Yasiba Akusra

Mentera 7 keturunan. Kisah tujuh generasi yang bermula di Trusan, Sarawak dan sekarang bertapak di Keningau, Sabah.

Mentera 7 Keturunan

Menyorot kisah gemilang Raja Asoe yang hampir dilupakan kerana peredaran masa.

Yasiba Akusra

Menyajikan himpunan entri yang menarik dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan semua.

Yasiba Akusra

Pembuatan dan pemuliharaan seni tempaan alat alat dan senjata tradisi seperti keris, golok, lading, rencong, kerambit, parang dan pisau.

Perubatan dan Alam Nusantara

Sentiasa penuh mistik dan perkara yang di luar jangkaan. Terimakasih kerana sudi bersama-sama Yasiba Akusra : Mentera 7 Keturunan.

Hanya Mutu Mengenal Manikam

Pandai besi yang memulihara senjata antik dan menempa keris dengan rahsia tempaan dahulu kala dan digabungkan dengan teknologi moden, Insya-Allah. Hubungi Yasiba pada bila-bila masa.

Monday, 3 March 2014

Warga emas mangsa rompak dibunuh

TUMPAT 2 Mac - Seorang wanita warga emas berusia 85 tahun ditemui mati setelah dipercayai sesak nafas kerana lehernya dijerut, manakala mulutnya disumbat dengan kain oleh penjenayah yang memecah masuk rumahnya...



Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday, 2 March 2014

Gan Kok Meng Dilantik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL Baharu

KUALA LUMPUR: SAC Gan Kong Meng yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang, dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur berkuat kuasa Isnin.



Bacaan penuh Dari Sumber

Bina lebuh raya di Kelantan April

Kota Bharu: Kerajaan Pusat menunaikan janjinya membantu penduduk Kelantan apabila fasa pertama projek Lebuh Raya Kota Bharu-Machang, membabitkan kos RM168.5 juta akan dilaksanakan bulan depan.



Bacaan penuh Dari Sumber

Warga emas mangsa rompak dibunuh

TUMPAT 2 Mac - Seorang wanita warga emas berusia 85 tahun ditemui mati setelah dipercayai sesak nafas kerana lehernya dijerut, manakala mulutnya disumbat dengan kain oleh penjenayah yang memecah masuk rumahnya...



Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday, 1 March 2014

Nor Hafizah Wanita Pertama Sebagai KBSJD Di Kelantan

BACHOK: Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok, ASP Nor Hafizah Nor Hamid, pada Sabtu menjadi wanita pertama memegang jawatan tersebut di negeri itu.



Bacaan penuh Dari Sumber

Nor Hafizah Wanita Pertama Sebagai KBSJD Di Kelantan

BACHOK: Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok, ASP Nor Hafizah Nor Hamid, pada Sabtu menjadi wanita pertama memegang jawatan tersebut di negeri itu.



Bacaan penuh Dari Sumber

Friday, 28 February 2014

'Penguat kuasa tiada kuasa'

Dalam Islam, unsur meragukan atau syubhah wajar dielakkan, namun syubhah yang masih menghantui mereka di negara ini ialah kaedah dan proses penyembelihan ayam. Sejauh mana orang Islam mendapat ayam yang diyakini halal dan kenapa isu itu masih gagal ditangani sepenuhnya.



Bacaan penuh Dari Sumber

Polis Rakam Keterangan Enam Individu Bantu Siasatan Kes Wanita Diserang Anjing

GEORGE TOWN: Polis telah mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes seorang wanita diserang anjing daripada baka German Shepherd, di Solok Bukit Jambul di sini Ahad lepas.



Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday, 27 February 2014

Polis Rakam Keterangan Enam Individu Bantu Siasatan Kes Wanita Diserang Anjing

GEORGE TOWN: Polis telah mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes seorang wanita diserang anjing daripada baka German Shepherd, di Solok Bukit Jambul di sini Ahad lepas.



Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday, 25 February 2014

26 lagi lokasi rondaan ditambah

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menambah 26 lagi lokasi rondaan cegah jenayah bersama di seluruh negara dalam masa terdekat. Pertambahan tersebut...



Bacaan penuh Dari Sumber

Monday, 24 February 2014

Wanita Terima 28 Jahitan Diserang Anjing Peliharaan Jiran

GEORGE TOWN: Seorang wanita menerima 28 jahitan akibat kecederaan di kepala, paha dan lengan selepas diserang anjing peliharaan jirannya di Solok Bukit Jambul di sini Ahad.



