Sunday, 8 March 2015

Pengwujudan Peluang Pekerjaan Berkualiti Bagi Sabah


SEBUAH Kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, adalah sebuah kerajaan yang mampu mengwujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyatnya.



Kepimpinan Sabah yang diterajui Datuk Musa Aman, selain menggariskan Halatuju Sabah pada tahun 2003, juga merancang bagaimana mengwujudkan peluang pekerjaan berkualiti, khususnya kepada generasi muda, lepasan pengajian tinggi.



Industri minyak dan gas salah satu lapangan pekerjaan yang memerlukan kepakaran, dan sekaligus memberikan peluang pekerjaan berkualiti, bersamaan dengan gaji yang lumayan.



Kerjasama dengan Petronas, pada tahun 2011 dibinalah Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) di Kimanis Sabah. Pembinaan terminal tersebut berhubungkait dengan pusat gas di Bintulu, Sarawak-iaitu jaringan paip gas melalui Sabah Sarawak Gas Pipeline (SSGP).



SOGT adalah pusat gas yang mendarat di Sabah dan disalurkan ke Bintulu. Jaringan paip gas yang berjarak 500km itu, mampu menyalurkan 500 juta metrik tan gas sehari.



SOGT yang dibina dengan kos RM8bilion, selain pusat gas, disalurkan Bintulu, juga menyalurkan gas pada dua janakuasa pembangkit litrik berkapasiti 400megawatt.



Pembangunan SOGT juga berimpak kepada pembinaan Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP), di mana dibina pula Sabah Ammonia and Urea Plant (SAMUR). Melalui pembinaan SAMUR, memberikan Petronas kedudukan kedua di Asia Tenggara sebagai pengeluar baja urea.



Melalui projek-projek mega tersebut, beribu peluang pekerjaan diwujudkan. Dengan tersedianya peluang pekerjaan tersebut, selain memberi pekerjaan kepada rakyat Sabah, juga membendung penghijraan ke negeri-negeri lain, khususnya ke Semenanjung.



Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Musa, bukan sahaja meletakkan peluang-peluang pekerjaan kepada industri berkait minyak dan gas, akan tetapi lapangan pekerjaan lain, seperti pelancongan dan pengwujudan pusat-pusat bandar baru.



Melalui pembinaan beribu unit rumah rakyat (PPR), maka cara itu boleh mengwujud Central Business Centre (CBD) yang baru. Pengwujudan CBD, selain bertujuan pemerataan jaringan perekonomian, juga mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan-kawasan tumpuan.



Melihat luasnya Sabah, nampaknya pegwujudan industri-industri sangat diperlukan. Syogianyalah pihak Persekutuan, terus menyalurkan peruntukan besar kepada negeri ini, sekurang-kurangnya untuk menebus 40 tahun keterbelakangan Sabah, dalam semua segi.





Bacaan penuh Dari Sumber

0 komen:

Post a Comment