis menggunakan kapak dan pisau ditembak mati di wilayah bergolak Xinjiang, semalam, selepas mereka didakwa membunuh dua anggota polis. Serangan...



Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday, 16 November 2013

Hudud: Pas mengakui belum bersedia

KOTA BHARU 16 Nov. - Harapan rakyat Kelantan untuk melihat pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan meskipun telah dijanjikan sejak tahun 1990 nampaknya terpaksa ditangguhkan lagi...



Bacaan penuh Dari Sumber

Hudud: Pas mengakui belum bersedia

KOTA BHARU 16 Nov. - Harapan rakyat Kelantan untuk melihat pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan meskipun telah dijanjikan sejak tahun 1990 nampaknya terpaksa ditangguhkan lagi...



Bacaan penuh Dari Sumber

Friday, 15 November 2013

Sabah Bentang Bajet Terbesar Lagi


Sabah semalam membentangkan bajet terbesar dalam sejarah negeri itu apabila menyediakan peruntukan berjumlah RM4.622 bilion dalam Bajet 2014 berbanding RM4.088 bilion (Bajet 2013).



Pembentangan kali ke-50 ini turut menyaksikan unjuran hasil tertinggi sebanyak RM4.583 bilion yang merupakan anggaran tertinggi dalam sejarah penyediaan bajet negeri.



Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang menyifatkan bajet kali ini sebagai hadiah terbaik buat rakyat Sabah berkata, peruntukan ini sesuai dengan harapan dan aspirasi rakyat bagi meneruskan segala agenda pembangunan, seterusnya menepati segala janji.



"Ini menunjukkan bahawa dalam tempoh 50 tahun, anggaran hasil telah meningkat dengan hebatnya sebanyak 74.52 kali ganda dan anggaran perbelanjaan pula kepada 75.77 kali ganda.



"Kata dikota, janji ditepati. Inilah sebabnya mengapa kerajaan Barisan Nasional harus terus memegang tampuk pemerintahan negeri," katanya dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Undangan Negeri Sabah.



Tambah Musa, dengan perbelanjaan yang terbesar itu, mampu menyuntik ekonomi Sabah untuk membolehkannya berkembang dengan skala tinggi bagi mencapai ekonomi berpendapatan tinggi dalam tempoh lebih awal.



Katanya, daripada peruntukan RM4.622 bilion, sebanyak RM2.18 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan khas, RM1.736 bilion (perbelanjaan berulang) dan RM702.5 juta (emolumen).



"Emolumen mengalami peningkatan sebanyak enam peratus berbanding dengan anggaran tahun 2013 sebanyak RM663.17 juta. Ini disebabkan pelarasan gaji penjawat awam. Anggaran perbelanjaan berulang meningkat 59.62 peratus berbanding RM1.08 bilion pada 2013 bagi memastikan jentera kerajaan berjalan lancar.



"Perbelanjaan khas pula menunjukkan pengurangan sebanyak 6.6 peratus berbanding perbelanjaan khas 2013 sebanyak RM2,337 juta," katanya.



Dalam pada itu katanya, sebanyak RM1.2 bilion yang meliputi sumbangan RM838 juta daripada kerajaan negeri dan RM361.8 juta daripada kerajaan Persekutuan akan digunakan bagi perbelanjaan pembangunan.



Jelasnya, pengagihan perbelanjaan pembangunan menyaksikan sektor ekonomi mendapat peruntukan tertinggi sebanyak RM893.15 juta diikuti sektor sosial (RM226.4 juta), sektor pentadbiran (RM30.75 juta) dan simpanan luar jangka (RM10 juta).



Mengulas tentang peningkatan 20 peratus anggaran hasil berbanding RM3.82 bilion pada 2013, beliau berkata, tiga sumber utama iaitu cukai jualan minyak sawit mentah, royalti petroleum dan penerbitan bon menyumbang lebih 70 peratus ke atas keseluruhan hasil negeri.



"Sumber-sumber tradisi yang dijangka akan menyumbang terhadap peningkatan hasil adalah daripada sumber air, tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan, hasil pejabat daerah, pertanian, perikanan, perkhidmatan haiwan dan perusahaan ternak, pelabuhan serta dermaga," ujarnya.