Bacaan penuh Dari Sumber

Wanita Terima 28 Jahitan Diserang Anjing Peliharaan Jiran

GEORGE TOWN: Seorang wanita menerima 28 jahitan akibat kecederaan di kepala, paha dan lengan selepas diserang anjing peliharaan jirannya di Solok Bukit Jambul di sini Ahad.



Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday, 22 February 2014

Peluang Cerah Untuk Olivia Tai Raih Slot Ke Sukan Olimpik Remaja

KUALA LUMPUR: Gimnas negara Olivia Tai Qing Tong mempunyai peluang cerah untuk muncul empat gimnas Asia terbaik melayakkan diri ke Sukan Olimpik Remaja 2014 di Nanjing, China, Ogos ini.



Bacaan penuh Dari Sumber

Friday, 21 February 2014

Apa Kah Najib Dapat Bertahan?


Sebenarnya Najib bernasib baik. PRU 13 yang memberi keputusan lebih buruk kepada Bn berbanding PRU-12, tidak mendorong pemimpin Umno mendesak beliau bertanggungjawab atas penurunan jumlah kerusi daripada 140 kepada 133; sebabnya hanya kerana Umno masih mampu muncul sebagai parti yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat, selain mampu menambah 8 kerusi daripada 79 kepada 88 dan juga mampu menawan semula Kedah.



Dari segi parti, memang Najib tidak perlu didesak bertanggungjawab; namun jika dilihat sebagai Perdana Menteri, sebenarnya Najib telah gagal.



Kegagalan Najib kerana komponen Bn terutama daripada parti-parti berasaskan kaum cina dan india, tidak mendapat sambutan daripada kaum-kaum yang diwakili parti itu. Konsep 1Malaysia yang menjadi motto pentandbiraannya gagal menggamit sokongan kaum bukan bumiputera; malah sokongan kepada konsep itu tiada kesanpun jika dilihat daripada keputusan PRU-13 lalu.



Bantuan berbentuk kewangan yang disalurkan kepada kaum cina dan india terutama di kawasan majoriti cina terutama di Selangor, bagaikan mencurah garam di laut. Sebagai contoh terpencil, di PRK Sungai Limau Kedah, pengundi cina yang tidak sampaipun 2,000 berbanding pengundi melayu yang puluhan ribu, pun demikian tidak merasa "gentar" menolak calon bn pada PRK itu.



Benarlah kata Pemimpin veteran seperti Datuk Zainuddin Maidin ataupun Tun Daim Zainuddin bahawa kaum cina telahpun memutuskan meninggalkan Bn, sehingga parti yang memerintah negara sejak merdeka itu akan mengalami nasib yang sama dengan Parti Kongress India, Parti Golkar Indonesia dan Parti LDP Jepun.



Sebenarnya Bn masih bernasib baik, kerana ada Parti Umno dan Parti2 bumiputera di Sarawak dan Sabah yang masih memberi sumbangan besar kepada gabungan berbagai parti itu untuk terus menguasai Putrajaya, jika tidak Bn sudah kecundang sejak tahun 2008.



Sejak akhir-akhir ini, sungguh besar gemanya, bahawa jika Bn masih mahu mempertahankan Putrajaya pada PRU-14 iatu pada tahun 2018, maka Bn perlu seorang pemimpin yang kuat dan mendapat sokongan besar daripada rakyat. Bn, dikatakan tidak boleh bersandar sepenuhnya kepada Umno sahaja untuk mempertahankan Putrajaya, sebaliknya memerlukan sokongan parti-parti dalam komponen.



Parti komponen akan ikut kuat, jika Umno kuat. Umno kuat, jika mempunyai pemimpin yang kuat. Najib sebagai Presiden Umno dikatakan adalah Presiden parti melayu terbesar itu yang terlemah yang pernah dihasilkan oleh parti itu. Manakan tidaknya, keputusan Presiden itu, seolah-olah tidak mempunyai sengatan yang berbisa, malah keputusannya malah dipermain-mainkan. Sebagai contoh, pengumunan beliau melantik seseorang untuk jawatan MKT Umno, keputusan beliau itu ditolak, walaupun penolakan itu secara baik dan halus. Keputusan beliau melantik Pengerusi Hindraf menggantoi kabinet, merupakan contoh bagaimana kepimpinannya dipersoalkan, malah selain melepaskan jawatan, pemimpin Hindraf itu pula mendesak beliau meletakan jawatan. Keadaan seumpama ini, tidak pernah berlaku pada Presiden Umno merangkap Perdana Menteri sejak zaman YTM Tunku Abdul Rahman.



