Yasiba Akusra

Mentera 7 keturunan. Kisah tujuh generasi yang bermula di Trusan, Sarawak dan sekarang bertapak di Keningau, Sabah.

Mentera 7 Keturunan

Menyorot kisah gemilang Raja Asoe yang hampir dilupakan kerana peredaran masa.

Yasiba Akusra

Menyajikan himpunan entri yang menarik dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan semua.

Yasiba Akusra

Pembuatan dan pemuliharaan seni tempaan alat alat dan senjata tradisi seperti keris, golok, lading, rencong, kerambit, parang dan pisau.

Perubatan dan Alam Nusantara

Sentiasa penuh mistik dan perkara yang di luar jangkaan. Terimakasih kerana sudi bersama-sama Yasiba Akusra : Mentera 7 Keturunan.

Hanya Mutu Mengenal Manikam

Pandai besi yang memulihara senjata antik dan menempa keris dengan rahsia tempaan dahulu kala dan digabungkan dengan teknologi moden, Insya-Allah. Hubungi Yasiba pada bila-bila masa.

Saturday, 18 January 2014

‘Kenapa dia sekat akses IG saya?’

Suatu ketika dulu, pernah bertebaran kisah pelakon, Nur Fazura kononnya bersengketa dengan Neelofa. Terbaru, pelakon yang bakal muncul dengan watak hantu langsuir bernama Cik Lang menerusi filem Kami Histeria pada awal bulan depan dikatakan pula melancarkan ‘perang dingin’ terhadap aktres, Hanez Suraya.

Bacaan penuh Dari Sumber

Friday, 17 January 2014

Pencuri profesional China kebas berlian RM5.2j

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kumpulan yang disyaki mencuri berlian bernilai RM5.2 juta di sebuah galeri barang kemas eksklusif di Bukit Bintang semalam dipercayai pakar dalam aktiviti jenayah berkenaan. Sumber...

Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday, 16 January 2014

Kadar Jenayah Pecah Rumah Turun 6.5%

KUALA TERENGGANU: Kadar indeks jenayah pecah rumah di seluruh negara mencatat penurunan sebanyak 6.5 peratus sepanjang Januari hingga Disember lepas, berbanding tempoh sama pada 2012.

Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday, 15 January 2014

SPRM bakal ambil ramai pegawai Cina

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil lebih ramai pegawai berbangsa Cina bagi mengubah tanggapan kaum itu mengenai jenayah rasuah di negara ini.

Bacaan penuh Dari Sumber

Badminton: Jing Yi Tersingkir Awal Terbuka Malaysia

PEMAIN perseorangan negara, Tee Jing Yi tersingkir pada aksi pertama kejohanan Terbuka Malaysia selepas tewas kepada pemain dari China, Xue Yao, 21-16,21-14.

Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday, 12 January 2014

Polis Jejaki Penjenayah Bersenjata Di Kuching

KUCHING: Polis sedang menjejaki seorang penjenayah bersenjata yang melarikan diri selepas gagal mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di sini Isnin.

Bacaan penuh Dari Sumber

Tembakan Di Kota Kinabalu Dilakukan Kumpulan Anak Muda Bermasalah - Timbalan KPN

JOHOR BAHARU: Pihak polis telah menubuhkan pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Omar Mamah bagi menyiasat secara terperinci kejadian menembak premis di sekitar Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat lalu.

Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday, 11 January 2014

Khalid khianati aku janji?

SHAH ALAM 11 Jan. - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diingatkan supaya berpegang kepada aku janjinya untuk memelihara dan melindungi kesucian Islam ketika mengangkat sumpah di hadapan...

Bacaan penuh Dari Sumber

Friday, 10 January 2014

Transformasi Kota Belud Menjadi Kenyataan

KOTA BELUD memang mempunyai peranan utama kepada peneraju kerajaan Negeri yang ada pada hari ini. Manakan tidaknya, di Kota Beludlah lahirnya anak sulung Umno Sabah, parti tunjang kerajaan negeri yang mentadbir negeri ini sejak tahun 1994.

Wakil Rakyat Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan yang juga merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, merancang agar satu transformasi berlaku pada kawasan yang anak sulung parti itu.

Hari ini, bertempat di Kota Belud, beliau melancarkan pengisian bagi menzahirkan transformasi melalui program National Blue Ocean Strategy (NBOS) secara bersepadu.

NBOS merupakan transformasi Kerajaan untuk menerokai dan mengeksplorasi bidang-bidang baru yang dapat memberi keuntungan kepada masyarakat secara umum tanpa penglibatan kos yang tinggi kepada Kerajaan

Memetik daripada wall FB menteri itu, beliau menulis "Hari yang bersejarah bagi Kota Belud. Saya telah melancarkan Pelan Tindakan Bersepadu NBOS Kota Belud, yang akan menyaksikan pelaksanaan 21 projek penambahbaikan kemudahan awam di seluruh pekan Kota Belud, membabitkan kos RM37.2 juta. Ini adalah projek NBOS pertama yang membabitkan naik taraf pusat bandar di Malaysia. Saya juga melancarkan perkhidmatan internet percuma freewifi@kotabelud pada kelajuan maksimum 8mbps, serta pengagihan 3000 komputer netbook 1Malaysia. Sekurang-kurangnya 1,000 rumah PPR akan dibina di Kota Belud dalam dua tahun. Penambahbaikan sistem lalulintas dan saliran juga bakal dilaksana dalam tempoh terdekat. Syukur alhamdullilah, transformasi Kota Belud kini bergerak lancar".