Bacaan penuh Dari Sumber

Penculikan Semporna: Penjenayah Bukan Kumpulan Militan - Polis

SEMPORNA: Polis masih menyiasat sama ada kumpulan penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki Taiwan dan penculikan isterinya mempunyai kaitan dengan kumpulan militan termasuk Abu Sayyaf yang beroperasi di selatan Filipina.



Bacaan penuh Dari Sumber

Dua Penjenayah Maut Dalam Nahas Jalan Raya Ketika Dikejar Polis

TASEK GELUGOR: Dua lelaki, dipercayai penjenayah, maut selepas motosikal yang mereka naiki merempuh sebuah jengkaut ketika dikejar peronda polis dalam satu nahas di Ara Kuda pad Jumaat.



Bacaan penuh Dari Sumber

Penculikan Semporna: Penjenayah Bukan Kumpulan Militan - Polis

SEMPORNA: Polis masih menyiasat sama ada kumpulan penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki Taiwan dan penculikan isterinya mempunyai kaitan dengan kumpulan militan termasuk Abu Sayyaf yang beroperasi di selatan Filipina.



Bacaan penuh Dari Sumber

Pembonceng Motosikal Maut Selepas Beg Tangan Diragut

Oleh SARBAN SINGH color SEREMBAN: Seorang wanita warga emas, berusia 63 tahun maut selepas seorang peragut menarik beg tangannya menyebakban dia terjatuh daripada motosikal ditungganginya dan kepalanya terhantuk pada laluan pejalan kaki.



Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday, 12 November 2013

Zulhazmi: Saya tiada jawapan

Calon Ketua Pemuda Pas, Zulhazmi Shariff tidak tahu apakah jawapan yang perlu diberikan kepada anak-anaknya ketika diajukan soalan berkaitan mukanya ditukar kepada anjing.



Bacaan penuh Dari Sumber

Selesaikan isu gambar anjing sebelum muktamar

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Calon Ketua Dewan Pemuda Pas, Zulhazmi Shariff meminta pucuk pimpinan parti menyelesaikan siasatan berhubung imej seekor anjing yang digunakan untuk menggambarkan dirinya sebelum...



Bacaan penuh Dari Sumber

Monday, 11 November 2013

Polis Buru 'Joemar', Rakan Suspek Utama Tembak Pegawai Bank

KUALA LUMPUR: Susulan penangkapan suspek utama dalam kes rompakan dan bunuh di Ambank cawangan Subang Jaya, polis kini memburu rakan jenayahnya dikenali sebagai 'Joemar' yang disyaki menyimpan sebahagian besar hasil rompakan itu.



Bacaan penuh Dari Sumber

Review SO~4

Mumpung ada kesempatan baik, apalagi ada barengan dengan para sedulur peserta SO, dan ada bimbingan tentang tata cara melaksanakan ziarah ke makam para leluhur khususnya para leluhur besar Nusantara di tempat-tempat yang akan dikunjungi. Kami bulatkan niat dan tekad untuk berbakti kepada ibu pertiwi, kepada kedua orangtua kami, kepada para leluhur yang telah menurunkan kami, […]



Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday, 9 November 2013

Operasi Buru Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Bank Berakhir - Pengarah JSJ

Oleh FARIK ZOLKEPLI color PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Komisioner Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan penahanan suspek utama kes tembak mati seorang pengawai operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu.



Bacaan penuh Dari Sumber

China bincang masa depan

BEIJING 9 Nov. - Parti Komunis China, hari ini memulakan mesyuarat penting bagi menentukan masa depan negara ekonomi kedua terbesar di dunia tersebut, bagi tempoh satu dekad akan datang. Agensi berita Xinhua...



Bacaan penuh Dari Sumber

Friday, 8 November 2013

Tak mesra jiran, sorok rokok seludup

Kajang: Sikap dingin penghuni sebuah rumah dua tingkat di Taman Taming Maju, Balakong, di sini yang kurang mesra dengan jiran, rupa-rupanya kerana mahu menyembunyikan jenayah mereka yang menjadikan premis itu stor rokok seludup.



Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday, 7 November 2013

PAS Nafi Dakwaan Wujud Pengundi Hantu Di PRK Sungai Limau

Oleh YUEN MEIKENG color KUALA LUMPUR: PAS menyangkal dakwaan Barisan Nasional (BN) mengenai kewujudan 'pengundi hantu' pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Isnin lalu yang dimenangi oleh parti itu.