Dalam isu kangkung, kita lihat bagaimana beliau dipermainkan. Belum pernah ada PM Malaysia yang dipersendakan sepertimana yang dialami Najib.



Keluarga Najib dipersenda, terutama isterinya Datin Rosmah Mansor. Selain itu, sukarnya Najib mengawal tindakan isterinya, memuncakkan lagi, kelemahan beliau sebagai Perdana Menteri.



Namun kemuncak daripada gegagalan Najib adalah semasa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, di mana Umno mengalami kekalahan teruk semasa PRU-13. Sebenarnya, rekod tidak menyebelahi Najib, baik semasa TPM mahupun PM. Semasa TPM, semua PRK yang dikemudinya mengalami kekalahan. Selain itu, rekod yang ditunjukan oleh mantan-mantan pegawai Najib yang bertanding semasa PRU-13, semuanya kecundang. Apa ertinya itu????



Meskipun melalui pemilihan Umno Oktobr lalu, Najib diberikan saf kepimpinan parti, namun saf itu kebanyakannya adalah terdiri daripada mereka-mereka yang mengemudi parti itu sejak tahun 2008 dan semasa PRU-13. Meskipun ada nama-nama baru yang muncul, namun mereka itu masih tergolong pemimpin lama. Pada pemilihan itu, Umno gagal menghasilkan transformasi, apabila pemimpin akar umbi gagal menjadi saf kepimpinan. Lagipun, kepimpinan yang menang itu, atas sebab kedudukan mereka dalam kerajaan selain kekuatan kewangan mereka.



Melihat kepada keadaan semasa, nampaknya Umno sukar dijenamakan, sebabnya, belum ada pemimpin yang terlihat benar-benar ada ketokohan, seperti mana era tahun 80-an dan era 90-an. Kata orang untuk masa ini, Umno atau BN hanya menggunakan pemimpin seperti kata peribahasa tiada ROTAN AKARPUN BERGUNA. Atas sebab itu, Najib akan terus bertahan, dan jika nasib masih menyebelahi beliau, maka Bn akan terus menerajui Putrajaya selepas PRU-14.





Bacaan penuh Dari Sumber

Tuesday, 18 February 2014

Kematian ADO Menjurus Akibat Mati Lemas - Polis

KUALA TERENGGANU: Hasil laporan bedah siasat yang dijalankan berhubung kematian Penolong Kanan Pentadbir Tanah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda didapati tidak menunjukkan unsur jenayah.



Bacaan penuh Dari Sumber

Pemain Piano Rakyat Malaysia Terima Anugerah Daripada PM Hungary

Oleh THO XIN YI color BEIJING: Pemain piano rakyat Malaysia, Claudia Yang diberi penghormatan menerusi anugerah kebudayaan oleh kerajaan Hungary di Institut Kebudayaan Bahasa Hungary sini pada minggu lalu .



Bacaan penuh Dari Sumber

Khairy bidas Waythamoorthy

Kuala Lumpur: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF), P Waythamoorthy yang mendakwa Perdana Menteri gagal menunaikan janjinya kepada masyarakat India.



Bacaan penuh Dari Sumber

Mesyuarat Kerjasama Mengenai Jenayah Rentas Sempadan Malaysia-Australia Di Sydney

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Australia akan mengadakan mesyuarat pertama Kumpulan Kerja Bersama Mengenai Jenayah Rentas Sempadan di Sydney pada Rabu dalam rangka memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara di bidang keselamatan.



Bacaan penuh Dari Sumber

Monday, 17 February 2014

Kematian ADO Menjurus Akibat Mati Lemas - Polis

KUALA TERENGGANU: Hasil laporan bedah siasat yang dijalankan berhubung kematian Penolong Kanan Pentadbir Tanah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda didapati tidak menunjukkan unsur jenayah.



Bacaan penuh Dari Sumber

Syarikat boleh didakwa rasuah

Putrajaya: Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 akan dipinda bagi membolehkan syarikat tempatan dan asing yang terbabit dalam jenayah rasuah, didakwa di mahkamah.



Bacaan penuh Dari Sumber