Yasiba Akusra

Mentera 7 keturunan. Kisah tujuh generasi yang bermula di Trusan, Sarawak dan sekarang bertapak di Keningau, Sabah.

Mentera 7 Keturunan

Menyorot kisah gemilang Raja Asoe yang hampir dilupakan kerana peredaran masa.

Yasiba Akusra

Menyajikan himpunan entri yang menarik dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan semua.

Yasiba Akusra

Pembuatan dan pemuliharaan seni tempaan alat alat dan senjata tradisi seperti keris, golok, lading, rencong, kerambit, parang dan pisau.

Perubatan dan Alam Nusantara

Sentiasa penuh mistik dan perkara yang di luar jangkaan. Terimakasih kerana sudi bersama-sama Yasiba Akusra : Mentera 7 Keturunan.

Hanya Mutu Mengenal Manikam

Pandai besi yang memulihara senjata antik dan menempa keris dengan rahsia tempaan dahulu kala dan digabungkan dengan teknologi moden, Insya-Allah. Hubungi Yasiba pada bila-bila masa.

Tuesday, 22 April 2014

Dua juta liter diesel dirampas penjenayah

KUALA LUMPUR 22 April - Sekumpulan penjenayah bersenjata melarikan dua juta liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai kira-kira RM4 juta dari sebuah kapal kargo Jepun di perairan Pelabuhan Klang, awal...

Bacaan penuh Dari Sumber

Monday, 21 April 2014

Kerispatih, Sammy Simorangkir kembali kerjasama

Berikutan kesilapan lalu, Sammy Simorangkir disingkirkan daripada kumpulan Kerispatih, yang membuatkan ramai peminat tegar kecewa. Bagaimanapun, menjelang ulang tahun ke-11 kumpulan itu, mereka bakal bergabung kembali.

Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday, 20 April 2014

Korban feri karam meningkat kepada 54

JINDO, Korea Selatan 20 April - Pasukan mencari dan menyelamat menemukan 13 lagi mayat penumpang feri Sewol yang karam di kawasan perairan di selatan negara ini lima hari lalu, meningkatkan angka korban...

Bacaan penuh Dari Sumber

Friday, 18 April 2014

Kapten feri tiada di dek ketika karam

MOKPO/JINDO, Korea Selatan 18 April - Pendakwa raya Korea Selatan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan waran tangkap ke atas kapten feri Sewol dan dua anak kapalnya selepas feri itu...

Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday, 17 April 2014

Royalti Minyak: Sabah Boleh Berunding Dengan KL: Musa

Dalam Ucapan Penggulungan Sidang DUN Sabah semalam, Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Dr Musa Haji Aman menjelaskan, bahawa isu royalti minyak yang sekarang ini hanya dibayar 5 peratus kepada Sabah boleh dirunding dengan Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Menteri Sabah itu,Perjanjian yang ditandatanagi antara Petronas dan Sabah yang ditandatangai pada June 1976 boleh diteliti atau dibicang sesuai dengan perkembangan dan keadaan semasa.

Berbagai saluran perbicangan itu tersedia pada masa ini, atas sebab itu sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat, mempergunakan semua saluran itu demi mancapai persetujuan yang menggembirakan semua pihak.

Menurut Musa, walaupun kadar bayaran hanya 5 peratus, namun penerimaan daripada royalti minyak terus meningkat. Sebagai perbandingan tahun 2008 Sabah mendapat bayaran RM750.9 juta, namun pada tahun 2013 berjumlah RM 975.3 milion peningkatan 30 peratus.

Petronas juga selain membayar royalti, juga melabur di negari ini; antaranya melalui Sabah Oil and Gas Terminal di Kimanis yang bernilai RM18 bilion serta Sipitang Ammonia and Gas Industrial Park yang berjumlah RM30.6 bilion.

Melalui kewujudan projek mega ini, bukan sahaja mengubah lanskap pembangunan Sabah juga merupakan media penyediaan lapangan pekerjaan.

Industri minyak dan gas bukan merupakan operasi yang mudah; industri ini adalah industri padat modal. Atas sebab itu, agar Sabah dapat berkecimpung dalam industri ini, maka kerajaan Sabah mengwujudkan satu syarikat yang bernama M3nergy Berhad dimiliki 100 peratus oleh Sabah Development Bank (SDB) yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan negeri. Syarikat yang diwujudkan itu , pada masa kini sedang berunding dengan Petronas untuk mendapatkan kontrak dalam industri cari gali minyak dan gas.

Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday, 16 April 2014

Hudud: Pas, PR perlu berbincang

Pas diminta berbincang dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) mengenai satu titik persamaan bagi mendapatkan cara terbaik untuk membendung masalah jenayah jika tidak bersetuju dengan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) atau hudud di negeri ini.

Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday, 15 April 2014

Kakitangan awam ditawar pangsapuri

Putrajaya:Kira-kira 1,167 kakitangan awam ditawarkan membeli unit Pangsapuri Jintan, Presint 16 dan Pangsapuri Melinjau, Presint 11, di sini, semalam. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata tawaran itu dibuat selepas keputusan cabutan undi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) siri ketiga.

Bacaan penuh Dari Sumber

Umno Bachok sokong hudud

Umno Bachok menyokong sepenuhnya pelaksanaan hudud di negeri ini dan menggesa ia dipercepatkan bagi mengekang pelbagai kes jenayah serta keruntuhan moral yang semakin berleluasa.

Bacaan penuh Dari Sumber

Monday, 14 April 2014

Pas akan perjelas hudud kepada wakil rakyat

Kerajaan negeri akan memberi penjelasan kepada semua wakil rakyat mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sebelum usul pelaksanaan rang undang-undang persendirian itu dibentangkan di Parlimen.

Bacaan penuh Dari Sumber

Polis edar lakaran wajah suspek kedua

KUALA LUMPUR 14 April - Polis yakin dapat menangkap dua penjenayah dalam kes tembak dua anggota pasukan itu di Lembah Maju, Ampang, di sini Jumaat lalu, berikutan telah mengenal pasti lakaran wajah suspek...

Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday, 13 April 2014

Malam Judikaholic

Hampir dua jam masa berlalu, tanpa disedari lagu berhantu’, Aku Yang Tersakiti dialun vokal maskulin penyanyi dari seberang ini. Bagai tak merelakan, dendangan itu menutup tirai Konsert Judika Mencari Cinta di KL Live, Sabtu lalu.

Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday, 12 April 2014

Sidang Dun Sabah: Apakah Usul Royalti Minyak Bakal Ditolak?

Esok Sidang Dewan Udangan Negeri Sabah (DUN Sabah) akan bersidang bagi penggal ke-2 tahun 2014.

Pada Khamis, TYT telah merasmikan persidangan itu; di mana juga menyaksikan ADUN Pembangkang mengenakan pakaian serba hitam, atas sebab protes kepada Mahkamah kerana menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada Dato Seri Anwar Ibrahim atas sebab meliwat tahun 2008.

Difahamkan berapa usul daripada pihak pembangkang telah dihantar kepada Speaker Dewan- Datuk Dr Salleh Tun Said. Antara usul itu adalah berkaitan Akta Pemabnguan Petroleum tahun 1974. Apa kah usul itu bakal ditolak?

Hujung bulan lalu, percakapan berkaitan royalti minyak untuk Sabah, hangat diperkatakan; apabila dua pemimpin utama negeri itu mengulas mengenainya.

Di Kota Belud pada satu majlis hujung bulan lalu, Datuk Salleh meminta kerajaan persekutuan agar jangan memandang remeh desakan generasi muda negeri itu berhubung permintaan kenaikan royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus. Hari berikutnya juga di Kota Belud, MP Kota Belud Dato Rahman Dahalan, juga menyatakan pada prinsipnya beliau bersetuju dengan permintaan itu, akan tetapi perlulah melihatnya secara menyeluruh. Hari berikutnya, dalam satu kenyataan; Ketua Menteri Sabah- Datuk Dr Musa Haji Aman pula, bahawa kerajaan negeri sangat terbuka atas suara-suara itu, malahan Ketua Menteri itu, mengulangi, bahawa isu kenaikan royalti minyak sebenarnya salah satu manefesto BN Sabah pada PRU-13.

Menarik untuk diperhatikan esok di Dewan Undang Negeri Sabah; jika usul daripada Pembangkang ditolak, alasan apa bakal diberikan, dan jika diterima, sudah tentu, jawapannya adalah jelas; bahawa sudah tiba masanya, perkara itu dibincang semula, memandangkan telah 40 tahun hasil bumi Sabah itu, terlepas daripada genggaman, manakala hasilnya dibayarkan hanya berasaskan token 5 peratus.

Sabah dan Sarawak adalah penyumbang 85 peratus daripada hasil minyak dan gas yang diurus Petronas, namun malangnya, dua negeri itu hanya dibayar 5 peratus. Selama 40 tahun, operasi Petronas, atas sebab hasilnya, maka mampu memberi divdien kepada kerajaan pusat tidak kurang 700 bilion ringgit; sehingga Petronas mampu membina Twin Towers di Kuala Lumpur, mampu membiayai Putrajaya dan banyak lagi pembangunan mega. Akan tetapi, negeri yang mengeluarkan hasil minyak itu, masih ketinggalan serba serbi.