Bacaan penuh Dari Sumber

Perkemas SOP pengambilan anggota RELA

Kuala Lumpur: CUEPACS menggesa kerajaan memperkemaskan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengambilan anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi memastikan tiada lagi kes jenayah membabitkan anggota ini.

Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday, 9 January 2014

PDRM pandu uji kereta peronda hibrid

Putrajaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam inisiatif terbaru aplikasi teknologi hijau, semalam melancarkan program pandu uji kereta peronda menggunakan sistem enjin hibrid, yang dirasmikan Datuk Seri Najib Razak.

Bacaan penuh Dari Sumber

Wednesday, 8 January 2014

Kenaikan Harga Barang: Ketua Menteri Sabah Bertindak

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas memantau kenaikan harga melampau barang-barang dan perkhidmatan di negeri Sabah.

Dalam kenyataanya, Musa mengakui kenaikan harga minyak secara umum akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, tetapi tidak ada justifikasi jika ada kenaikan 100-200 peratus untuk barang tertentu.

“Kenaikan harga barang dan perkhidmatan bukan sahaja semata-mata kerana kenaikan tarif letrik dan harga minyak baru-baru ini, tetapi angkara orang tengah yang menangguk di air keruh dan tidak bertanggungjawab” Tegasnya lagi.

Jawatankuasa khas tersebut akan dipengerusikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajjah Zainab Ahmad Ayid.

Bacaan penuh Dari Sumber

Monday, 6 January 2014

Krisis LDP: Pembatalan Pendaftaran Parti itu Diambang Pintu Kecuali….

Parti tertua komponen Barisan Nasional Sabah- Parti Liberal Demokratik (LDP) berdepan dengan pembatalan parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan, ekoran krisis yang melanda parti itu bermula Ogos 2013.

Dua kumpulan yang terwujud dalam parti itu, ekoran perebutan jawatan Presiden Parti yang disandang Mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VKLiew, ekoran pusingan 360 darjah Setiausaha Agong parti itu- Datuk Teo chee Kang mengambil keputusan merebut jawatan itu, walaupun sebelumnya beliau menyokong penuh bahawa pada Mesyuarat Pemilihan Parti itu yang dijadual pada Oktober 2013, bahawa jawatan Persiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Sebelum pemilihan; Presiden disandang oleh Datuk VKLiew sementara Timbalannya Datuk Chin shu Phin.

Meskipun sesebuah parti seperti LDP tertubuh kerana kelulusan pendaftar pertubuhan (ROS), agensi itu juga mempunyai kuasa membatalkan pendaftaran sesebuah parti.

ROS hanya mempunyai kuasa meluluskan atau membatalkan sesebuah parti; agensi itu tidak mempunyai kuasa campur tangan berhubungan dengan perjalanan parti, sesuai dengan seksyen 16(1) pertubuhan itu. Ertinya, jika berlaku pertelingkahan antara para pemimpin parti, ROS tiada kuasa berpihak kepada mana-mana pihak, atau mengiktraf mana-mana pihak sebagai barisan kepimpinan.

Kuasa ROS hanya meminta pihak yang bersengkita untuk tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis dalaman mereka; jika gagal; maka ROS berhak membatalkan pendaftaran sesebuah parti.

Krisis seperti LDP, telah dialami oleh Sarawak National Party (SNAP) yang dibatalkan pendaftarannya kerana krisis yang sama yang berlaku dalam LDP.

Sebuah portal berita awal minggu ini telah memuatkan satu tulisan yang berupa satu spekulasi, bahawa ROS akan mengiktiraf kumpulan Teo Chee Kang sebagai barisan kepimpinan LDP, mengenepikan kumpulan VKLiew.

Sebenarnya, pihak ROS tidak akan sanggup membuka ruang kepada pihak-pihak yang bertelegah untuk menyaman pertubuhan itu, jika membuat satu keputusan yang berpihak, kerana keputusan seperti itu bukanlah bidang kuasa pertubuhan itu sesuai dengan seksyen 16(1) dan dibaca bersama seksyen 13 undang-undang pertubuhan itu.

Apa yang boleh dilakukan oleh ROS hanya terhad kepada menghantar surat TUJUK SEBAB kepada pihak-pihak yang bertelegah dan memberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan sebarang krisis, jika tidak; ancaman membatalkan parti boleh diambil oleh pertubuhan itu.

Sebenarnya krisis dalaman LDP boleh diselesaikan, jika kedua belah pihak saling berkompromi dan kembali kepada hubungan biasa yang telah mereka bina selama 20 tahun. Selain itu, mereka juga perlu melihat, bahawa LDP merupakan sebuah parti komponen BN Sabah yang tertua.

