Thursday, 28 May 2015

Dato Rahman Mahu Ramai Anak Watan Sabah Di Lantik Di Peringkat Persekutuan

Mohammad, Rahman dan Perdana Menteri
1. Salah satu isu yang melanda rakyat Sabah sekian lama, adalah kurangnya anak watan Sabah dilantik di peringkat Persekutuan. Ekoran daripada itu, sejak Tahun 1994, secara perlahan-lahan agensi-agensi Persekutuan di Sabah melantik anak watan Sabah.

2. Jabatan Pelajaran misalnya, kerap diketuai oleh bukan anak watan Sabah, namun sejak BN menerajui Sabah bermula Tahun 1994, Pengarah Pelajaran Sabah diberikan kepada anak watan Sabah.

3. Selepas itu, Jabatan Pendaftaran, diikuti Naib Censelor Universiti Malaysia Sabah (UMS), kemudian Jabatan Imigresen dan terakhir Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.

4. Namun, di peringkat Ketua setiausaha Kementerian (KSU) hanya berlaku pada bulan Mei 2015, apabila Datuk Mohammad Mentek dilantik di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

5. Perlantikan Mohammad, bukan kerana politik, akan tetapi berasaskan merit serta kekanan beliau.

6. Atas perlantikan Mohammad, salah seorang pemimpin yang paling gembira adalah Dato Rahman, kerana atas kapasiti beliau sebagai Setiusaha Barisan Nasional Sabah, AMT Umno serta sebagai Menteri Penuh Kabinet Persekutuan, setidak-tidaknya telah menjawab berbagai rungutan akar umbi di Sabah, kononnya rakyat Sabah tidak diberi peluang di peringakat Persekutuan.

7. Barang diingat, perlantikan KSU bukan atas kapasiti Menteri, akan tetapi perlantikan itu ditentukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.

8. Setidak-tidaknya rekod di buat di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana julung kalinya pemimpin Sabah dilantik pada Kementerian itu, kemudian KSU pertama daripada Sabah juga dilantik pada Kementerian yang sama.

9. Melihat kepada perlantikan Mohammad Mentek, diharapkan tidak akan berhenti di situ, akan tetapi akan diikuti perlantikan-perlantikan berikutnya.

10. Setengah pihak melihat perlantikan Mohammad atas sebab politik, tidak lah benar, kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas. 

11. Mohammad pernah menjadi Pengarah Intan Sabah sekian lama, sebelum dilantik sebagai Pengarah Imigrtesen Sabah dan kemudian sebagai Pengarah Esscom yang pertama.


Bacaan penuh Dari Sumber

0 komen:

Post a Comment