Kita tunggu esok, apa yang berlaku di DUN Sabah.

Bacaan penuh Dari Sumber

Lelaki maut ditetak kumpulan samseng

KUALA LUMPUR 12 April - Seorang lelaki maut ditetak oleh sekumpulan samseng India dipercayai bermotifkan masalah pengedaran dadah dalam satu pergaduhan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang...

Bacaan penuh Dari Sumber

Friday, 11 April 2014

2 polis cedera ditembak penjenayah

KUALA LUMPUR 11 April - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal cedera parah manakala rakannya berpangkat koperal cede­ra ringan akibat ditembak seorang daripada dua penjenayah yang bertatu harimau...

Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday, 9 April 2014

Apa Kah Disebabkan Kriminal Meningkat Di Pulau Pinang-Maka Semua Balai Polis Di negeri Di Tutup?: Salleh

Tulisan Lim Kit Siang pada blognya, mencadangkan agar ESSCOM ditutup sahaja, ekoran penculiakan seorang rakyat China dan seorang rakyat Filipina di Singamata Resort, Semporna minggu lalu. Pemimpin veteran DAP itu turut mempersoalkan perbelanjaan RM300 juta untuk ESSCOM gagal membendung penculikan.

Kit Siang lupa, bahawa Esszone meliputi kepanjangan 1,773.7km tiga kali ganda berbanding perbatasan Malaysia Thailand (646.5km). Esszone meliputi 10 daerah daripada kudat hinggalah ke Tawau. Dengan kepanjangan itu, bukan mudah melakukan pemantuan dan penjagaan. Tiada siapa yang mahu penculikan berlaku, namun berbagai faktor menyebabkan keadaan itu berlaku. Akal manusia berbagai ragam. Ada yang melihat, bahawa kerja penculikan adalah suatu kerja yang menguntungkan. Perkara ini terbukti, apabila warga Taiwan yang diculik pada November 2013 dikatakan keluarga mangsa telah membayar sejumlah wang tebusan demi pembesaannya. Kini berlaku lagi, bahawa dikatakan bahawa penculik telah menghubungi keluarga penculikan minggu lalu, tentu untuk tujuan wang tebusan. Kebocoran berita seumpama ini, apatah lagi diakui oleh pihak polis, akan membawa satu pengertian, bahawa apabila kelak, mangsa culik itu dibebaskan, tentunya atas sebab wang tebusan sudah dibayar.

Semalam, pada blognya, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, menempelak Lim Kit Siang, dengan mengandaikan bahawa Pemimpin DAP itu, cuba memberi penyelesaian tetapi sebenarnya bukan penyelesaian. Salleh bertanya, apakah kerana kadar jenayah di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur meningkat, maka memberhentikan semua anggota polis yang bertugas di dua Wilayah itu? Sudah tentu tidak, akan tetapi usaha mengatasinya di pertingakat melalui berbagai kaedah dan cara.

Seterusnya Salleh menyarankan kepada pemimpin DAP itu, hentilah pendekatan politik yang senantiasa mengecam kerajaan, seolah-olah tiada usaha kerajaan yang baik, melainkan buruk belaka.

Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday, 8 April 2014

Delimma Royalti Minyak Sabah

Kalaulah ditanya daripada 10 orang rakyat Sabah berkaitan Royalti Minyak apakah mahu kadar dinaikan ke paras 20 peratus, 8 orang akan bersetuju. Namun atas sebab politik, maka ramai yang berhujah dengan memberikan fakta, sehingga ada yang berkata permintaan 20 peratus adalah sesuatu yang tidak lojik, memandangkan pendapatan atau bajet Sabah bukan semuanya berpunca daripada bayaran royalti, sebaliknya ada juga berpunca daripada peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Data tahun 2011 (tidak diuraikan dalam tulisan ini) ditunjukkan, bahawa hasil minyak dan berbagai hasil lain daripada Sabah, apabila dibandingkan dengan peruntukan yang diluncurkan kepada Sabah, ternyata hasil daripada negeri itu lebih kecil 4 bilion ringgit i.e. hasil daripada Sabah berjumlah 11 bilion ringgit tetapi dana yang diluncurkan 15 bilion ringgit.