Bacaan penuh Dari Sumber

Empat pengawal dihukum mati

SHAH ALAM 7 Nov. - Kekejaman empat pengawal keselamatan yang menculik sepasang suami isteri dan merakam aksi isteri lelaki tersebut dirogol oleh rakan sejenayah mereka dua tahun lalu, akhirnya mendapat...



Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday, 6 November 2013

Zahid Hamidi ikrar perangi isu pekerja asing

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Kementerian Dalam Negeri akan memerangi sepenuhnya lambakan pekerja asing khususnya yang datang secara haram selepas kejayaan menangani jenayah berat melalui pelaksanaan Op Cantas...



Bacaan penuh Dari Sumber

Jangan dwi standard, bertegas ke atas Tony Pua

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Kerajaan digesa berani mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai 'anjing UMNO' bagi membuktikan tidak mengamalkan...



Bacaan penuh Dari Sumber

Musa Tidak Perlu Beli Wakil Rakyat Pembangkang


ADALAH melucukan apabila Tian Chua- MP Batu Wilayah Persekutuan daripada PKR mendakwa bahawa keluarnya ADUN Kedamaian daripada PKR untuk menjadi ADUN Bebas mesra BN, kononnya dibeli Musa. Musa adalah Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Sabah sekaligus Pengerusi Bn Sabah.



Musa tidak perlu membeli wakil rakyat pembangkang; sebabnya kerajaan Sabah yang ditubuhkan selepas 5 Mei lalu, mempunyai kuasa 2/3. Daripada 60 Kerusi DUN, 48 adalah kerusi Bn.



Sebenarnya apa yang berlaku adalah, wakil rakyat etnik KDM dalam Pakatan Rakyat, merasa diketepikan, apabila mereka yang dari mula lagi sebagai pemimpin PR, namun apabila melantik Pengerusi Pakatan Rakyat Sabah, pemimpin yang hanya setahun jagung bersama parti itu, itulah diberi kepercayaan. Wakil Rakyat PKR itu merujuk kepada Perlantikan Lajim Ukin.



Desas desus bahawa dua ADUN PKR, iaitu daripada Matunggong- Jelani Hamdan dan Jeremy Malajad daripada Kedamaian, memang bertiup kencang di Sabah, sebaik sahaja Lajim Ukin menggantikan Tamrin Jaini, sebagai Pengerusi PKR Sabah.



Sebenarnya, keluarnya wakil rakyat PKR itu, bukan kerana dibeli, akan tetapi mereka telah hilang kepercayaan kepada pemimpin Umum PKR- Anwar Ibrahim.



Lagipun, apa manafaat kepada BN apabila dua DUN PKR itu menjadi ADUN Bebas? Walaupun mereka menyatakan mesra BN, namun dari segi manafaatnya kepada wakil rakyat BN di DUN Sabah, sebenarnya tidak memberikan apa-apa.



Melihat kepada keadaan itu, tuduhan Tuan Chua, bahawa Musa adalah dibelakang keluarnya wakil rakyat pembangkang daripada parti mereka, hanya tuduhan murahan, kerana mereka tidak mempunyai alasan lagi untuk diberikan kepada penyokongnya.



Harapan PR untuk menguasai Putrajaya pada PRU-14, hanya tinggal angan-angan, kalau tidak lagi mampu mendapat kerusi daripada Sabah atau Sarawak.





Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday, 5 November 2013

Revolver Dan Semi Auto Jadi Pilihan Penjenayah Untuk Diseludup Ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Mudah dilerai dan disembunyikan dalam bahagian tertentu kenderaan ketika melepasi sempadan terutama sempadan Malaysia-Thailand, menjadi faktor mengapa senjata api jenis 'Revolver' dan 'Semi Auto' menjadi pilihan penjenayah untuk diseludup ke negara ini.



Bacaan penuh Dari Sumber

Monday, 4 November 2013

Indeks jenayah turun 6.6 peratus

Kuala Lumpur: Ops Cantas Khas yang masuk hari ke-80 semalam, menunjukkan kejayaan dalam usaha membanteras jenayah apabila indeks jenayah keseluruhan menurun 6.6 peratus.



Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday, 3 November 2013

Gaji murah, tidak carum KWSP

Dua jenayah rompakan baru-baru ini melibatkan warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Subang Jaya dan Setapak, telah membuka mata banyak pihak bahawa isu pengawal keselamatan tidak boleh...



Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday, 2 November 2013

Tamu Besar Kota Belud: Wadah Perpaduan Berbagai Suku Kaum










Datuk Rahman Dahalan-MP Kota Belud Merangkap Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerjaan Tempatan Persekutuan bersimbang dengan peniaga cilik di Tapak Tamu Besar Kota Belud pada Ahad.












Antara peserta Usungan dengan Pakaian Tradisi Masing-masing












Penunggang Kuda-Tradisi kaum Bajau dan Iranun turut memeriahkan acara Tamu Besar












reka bentuk Usungan Yang Turut Bertanding

Tamu besar merupakan wadah perpaduan rakyat tanpa mengira latar budaya dan agama.



Tamu Hari Ahad, sepertimana yang dikenali sebelum merdeka, kini dijadikan sebagai satu kalender pelancongan. Bukan itu sahaja, Tamu Kota Belud, kini menjadi acara tahunan daerah itu, dan disambut sebagai Tamu Besar.



Pada tahun ini, Tamu Besar Kota Belud yang bermula semalam, dan puncaknya hari adaalah acara ditunggu-tunggu oleh bukan sahaja penduduk tempatan, malah pelancong dalam dan luar negara kerana keunikan dan kepelbagaian yang dihidangkan kepada pengunjungnya.



Tamu besar sejak diwujudkan beratus tahun dahulu telah mengalami pelbagai transformasi sehingga menjadi salah satu produk pelancongan dan daya tarikan daerah ini saban tahun.



OKB masih teringat ucapan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman semasa melancarkan Tamu Besar Kota Belud 2011 berkata bahawa kerajaan negeri untuk terus menyokong dan membangunkan potensi setiap daerah di Sabah termasuk memajukan sosioekonomi, pelancongan dan kebudayaan masyarakatnya yang unik.



“Menurut Musa, acara seperrti tamu besar akan terus menjadi lambang perpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama di samping menonjolkan dan memelihara kebudayaan masyarakat Kota Belud yang unik dan pelbagai.



Beberapa acara seperti pertandingan usungan yang diperkenal pada tahun 2011, kini menjadi acara tarikan utama, bukan sahaja daripada jumlah perserta, namun berbagai inovasi atau reka bentuk usungan menjadikannya daya tarikan ribuan pengunjung tempatan dan pelancong asing bagi menyaksikan keunikannya termasuk cara usungan diarak.



Usungan merupakan kenderaan membawa pengantin lelaki berketurunan bangsawan daripada kalangan suku Iranun dan Bajau di Kota Belud.



Kenderaan itu dibuat seolah-olah sebuah perahu besar yang dihiasi dengan pelbagai motif tenunan yang ditampilkan dengan penuh kreativiti.



Tamu besar mempunyai sejarah panjang iaitu diwujudkan pada 1887 oleh Residen British pertama, William Pretyman bagi daerah Tempasuk dengan tiga tujuan utama iaitu bagi memudahkan masyarakat Tempasuk bertemu dengannya untuk membincangkan permasalahan yang dihadapi.



Kedua, memberi peluang kepada tiga suku yang terbesar iaitu Bajau, Iranun dan Dusun bertemu dengan perasaan penuh muhibah sambil memupuk integrasi antara mereka yang berlainan latar belakang.



Yang terakhir, ia bagi membolehkan masyarakat Tempasuk menjalankan aktiviti perniagaan yang mampu meningkatkan taraf hidup masing-masing.



Tamu itu selain menjadi medan perniagaan, ia turut menjadi gelanggang mempersembahkan keunikan adat dan budaya pelbagai etnik di Kota Belud.



Perlancaran Tamu Besar Kota Belud tahun ini dilancarkan oleh TYT Sabah- Tun Juhar Mahiruddin.





Bacaan penuh Dari Sumber

Friday, 1 November 2013

11 defendan lain tuntut RM128.5j

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf hari ini memfailkan saman terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail...



Bacaan penuh Dari Sumber