Sudah tiba masanya, semua jajaran kepimpinan parti itu kembali kepada keadaan semula sebelum krisis berlaku.

Dalam keadaan sekarang, salah satu pihak yang menganggap pihaknya adalah barisan kempimpinan parti iaitu kumpulan Teo. Teo adalah Menteri Tugas-Tugas Khas dalam kabinet Sabah. Antara tugas-tugas beliau adalah untuk menyatupadukan masyarakat cina dan seterusnya untuk menyokong barsian nasional. Namun dalam keadaan sekarang, masyarakat itu khasnya melihat, bagaimana beliau boleh menyatupadukan masyarakat cina, sedangkan sesama rakan dalam parti sendiripun tidak dapat di satu padukan.

Sementara dipihak VKLiew pula, sejak awal-awal lagi telah membuka ruang untuk penyatuan semula; dengan itu, pada penghujung tahun lalu, dua kumpulan itu telah berjumpa dengan pihak pendaftar pertubuhan; dan satu persetujuan telah diambil, bahawa kedudukan semua barisan kepimpinan perlu dikembalikan sebelum sebarang mesyuarat pemilihan dilakukan. Namun persetujuan itu, telah diingkari kumpulan Teo, dan mereka meneruskan Mesyuarat Khas pemilihan.

Nampak keadaannya, jika dua kumpulan dalam parti itu mempertahankan ego masing-masing; dan apabila tunjuk sebab daripada ROS, tidak mendorong dua kumpulan itu untuk rekonsiliasi, maka BN Sabah akan kehilangan satu lagi komponen partinya, selepas SAPP keluar daripada gabungan itu pada September 2008, dan pada kali ini atas sebab pembatalan. Untuk itu, LDP akan berakhir seperti SNAP dan PBDS di Sarawak.

Krisis dalaman Parti liberal Demokratik (LDP) yang bermula Ogos 2013 berkaitan dengan perebutan jawatan Presiden, sehingga menyebabkan dua kumpulan, kumpulan Presiden- Datuk VKLiew dan kumpulan mantan Setiausaha Agong, Datuk Teo Chee Kang.

Punca krisis, apabila Teo tidak menghormati keputusan Majlis Tertinggi Parti yang diadakan selepas PRU-13; bahawa pada Mesyuarat Pemilihan Parti pada Oktober tahun yang sama, tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Latar belakang kepada keputusan itu, apabila Presiden Parti itu VKLiew gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan, maka beliau dengan hati terbuka berbincang dengan Timbalan Presiden dan Teo sendiri, untuk menawarkan jawatan Presiden kepada Teo, kerana tradisi parti, apabila Presiden melepaskan jawatannya, maka Setiausaha Agonglah yang bakal mengambil alih jawatan itu. Namun tawaran Liew itu ditolak Teo, atas sebab beliau lebih selesa sebagai Setiausaha Agong parti.

Bacaan penuh Dari Sumber

Koperal ditemui mati selepas hilang 15 jam

Kuantan: Selepas gagal dikesan kira-kira 15 jam ketika melakukan operasi cegah jenayah, mayat anggota polis yang juga bekas komando ditemui dengan kesan tembakan di muka dan badan di Ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP), Padang Jaya, Jaya Gading di sini, semalam.

Bacaan penuh Dari Sumber

Sunday, 5 January 2014

Kerajaan BN Akan Tunai Janji Kepada Rakyat Meskipun Ekonomi Dunia Tidak Menentu - Abdul Rahim

KUDAT: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap akan menunaikan segala janjinya kepada rakyat seperti terkandung dalam manifesto B Npada pilihan raya umum ke-13 lalu, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Bacaan penuh Dari Sumber

Suami ditembak, isteri dilarikan penyamun

SHAH ALAM 5 Jan. - Seorang penjawat awam bukan sahaja cedera di bahagian perut akibat ditembak dua penjenayah tetapi keretanya turut dilarikan bersama isterinya dalam kejadian samun di Lebuhraya Baru Lembah...

Bacaan penuh Dari Sumber

Saturday, 4 January 2014

Anggota RELA 'dibersihkan'

Kuala Lumpur: Kerajaan akan melakukan program pembersihan anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) berikutan ada dalam kalangan 2.9 juta pegawai dan anggotanya dipercayai mempunyai rekod jenayah.

Bacaan penuh Dari Sumber

Friday, 3 January 2014

Polis Sabah Siasat Sembilan Kes Peminjam Wang Tanpa Lesen Tahun Lepas

KOTA KINABALU: Polis Sabah menyiasat sembilan kes berkaitan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen sepanjang tahun lalu, meningkat tiga kes berbanding enam kes pada 2012, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah Supt Saiman Kasran.

Bacaan penuh Dari Sumber

Thursday, 2 January 2014

Sindiket 'Black Money', Polis Tahan Tiga Warga Asing

KUALA LUMPUR: Kegiatan licik tiga warga asing dalam sindiket 'black money' tumpas selepas ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Cheras di sebuah pangsapuri servis di Jalan Ampang, di sini, 26 Disember lepas.