Tetapi masalahnya, bukan pada data tahun 2011, tetapi data tahun-tahun sebelumnya, terutama tahun 1976 hingga tahun sebelum tahun 2011, apa kah benar, perolehan pendapatan daripada Sabah oleh Kerajaan Pusat termasuk daripada minyak senantiasa kecil, manakala dana yang diluncurkan senantiasa lebih besar? Kemudian, apa kah tahun-tahun selepas 2011, memang berlaku perolehan daripada Sabah senantiasa lebih kecil, sedangkan dana yang diluncurkan senantiasa lebih besar?

Pemimpin Sabah seperti Datuk Dr Salleh Tun Said, tidak akan sanggup mempertikaikan kadar royalti minyak, bukan sahaja sekarang, akan tetapi sejak tahun 2008, jika memang berlaku, bahawa dana yang diluncurkan kepada Sabah senantiasa lebih besar berbanding dana yang dihasilkan Sabah dan masuk ke perbendeharaan Persekutuan termasuk daripada minyak senantiasa lebih kecil.

Salleh menyuarakan mengenai royalti minyak, atas sebab untuk menjamin pendapatan negeri yang lebih mapan, tanpa bergantung kepada bajet tahunan kerajaan Persekutuan. Bajet pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan, berubah-ubah setiap tahun, kadang besar kadang kecil.

Sabah memerlukan dana mapan, bukan sahaja untuk pembangunan akan tetapi memberi peluang kepada rakyatnya dalam soal-soal peluang pekerjaan.Tanpa dana yang mapan dan konsisten, maka kerajaan Negeri tidak akan mampu mengwujudkan berbagai agensi yang boleh membuka peluang pekerajaan bagi menampung generasi muda negeri itu, yang mana saban tahun semakin bertambah.

Tanah Sabah yang luas, memerlukan suntikan modal yang besar untuk dibangun. mengharapkan suntikan modal daripada asing, tidak selamanya boleh menjadi sandaran, atas sebab pemodal asing akan lebih suka kepada kawasan yang mempunyai infrastrukur yang lengkap dan tersedia, selain daya saing daripada segi upah dan skill.

Sabah sepatutnya sudah membangun, lebih 50 tahun merdeka, akan tetapi, masih banyak kawasan lagi, belum dibekalkan kemudahan asas yang sememangnya diperlukan oleh manusia yang bertamadun i.e. bekalan air bersih.

Ramai anak mudah lepasan sekolah menengah terpaksa meninggalkan kampung halaman yang gersang pembangunan, berhijrah bukan untuk memajukan dirinya, akan tetapi hanya sekadar untuk hidup. Berhijrah ke Lembah Klang, Pulau Pinang atau Johor hanya berkerja sebagai perkerja kilang atau pengawal keselamatan; itu bukan berhijrah demi memajukan diri, akan tetapi hanya untuk bertahan hidup.

Pada PRU-13, isu royalti Minyak dimasukan dalam manifesto BN Sabah. Baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah, dalam satu kenyataan, bahawa usaha meminta kenaikan kadar royalti minyak merupakan usaha berterusan dengan kerajaan pusat. Satu nada yang penuh diplomasi, memandangkan Sabah juga diperintah BN, dan BN memerintah Kerajaan pusat.

Wisdom daripada kerajaan Pusat, hanya satu-satunya jalan untuk melihat kembali Perjanjian Petrolium bagi negeri-negeri pengeluar minyak; Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Ironinya, keluaran minyak negara, adalah 85 peratus daripada Sabah dan Sarawak; namun, hak dua negeri itu, hanya 5 peratus. Satu pembetulan perlu dilakukan, once for all, sebelum ianya tidak terus menjadi duri dalam daging antara kerajaan dua negeri itu dengan kerajaan Persekutuan.

Bacaan penuh Dari Sumber

Monday, 7 April 2014

Sunday, 6 April 2014

Ella risau

Sudah hampir sebulan tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China yang menyentuh sanubari setiap rakyat Malaysia.

Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday, 5 April 2014

Kapal China kesan "isyarat getaran"

BEIJING 5 April - Sebuah kapal China yang menyertai operasi mencari pesawat MH370 mengesan ?isyarat getaran? di selatan Lautan Hindi, hari ini. Media tempatan melaporkan, setakat ini masih belum jelas sama...

Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday, 1 April 2014

Lebuh raya KB-Kuala Krai mula dibina

Kota Bharu: Kerajaan Persekutuan menunaikan janjinya dengan membina Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73.5 kilometer (km) bernilai RM1.8 bilion, yang akan bermula Jumaat ini.

Bacaan penuh Dari Sumber